fesyen
Lepas Berpantang, FAZURA Nampaknya Lebih Selesa Mengenakan Baju Besar – Tak Apa, Janji Selesa & Bahagia
Bukan mudah ya untuk mengembalikan bentuk tubuh seperti zaman anak dara dulu kalau sudah beranak. Hanya para ibu yang sudah melaluinya saja yang tahu, melainkan kalau kamu mempunyai badan yang mudah turun.
Ada yang kata kalau menyusu badan bayi akan membantu para ibu lebih mudah untuk turun berat badan. Namun, tidak semua dapat efek yang sama. Lain badan, lain kepantasan untuk turun berat badan walaupun menyusukankan anak dengan susu badan.
Kredit Foto: IG Fazura
Fazura kembali aktif muncul di layar televisyen dan media sosial sejak dia dilantik sebagai salah seorang juri rancangan Muzikal Lawak Superstar. Walaupun sudah tamat tempoh berpantang, nampaknya Fazura tidak terlalu drastik atau terdesak untuk menurunkan berat badannya.
Ini dapat dilihat pada setiap penampilannya saban minggu dalam program tersebut. Fazura kelihatan kerap menyarungkan pakaian yang berpotongan lebih besar untuk keselesaannya. Apa pun pilihannya tiada apa yang perlu dikhuatirkan selagi kita gembira dan tidak tertekan dengan situasi itu.
Jangan Stres Apabila Berat Badan Lambat Turun
Adalah normal untuk seorang ibu selepas melahirkan anak mengalami kesukaran untuk menurunkan berat badan. Antara punca kesukaran untuk turunkan berat badan adalah keraa faktor hormon seperti insulin, leptin dan ghrelin.
Selain itu, gaya hidup yang berubah juga menjadi faktor pendorong seperti rutin pemakanan yang tidak tetap, stres dan waktu tidur yang terganggu. Malah, masa untuk bersenam juga menjadi terhad kerana sibuk menguruskan anak.
Tips Asas Untuk Turunkan Berat Badan Selepas Bersalin:
- Amalkan pemakanan yang sihat sejak mengandung lagi
- Pilih menu makanan berpantang yang seimbang, kurangkan garam dan gula dalam diet
- Pilihlah untuk menyusukan bayi dengan susu badan
- Aktif bergerak walaupun ketika dalam pantang. Tidak salah untuk melakukan aktiviti fizikal yang ringan untuk lancarkan peredaran darah
- Pakai bengkung untuk bantu membentu postur dan kontur tubuh
- Bertungku kata orang tua elok untuk pecahkan angin, elak perut buncit. Tak salah dicuba
- Banyakkan minum air kosong. Ia juga elok diamalkan tidak kira masa
- Dapatkan rehat dan masa tidur secukupnya
- Jauhi stres. Buat apa pun kalau dalam keadaan tertekan, pasti tidak berjaya
Must-Watch Video