Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Lepas 10 Tahun Baru Berani Bergambar Dengan Idola. “Begitulah ‘Level’ Hormat Saya Untuk Pelakon Berbakat Sepertinya.” – Namron

Huda Hussain
09/12/2021 00:47 MYT
Sebagai manusia biasa, setiap daripada kita pasti punya idola atau menjadikan seseorang sebagai ikutan juga sumber inspirasi. Atas sebab atau kapasiti apa sekalipun, nyatanya hanya diri kita sahaja yang tahu mengapa begitu sekali kita mengangkat seseorang sebagai idola.

Terlalu banyak nilai atau krtiteria yang membuatkan atau melayakkan seseorang individu itu dipandang tinggi. Mungkin kerana profesionalisme, kelebihan, keistimewaan, pengaruhnya dan paling penting apa yang membuatkan kita berasa dekat dengannya. Tidak kiralah sama ada individu itu hanya insan biasa, tokoh terkenal, individu berpengaruh dan dalam konteks yang dekat dihati kita adalah dalam kalangan selebriti.


Kredit Foto: Google


Penulis tertarik menukilkan ini sebagai satu bentuk penulisan kerana apa yang dikongsikan pelakon berbakat besar Namron ada benarnya. Betapa dia meletakkan sifat hormat itu mendahului apa yang menjadi kebiasaan insan lain. Muat naik Namron di laman instagram mengenai idolanya iaitu pelakon lagenda Eman Manan cukup untuk menggambarkan betapa dalam kalangan kita tak ramai yang punya pemikiran yang sama. Begitu sekali dia meletakkan kepentingan untuk menghormati seseorang yang dikagumi.

Tiada niat mahu membandingkan cara dan prinsip masing-masing dalam menterjemahkan rasa hormat kepada sesiapa yang dijadikan idola. Kerana perbezaan itu wajar diraikan dan dihormati. Ada yang mungkin berpandangan ‘Alah, bergambar je kot, bukan apa pun’. Tetapi sebenarnya ada bezanya antara mahu bergambar sebagai kenang-kenangan atau sekadar bergambar lalu dimuat naik di media sosial lantas menjadi tatapan umum. ‘Sentimental value’ itu terlalu mahal dan sukar digambarkan.

A post shared by TA Nam Ron (@_nam_ron_)

Kredit Foto: IG Namron


Apapun, penulis yakin kehebatan bakat lakonan yang dimiliki dua figura ini cukup disegani dan dikagumi dalam kalangan selebriti juga peminat tegar lensa industri perfileman dan lakonan kita. Moga lebih ramai pelapis yang lahir dari generasi pelakon era kini mampu mencontohi sekali gus meninggalkan legasi dan sentuhan berbisa seperti generasi mereka dan sebelumnya.

#pelakon #Namron #Idola #Eman Manan
;