gaya hidup

Lepas Beraktiviti, Sampah Tu Janganlah Buat-Buat Lupa Nak Buang. Sampai Bila Nak Biar ‘Habit’ Macam Ni?

Huda Hussain
14/09/2021
02:00 MYT
Hujung minggu lalu, lokasi sungai dan tempat perkelahan ‘diserbu’ warga Lembah Klang yang tidak mahu melepaskan peluang kelonggaran diberi kerajaan susulan peralihan Fasa 2 PPN di Kuala Lumpur, Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Sudahlah bersesak-sesak hinggakan tular beberapa video dan foto mengenai culasnya masyarakat yang ambil mudah tentang pematuhan SOP. Dan setelah puas bermandi-manda, berlibur sama keluarga, sampah masih bersepah disana-sini.
Kredit Foto: Facebook Pakar Diari Hati
Memang tak salah nak berkelah, beriadah. Tapi habit seperti ini yang seakan menjadi kelaziman masyarakat harus diperbetulkan. Hampir dua tahun berkurung dirumah dan tidak dibenarkan beraktiviti dek kerana PKP; takkanlah attitude kita masih di takuk lama?
Ya, walaupun ada pekerja yang membersihkan kawasan riadah tapi tanggungjawab kita yang mengotorkan kawasan itu takkanlah pula diserahkan bulat-bulat kepada mereka? Sungguh, mereka dibayar gaji tetapi gunakan logik akal fikiran kita. Mana perginya kesedaran fizik untuk kita sama-sama menjaga kebersihan?
Kredit Foto: IG Intan Maizura Othaman
Sudah masanya ada peruntukan undang-undang untuk menguatkuasakan peraturan atau hukuman lebih berat kepada individu tidak bertanggungjawab yang sewenang-wenang membuang sampah di tempat awam. Mungkin kerana pemikiran, ‘Alah tak apa cleaner boleh buat’ membuatkan sebahagian daripada kita tidak mengambil berat isu ini.
Kredit Foto: IG Intan Maizura Othaman
Contohi Jepun misalnya yang kita semua sedia maklum mengenai tahap kebersihan rakyatnya. Bukan sahaja berdisiplin tetapi bertanggungjawab. Dan ya, didikan mengenai kebersihan itu bermula dari rumah. Jika sudah ditekankan sejak kecil dan menjadi kebiasaan pasti situasi dan pemandangan ini takkan kita lihat di mana-mana.
Mohon tolonglah sedar dan jadilah warganegara yang lebih peka, prihatin dan paling penting bertanggungjawab. Menjaga kebersihan ketika di tempat awam, menggunakan segala kemudahan tergalas dibahu kita. Ubah sikap dan bertindak. Jika kita mulakan, secara tidak langsung jika ada yang melihat pasti terdorong untuk ikut sama. Kita lakukan sama-sama okey!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Lebih 1,000 Kawasan Lembah Klang Terjejas Gangguan Air

gempak
23/07/2024
14:15 MYT
Lebih 1,000 kawasan di tujuh wilayah di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan henti tugas empat Loji Rawatan Air (LRA).
Viral

Santuni Golongan Memerlukan, Restoran Chopsticks Asia Hulur Sumbangan 30 Hari 30 Rumah Kebajikan!

gempak
11/05/2024
11:36 MYT
Sedar akan tanggungjawab menyantuni golongan yang memerlukan di sekitar Lembah Klang, restoran halal masyarakat tradisi Cina, Chopsticks Asia melancarkan Chopsticks Prihatin.
Laman Utama

"Memang Salah Untuk Tujuan Riadah" - Polis Nafi Tak Perlu Surat Rentas Negeri, Siasat Kenyataan Vie Shantie

gempak
21/09/2021
07:04 MYT
Polis lakukan siasatan...
gaya hidup

Jangan Lupa SOP. Covid-19, Segala Jenis Varian Masih Ada Lagi Tu. Berjaga-Jaga Di Mana Jua Anda Berada.

gempak
11/09/2021
13:32 MYT
Maklum sajalah cuti sekolah dah mula dan hujung minggu pula. Mesti ramai yang dah rancang ke sana-sini. Kes positif pun masih berbelas ribu, kematian pun tinggi juga. Apapun, hati-hati okey!
Laman Utama

Individu Di Negeri Fasa 2 Dah Boleh Rentas, Dine In & Riadah, Tapi Untuk Yang Lengkap 2 Dos Vaksin

gempak
08/08/2021
09:38 MYT
Tapi baca dengan teliti dan jelas bagaimana kemudahan ini terpakai