gaya hidup

Lepas Beraktiviti, Sampah Tu Janganlah Buat-Buat Lupa Nak Buang. Sampai Bila Nak Biar ‘Habit’ Macam Ni?

gempak
Huda Hussain
14/09/2021
02:00 MYT
Sponsor Banner
Lepas Beraktiviti, Sampah Tu Janganlah Buat-Buat Lupa Nak Buang. Sampai Bila Nak Biar ‘Habit’ Macam Ni?
Hujung minggu lalu, lokasi sungai dan tempat perkelahan ‘diserbu’ warga Lembah Klang yang tidak mahu melepaskan peluang kelonggaran diberi kerajaan susulan peralihan Fasa 2 PPN di Kuala Lumpur, Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Sudahlah bersesak-sesak hinggakan tular beberapa video dan foto mengenai culasnya masyarakat yang ambil mudah tentang pematuhan SOP. Dan setelah puas bermandi-manda, berlibur sama keluarga, sampah masih bersepah disana-sini.
Kredit Foto: Facebook Pakar Diari Hati
Memang tak salah nak berkelah, beriadah. Tapi habit seperti ini yang seakan menjadi kelaziman masyarakat harus diperbetulkan. Hampir dua tahun berkurung dirumah dan tidak dibenarkan beraktiviti dek kerana PKP; takkanlah attitude kita masih di takuk lama?
Ya, walaupun ada pekerja yang membersihkan kawasan riadah tapi tanggungjawab kita yang mengotorkan kawasan itu takkanlah pula diserahkan bulat-bulat kepada mereka? Sungguh, mereka dibayar gaji tetapi gunakan logik akal fikiran kita. Mana perginya kesedaran fizik untuk kita sama-sama menjaga kebersihan?
Kredit Foto: IG Intan Maizura Othaman
Sudah masanya ada peruntukan undang-undang untuk menguatkuasakan peraturan atau hukuman lebih berat kepada individu tidak bertanggungjawab yang sewenang-wenang membuang sampah di tempat awam. Mungkin kerana pemikiran, ‘Alah tak apa cleaner boleh buat’ membuatkan sebahagian daripada kita tidak mengambil berat isu ini.
Kredit Foto: IG Intan Maizura Othaman
Contohi Jepun misalnya yang kita semua sedia maklum mengenai tahap kebersihan rakyatnya. Bukan sahaja berdisiplin tetapi bertanggungjawab. Dan ya, didikan mengenai kebersihan itu bermula dari rumah. Jika sudah ditekankan sejak kecil dan menjadi kebiasaan pasti situasi dan pemandangan ini takkan kita lihat di mana-mana.
Mohon tolonglah sedar dan jadilah warganegara yang lebih peka, prihatin dan paling penting bertanggungjawab. Menjaga kebersihan ketika di tempat awam, menggunakan segala kemudahan tergalas dibahu kita. Ubah sikap dan bertindak. Jika kita mulakan, secara tidak langsung jika ada yang melihat pasti terdorong untuk ikut sama. Kita lakukan sama-sama okey!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live