gaya hidup

KISAH BENAR – “Tengok Adik Beradik Lain, Semua Kerja Elok-elok. Kau Sorang Kerja Kilang. Buat Malu Keluarga Aje.”

gempak
Huda Hussain
22/06/2021
09:24 MYT
Sponsor Banner
KISAH BENAR – “Tengok Adik Beradik Lain, Semua Kerja Elok-elok. Kau Sorang Kerja Kilang. Buat Malu Keluarga Aje.”
Ibu bapa mana yang tak bangga jika anak-anak cemerlang dan berjaya dalam pelajaran bukan? Serasa mahu dicanang semua mengenai keputusan yang diperoleh si anak. Betapa bangga hingga tak terluah rasa syukur dan gembira. Hakikatnya masih ada dalam kalangan ibu bapa yang menilai kejayaan dan kecemerlangan itu berlandaskan keputusan di atas sekeping kertas. Hinggakan mungkin secara tidak sengaja terlupa untuk memberi dorongan dan semangat buat anak yang peroleh keputusan kurang cemerlang. Jadikan kisah ini yang penulis cerap dari laman Facebook Pakar Diari Hati sebagai iktibar dan pedoman. Jangan sesekali memandang rendah hingga mengguriskan hati si anak yang kurang cemerlang dalam pelajaran tadi. Siapa tahu, saat meniti usia tua dialah yang pertama dan terakhir menjaga kita. "Saya ada 4 orang anak. Semua berjaya kecuali sorang. Ada doktor, engineer dan lawyer. Tapi anak yang ke 3 tak menyerlah langsung. Dapat gred 2 SPM. Sangat mengecewakan saya. Tuisyen beratus ringgit sebulan. Tapi hasil tak da. Tak macam abang, kakak dan adik dia. Dapat straight A.
Kredit Foto: Google
Dapatlah kerja kilang. Tiap kali sebut pasal belajar mesti saya ungkit dia. 'Tengok macam adik beradik yang lain, semua keja elok-elok. Kau sorang kerja kilang. Buat malu keluarga aje.' Ini ungkapan yang selalu saya lepaskan pada dia.
Masa berlalu pantas. Takdir Allah saya kena strok. Isteri saya pun sakit jugak. Tak mampu nak uruskan saya. Ingat ada anak yang jadi doktor mudah la sikit. Tak juga. Harap anak-anak lain semua sibuk dengan kerja masing-masing. Hanya datang lawat sesekali, lepas tu cepat-cepat nak balik.
Kredit Foto: Google
Satu hari anak ke-3 balik dengan beg besar. Saya tanya kenapa? Dia jawab berhenti kerja nak jaga abah. Kelu lidah saya. Menitis air mata saya pada hari itu. Inilah anak yang paling saya kecewa dulu. Tapi dialah yang menjaga saya hingga hari ini.
Saya mohon ampun kepada Allah atas kesilapan saya yang dahulu. Rupanya Allah jadikan dia kurang dalam pelajaran, tapi Allah sertakan dia dengan rasa tanggungjawab yang tinggi. Demikianlah Allah takdirkan sesuatu kepada manusia ada hikmahnya.
Mungkin kita tidak nampak sekarang, masa depan kita tidak tahu. Bersangka baiklah dengan Allah. Bagi ibubapa yang dapat result anak tidak cemerlang. Jangan kecewa. Gagal dalam peperiksaan bukan berakhir kehidupan. Tapi gagal dalam agama Allah s.w.t. itulah sebenar-benarnya bala yang paling besar bagi manusia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live