,
Highlights

Layan Suami Macam Raja – Terpulang. Tapi Takkanlah Sebiji Pinggan Pun Suami Tak Boleh Tolong Cuci Kan? Oops…

Huda Hussain
10/10/2020
14:00 MYT
Ada yang berkata adat, tidak kurang juga ada yang berpendapat ia terlalu subjektif kerana bergantung kepada cara dan pendekatan masing-masing. Apa-apapun, satu perkara penting yang boleh dilihat dalam isu ini adalah semuanya bermula dari rumah. Betapa asuhan, didikan dan cara kita dibesarkan dari rumah itulah yang membentuk siapa diri kita hari ini. Tentang bagaimana pembawaan diri, sejauh mana kita memahami apa itu nilai hormat, harga diri dan sebagainya. Ya, semuanya dari rumah.
Kredit Foto: Google
Cara Orang Dulu Yang Tersendiri
Mungkin bukan semua tetapi kebanyakannya emak-emak atau nenek moyang kita dahulu bergelar suri rumah sepenuh masa. Maka sememangnya khidmat si isteri tertumpu di rumah saban hari, 24 jam seminggu tanpa henti. Dan kerana itulah emak-emak atau nenek kita punya banyak masa dirumah. Pelbagai menu dimasak. Bermula dari sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam.
Hanya suami yang keluar bekerja. Kerja apa? Macam-macam. Petani, nelayan, buruh dan sebagainya. Lantaran suami yang berhempas-pulas membanting tulang empat kerat mencari nafkah untuk menyara seisi keluarga, maka si isteri meletakkan penghormatan tertinggi pada suami. Semua dilayan. Ya, serba-serbi. Oleh kerana itu, setiap kelengkapan dan apa yang diperlukan suami diberi keutamaan. Layanan pula bertaraf lima bintang. Memasak, dihidang dan setelah siap semuanya maka si isteri pun memanggil si suami untuk makan.
Kredit Foto: Google
Pendekatan hampir sama dilakukan ibu penulis kepada bapa. Syaratnya juga hampir sama dengan kisah yang tular ini. Pastikan ada bekas untuk diisi tulang dan sisa makanan serta air siap dituang. Manakala usai makan, pinggan hanya dibawa ke sinki dan dibiarkan ibu untuk membasuh. Ayah malas bantu ibu? Entah, tidak pasti. Cumanya apabila ada saudara bertandang ke rumah, memang hampir sama pendekatannya dengan kisah ini.
Oleh kerana sudah terbiasa melihat senario ini, maka dianggap tiada salah dan betulnya. Maka mungkin ada yang bersetuju ia dianggap sebagai adat. Bukanlah bermakna generasi sekarang tidak memandang tinggi atau enggan menghormati suami. Tetapi cara dan pendekatan orang dahulu memang begitu. Dilayan suami bagaikan raja. Disenduk nasi, dituang lauk-pauk ke dalam pinggan suami dan sebagainya. Malah bagaikan menjadi satu kesilapan jika si isteri membiarkan suami menceduk nasi sendiri. Atau jika lauk di dalam habis, suami sendiri yang bangun ke dapur menambah lauk-pauk. Kata orang dahulu, isteri tak pandai layan suami. Hinggakan ada yang berkata nak tambat hati suami adalah menjaga perutnya. Yakni memasak untuk suami dan pastikan suami hanya makan masakan dari air tangan isteri.
Kredit Foto: Google
Dulu Lain, Sekarang Lain
Berbeza dengan zaman sekarang. Selain melihat latar belakang keluarga dan cara kita dibesarkan, bukan lagi sesuatu yang asing andai melihat suami turut sama sibuk membantu isteri di dapur. Walaupun bukan semua tetapi ada dalam kalangan kita yang beruntung dikurniakan suami sebegini. Kalau suami bantu kemaskan dapur selepas isteri masak, membasuh pinggan selepas makan pun sudah dikira bersyukur.
Kredit Foto: Google
Dan sekali lagi, didikan ini bermula dari rumah. Betapa stigma isteri bukan hamba abdi atau orang gaji dalam rumah seeloknya diperbetulkan. Kalau sedari kecil anak lelaki kita sudah diajar dan diasuh untuk membawa pinggan sendiri langsung dibasuh, maka secara tidak langsung dia akan terbiasa melakukannya hinggalah ke tua. Ataupun pergilah si anak ini ke mana-manapun, jika dia sudah melazimi rutin ini, maka akan dilakukannya juga tanpa rasa malu atau soal lain. Begitu juga dengan kerja-kerja rumah lain. Tak perlu disuruh, suami sendiri yang akan mengambil vakum membersihkan rumah seraya mengemop lantai, menyidai baju dan lain-lain.
Kredit Foto: Google
Tiada salahnya atau hilang 'macho' andai suami juga turut serta membantu. Lebih-lebih lagi jika kedua-duanya sama bekerja. Maka masing-masing sudah memahami tanggungjawab dan peranan yang harus digerakkan secara bersama dan sukarela. Bukankah kalau sama-sama berganding bahu mewujudkan suasana rumahtangga lebih bahagia dan harmoni? Anak-anak juga akan melihat dan turut sama terinspirasi untuk mengikut dan meneladani apa yang kita lakukan hari ini untuk bekalan mereka di masa hadapan. Fikir-fikirkan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Akibat Bentuk Badan Berisi, Ummi Nazeera Pernah Diejek - “Dia Panggil Saya Godzilla..”

gempak
18/10/2024
03:55 MYT
Pelakon Ummi Nazeera berkongsi pengalaman pernah diejek sewaktu di bangku sekolah.
Hiburan

Membesar Tanpa Figura Ayah, Nora Danish Akui Rasa Kekurangan - “Tak Pernah Tengok Keluarga Yang Betul-Betul Bahagia..."

gempak
18/10/2024
03:23 MYT
Pelakon, Nora Danish berkongsi dirinya berasa kekurangan kerana tidak dapat membesar dengan kehadiran seorang bapa.
Hiburan

Zoey Rahman Disihir, Kerap Muntah, Jadi Pemarah & Alami Kemurungan - "Saya Rasa Biasa Tetapi Pekerja Mula Tegur..."

gempak
18/10/2024
01:55 MYT
Pelakon, Zoey Rahman mengakui dirinya menjadi mangsa sihir atau buatan orang.
Berita

“75 Peratus Jatung Tersumbat”- Rider P-Hailing Meninggal Dunia Kerana Penat Bekerja

gempak
18/10/2024
00:55 MYT
Video seorang rider p-hailing menerima sekeping RM50 secara rambang di pusat beli-belah tahun lalu tular semula, namun siapa sangka individu yang dimaksudkan iaitu Ahmad Farhan Othman, 32, pergi menghadap Ilahi pada 2 Oktober, baru-baru ini.
Hiburan

Wah! Ruhainies Dapat Sejambak Bunga Lepas Balik Mahkamah

gempak
17/10/2024
23:40 MYT
Pulang daripada mahkamah selepas sebutan kes khalwat, pelakon sensasi Ruhainies berkongsi sepotong video menerima sejambak bunga.
BorakSeeni