gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HOLLYWOOD
Terlibat Langgar Lari, Mandy Moore: “Harap Anda Kena Karma”
HIBURAN
Pelakon Aku Bukan Ustazah Sindir Erika Carlina ‘Tandas Awam’: “Suka Tukar Pasangan”
HIBURAN
InTeam Ziarah Nazrey Johani Di Sabah, Kongsi Keadaan Terkini Selepas Rawatan Jantung - "Saya Nasihatkan Semua Sahabat Munsyid..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

InTeam Ziarah Nazrey Johani Di Sabah, Kongsi Keadaan Terkini Selepas Rawatan Jantung - "Saya Nasihatkan Semua Sahabat Munsyid..."

Amri Hassan
Amri Hassan
05/08/2025
11:51 MYT
Sponsor Banner
InTeam Ziarah Nazrey Johani Di Sabah, Kongsi Keadaan Terkini Selepas Rawatan Jantung - "Saya Nasihatkan Semua Sahabat Munsyid..."
Dalam satu kunjungan penuh makna, kumpulan Inteam mewakili Munsyid Malaysia telah menziarahi bekas anggota kumpulan Raihan, saudara Nazrey Johani, yang kini sedang menjalani proses pemulihan selepas menjalani pembedahan memasukkan belon dan stent di jantung.
Kunjungan itu diadakan sempena kehadiran kumpulan Inteam di Sabah bagi menjayakan persembahan di Sabah International Convention Centre (SICC) bersempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2025.
Presiden Munsyid Malaysia, Hazamin Inteam, turut hadir menyerahkan sumbangan kebajikan kepada Nazrey bagi pihak Biro Keahlian dan Kebajikan Munsyid Malaysia.
“Kami hadir bukan sekadar membawa doa dan sumbangan, tetapi sebagai tanda persaudaraan sesama munsyid. Ustaz Nazrey adalah sosok penting dalam sejarah perkembangan nasyid tanah air. Semangat dan perjuangan beliau menjadi inspirasi buat generasi selepasnya,” kata Hazamin.
Nazrey menerima kunjungan tersebut dengan penuh rasa syukur dan terharu. Beliau kini dalam keadaan stabil dan sedang berehat seperti yang dinasihatkan oleh doktor.
“Alhamdulillah, saya kini sedang berehat atas nasihat doktor. Aktiviti seni saya hentikan seketika untuk memberi ruang kepada proses pemulihan. Saya nasihatkan semua sahabat munsyid agar jaga kesihatan, amalkan gaya hidup sihat dan jangan lupa buat pemeriksaan kesihatan secara berkala. Jangan ambil ringan,” katanya.
Tambah Nazrey lagi, “Saya doakan munsyid terus maju dan bersatu. Terima kasih kepada Munsyid Malaysia dan sahabat-sahabat Inteam atas keprihatinan ini.”
Kunjungan tersebut turut diserikan dengan sesi sembang santai, mengenang kembali perjalanan seni nasyid sejak era kegemilangan 90-an serta perkongsian nasihat yang penuh makna daripada Nazrey sendiri.
Munsyid Malaysia melalui Biro Keahlian dan Kebajikan kekal komited untuk menjaga kebajikan para penggiat seni nasyid tanah air, membina komuniti yang saling menyokong dalam susah dan senang.
Topic Berkaitan
#Raihan
#Nasyid
#Sabah
#Nazrey Johani
#Jantung
#Inteam
#Munsyid
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement