Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) kembali dijayakan tahun ini dengan pertunjukan secara langsung secara fizikal di Pavilion Kuala Lumpur selepas menyaksikan tontonan hebat secara maya tahun lepas.
Minggu fesyen tempatan yang paling dinantikan setiap tahun ini, berlangsung dari 1 November hingga 7 November 2021 yang akan mengenengahkan 48 koleksi sedia pakai pereka tempatan secara digital dan pertunjukan fizikal.
Semalam, berlangsungnya pembukaan rasmi KLFW dengan memperkenalkan 12 Pemenang Pencarian Model Samsung yang diadakan baru-baru ini dan disaring oleh juri fesyen berkaliber.
Dua belas pemenang ini turut diberi penghargaan mengadakan sesi cat walk di pentas KLFW semalam dengan memakai helaian daripada pereka yang mengambil bahagian untuk KLFW 2021.
Pembukaan semalam juga, turut mempersembahkan penampilan pratonton helaian rekaan daripada 38 pereka yang mengambil bahagian tahun ini sebagai penghormatan kepada daya tahan dan kreativiti berterusan mereka sepanjang tahun yang sukar ini.
Sebagai pertunjukan fesyen terbesar di Malaysia, KLFW tidak pernah berhenti menjadi penyokong industri fesyen – berdiri gah walaupun semasa wabak global.
Buat pertama kalinya, pada tahun 2020, KLFW terus menyokong pereka tempatan dengan mengadakan pertunjukan fesyen secara dalam talian dengan KLFW Digital 2020 yang menganjurkan rancangan maya. Ia menampilkan 60 pereka sambil menyampaikan mesej utama kebangkitan dan kemampanan.
Kini, pada ketika kita perlahan-lahan beralih daripada fasa pandemik kepada endemik, KLFW bersedia untuk memperkenalkan semula trend fesyen terbesar dan terbaharu ke persada Malaysia dengan pertunjukan terbesarnya.
Antara pereka yang mengambil bahagian ialah Rizman Ruzaini, Mimpi Kita, Fizi Woo, Hatta Dolmat, Variante, Behati, Zaimi Zulkafli, Jimmy Lim, Ezuan Ismail, Kree, Kit Woo, Syomirizwa Gupta dan ramai lagi.
Tahniah kepada penganjur dan pereka yang mengambil bahagian!
Afiza Kamarulzaman
Thu Nov 04 2021


Ramai Teruja Aliff Aziz Kembali Berlakon! Comeback Dalam Jodohku Babysitter Dengan Intan Najuwa - "Tak Sabar Tunggu"
Jodohku Babysitter gandingkan Aliff Aziz dan Intan Najuwa!

Aiman Hakim 'Tertekan' Jadi Park Seo Joon Versi Malaysia - "Saya 'Diharamkan' Tengok She Was Pretty Versi Asal"
Aiman Hakim bintangi She Was Pretty versi Malaysia.

Dedah 2 Kali Terima Jemputan Haji, Alif Satar Gembira Ibu Bapa Terima Panggilan Dahulu
Alhamdulilah...

Mahkamah Kekalkan Ira Kazar Tak Boleh Ganggu Puteri Sarah
Keputusan terkini mahkamah

"Kita Takkan Biar Perlakuan Tak Senonoh ..." - JHEAT Siasat Video Pelanggan Peluk Wanita
Kedai viral di Terengganu dalam pemantauan..
.jpg?ext=.jpg)
Dahlah Disaman Bekas Pengurus RM13 Juta, Ricky Martin Didakwa Pula Lakukan Keganasan Domestik?
Dua masalah datang serentak!

"Moga Dapat Haji Mabrur, Istiqamah Bertudung & Tutup Aurat" - Netizen Panjat Doa Buat Nelydia Senrose
Semoga dipermudahkan.

#HisteriaTheSeries: Alia & Putri Akhirnya Jumpa Murni! Giliran Siapa Pergi Ke Ladang Kelapa Sawit Berhantu?
Episod paling mengejutkan!

“Musnahlah Karier Ku…”- Jadi Pelupa, Nabila Huda Cari Penawar
Alahai macam mana tu?

“Kesian Anak-Anak Macam Ada Kekurangan” - Polemik Rumah Tangga, Netizen Luah Perasaan Kasihan Pada Anak-Anak Puteri Sarah
Netizen support Puteri Sarah