Hiburan
Kisahnya Dress Pulut Kuning CHE TA — Perekanya Akui Ia Inspirasi Dari SETONGKOL JAGUNG!
Zaimi Zulkafli, pereka fesyen yang bertanggungjawab mereka dan menhasilkan adibusana kuning terang itu. Rozita Che Wang menggayakannya ke sebuah majlis anugerah berprestij baru-baru ini dan seeprti diduga ia menjadi buah mulut ramai termasuk diperbahaskan oleh sidang ahli parlimen media sosial.
Namun, nampaknya kali ini Che Ta tidak melenting atau membalas bisa setiap komen itu. Che Ta nampak chill saja malah sempat menulis satu caption lucu; “Sapa komen kata baju kami macam pulut kuning 3 tingkat, kami block na...”
Ramai terhibur. Walaupun ramai yang tetap ‘mengejek’ dan meninggalkan komen ‘sinis’ di situ, tidak pula Che Ta padam komen tersebut. Mungkin Che Ta pun terhibur dengan usik-usik manja mereka.
Jom, kita tanya sendiri Zaimi Zulkafli kisah di belakang tabir penghasilan gaun labuh tersebut.
Bagaimana bermulanya kolaborasi sama Che Ta untuk persalinannya kali ini?
Sebenarnya, yang approach saya untuk menghasilkan baju ini datang daripada stylist, Abu Shaef Hamza.
Pada mulanya, saya ragu-ragu juga untuk menghasilkan baju untuk Che Ta tetapi memikirkan lamaran ini datang daripada Abu sendiri, saya rasa pasti ada sesuatu yang menarik untuk kami hasilkan bersama.
Bagaimana konsep asal tercetus?
Menerusi perbincangan dengan Abu, dia mahukan konsep yang ‘ekstra’ala-ala haute couture tetapi dengan sentuhan Malaysia. Saya juga diberitahu Che Ta akan menggayakan set barang kemas Habib Jewels bernilai RM6 juta!
Perbincangan awal juga, mereka mahukan gaya yang segalanya mesti yang ‘extravaganza’. Daripada idea asal mahukan elemen bulu-bulu, saya yakinkan mereka untuk menggantikannya dengan material net yang saya perincikan jahitan pleated.
Untuk bahagian atas menggunakan net halus dan bawah net kasar. Kalau diperhati secara dekat, sebenarnya gaun itu mempunyai perincian warna yang pelbagai. Ia bukan seperti yang dilihat dari mata kasar seakan-akan satu tona warna kuning semata.
Saya menggunakan beberapa tona kuning berbeza.
Boleh ceritakan proses penghasilan gaun tersebut?
Sangat mencabar dan memakan masa lama terutamanya untuk mencari material. Saya agak cerewet bab material ini. Pemilihan warna juga harus tepat walaupun warna kuning dimahukan tetapi mesti tahu efek sesuatu kuning itu yang bagaimana?
Saya mahukan yellow essential yang mengadunkan pelbagai tona kuning berbeza yang mampu memberi impak classy, sofistikated dan moden. Saya menggunakan 12 kakitangan untuk menyiapkan baju ini dan susunan net ini dijahit tangan 100 peratus satu per satu.
Untuk bahagian dalamnya, kami membina korset dalam untuk memberi volume kepada susuk tubuh Che Ta. Bahagian belakang kita tidak menggunakan zip, sebaliknya eyelet untuk memperlihatkan baju ini terletak cantik di badan Che Ta.
Apa komen anda apabila baju tersebut dikaitkan dengan pulut kuning, jagung rebus dan pelbagai usikan nakal?
Itu perkara biasa apabila sesuatu hasilan itu dikaitkan dengan sesuatu subjek atau objek. Sebagai pereka fesyen pun, kita memang memerlukan subject matter untuk diangkat sebagai inspirasi.
Dan, saya memang membayangkan setongkol jagung itu apabila diselak kulitnya dan terlihat bagaimana leraian biji-biji jagung itu kelihatan? Itu adalah proses biasa untuk menghasilkan apa saja karya.
Dan, saya tidak kisah pun apabila ia disamakan dengan apa pun kerana di luar negara pun situasi ini berlaku. Cuma, kalau boleh saya mahu mendidik netizen kita, apabila melontarkan sebarang komen atau pendapat biarlah ia ditejermahkan menerusi pemikiran bernas dan bukan hanya melalui mata kasar.
Saya mahu semua orang tahu bahawa menghasilkan sehelai pakaian itu bukan mudah. Seharusnya sesuatu karya itu dihargai dan jangan hanya dikecam. Lagi pula cantik itu subjektif bagi setiap orang.
{^media|(width)300|(height)200|(autoplay)True|(ext).mov|(url)https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/intrend/img_4765.mov^}
Bagaimana kerjasama dengan Che Ta, mudahkah?
Ini kerjasama pertama kami. Mulanya saya berasakan dia cerewet tapi hakikatnya tidak begitu. Untuk mencantikkan baju pada tubuhnya tidak susah kerana Che Ta memiliki susuk tubuh yang sempurna. Pada usia begitu, saya harus puji kerana liuknya persis anak dara lagi!
Must-Watch Video