gaya hidup

Macam Ni Cara Generasi Sekarang Minta Kerja? Alahai Dik… Belajar Adab Sopan Dan Tolong Jangan ‘Feeling’ Boleh Tak?

Huda Hussain
29/06/2021
08:28 MYT
Bukan sekali dua mendengar keluhan beberapa rakan dan kenalan penulis mengenai sikap graduan yang sedang dalam proses mencari kerja. Sudahlah persaingan sektor pekerjaan sengit malah lebih berganda cabarannya dalam situasi pandemik ini. Melihat di atas kertas kelulusan akademik generasi sekarang, memang tidak dapat disangkal lagi betapa ramai yang bijak pandai dan lulus dengan cemerlang. Tetapi malangnya ia tidak diselarikan kecemerlangan itu dari aspek sahsiah dan keperibadian setiap calon pekerja.
Kredit Foto: Google
Semua maklum betapa susahnya untuk mencari kerja dalam situasi sekarang. Lebih-lebih lagi dengan apa yang berlaku kini, maka tidak hairanlah peratusan pengangguran dalam kalangan lepasan siswazah semakin lama semakin tinggi. Itu tidak dikira apabila ada dalam kalangan mereka yang terlalu memilih kerja. Belum apa-apa lagi sudah meletakkan syarat itu dan ini, tidak boleh kerja lebih masa, kerja tidak sesuai dengan kelulusan dan sebagainya.
Sudah Lah Tiada ‘Attitude, Feeling’ Pula Lebih mengecawakan apabila terbaca posting ini. Mana perginya adab sopan, sensitiviti, sifat hormat dan etika seorang yang bergelar lepasan universiti? Salah fakulti atau pensyarah kah jika kita lihat ‘attitude’ generasi zaman sekarang yang ‘feeling’ lebih ni? Bukankah terdapat modul, silibus atau ‘soft skill’ yang sepatutnya dikuasai pelajar sebelum tamat pengajian?
Kredit Foto: Facebook Pakar Diari Hati
Mungkin nampak remeh tetapi perkara-perkara kecil yang pada firasat mereka tak penting seperti inilah yang menentukan kualiti pekerja beretika. Biarpun kelulusan sederhana, tetapi jika ‘effort’ yang dipamerkan disertai kerajinan dan keupayaan untuk belajar, pastinya anda akan diambil bekerja oleh mana-mana syarikat. Tidak semestinya bersandarkan kelulusan diatas sekeping kertas sahaja.
Masih terlalu jauh perjalanan anda dalam meniti alam pekerjaan yang menuntut pengalaman. Itu belum menyentuh soal cabaran dan prospek pekerjaan lagi. Dan aspek belajar itu juga tidak khusus hanya di dalam kuliah, tetapi di mana-mana sahaja bahkan dengan sesiapa pun boleh dijadikan guru untuk menimba pengalaman.
Kredit Foto: Facebook Pakar Diari Hati
Rendahkan Ego, Belajar Dari Bawah Tidak kiralah sama ada anda graduan yang peroleh keputusan cemerlang setiap semester, meraih anugerah dekan semasa majlis konvokesyen dan sebagainya; gali, fahami dan teliti apa yang perlu dilakukan sebelum dan semasa menghadiri temuduga misalnya.
Banyak medium dan platform yang boleh dijadikan panduan serta rujukan. Maklum sajalah, anda memang arif lagi handal dengan peralihan teknologi kan? Jadi manfaatkan sebaik mungkin. Asah kemahiran komunikasi, belajar dari bawah dan paling penting rendahkan ego yang mungkin pada anda serba tahu itu dan ini.
Kredit Foto: Facebook Pakar Diari Hati
Jangan berat mulut untuk bertanya dan belajar. Sematkan minda untuk belajar dari sekeliling anda, sesiapa jua walaupun dengan makcik pembancuh kopi. Pasti ada sesuatu yang baru dan ilmu berguna untuk dimanfaatkan. Persekitaran atau alam pekerjaan memang tidak sama dengan apa yang anda pelajari di dewan kuliah. Ketangkasan, kerajinan misalnya perlu ada untuk memastikan anda terus berusaha menjadi pekerja yang beretika dan punya nilai tambah kepada syarikat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Isu Sebelah Kaki Peguam Dalam Neraka, Pendakwah Nasihat Netizen Hati-Hati Tinggalkan Komen Di Media Sosial

gempak
26/07/2024
00:55 MYT
Netizen tidak sepatutnya menghakimi pekerjaan orang lain sehingga melibatkan balasan syurga dan neraka pada akhirat kelak dengan mudah.
Gaya Hidup

"Iklan Guna Bahasa Lucah Disifatkan Keluar Landasan Etika, Akhlak"

gempak
02/07/2024
09:25 MYT
Tindakan sesetengah pihak mengiklankan sesuatu produk menggunakan bahasa lucah disifatkan sebagai keluar dari landasan etika dan akhlak.
Viral

Suami Kerja Badut, Isteri Telan Kata-Kata Mak Cik Puaka - "Syukur 13 Tahun Kahwin Dapat Pergi Umrah, Bercuti Di Jepun & Beli Rumah"

gempak
11/06/2024
05:25 MYT
Perkongsian seorang wanita mengenai kisah hidup dan pekerjaan suaminya sebagai seorang badut mendapat perhatian netizen.
Gaya Hidup

Selain Jerman, Ini 7 Negara Yang Cuba Sistem Kerja 4 Hari Seminggu

gempak
04/02/2024
11:55 MYT
Adakah ia menyumbang kepada produktiviti?
Viral

Bersilat Di Masjid Nabawi, Sekumpulan Individu Dikecam Netizen - “Jenis Nak Perhatian Ke Ni?"

gempak
25/01/2024
07:25 MYT
Bersilatlah di tempat yang lebih sesuai