Oleh: Huda Hussain

Kredit foto: Google

4 Perkara Mesti Buat Ketika Berpupur

1. Bersih wajahmu dengan susu pembersih untuk menghilangkan segala kotoran.

2. Lembapkan wajah dengan air suam untuk membuka pori-pori pada wajah supaya kulit anda tidak rasa tertarik ketika dipupur.

3. Aplikasikan pupur pada wajah dengan gerakan ke tepi dan pastikan ia diaplikasi sama rata dan sama tebalnya. Lakukan sedikit urutan supaya bahan pupur meresap ke dalam kulit.

4. Pilih pupur yang sesuai dengan jenis kulitmu. Wajah terasa panas, gatal serta kemerahan menunjukkan pupur yang dipakai tidak sesuai dan menimbulkan iritasi pada kulitmu.

Tips Memakai Pupur

4 Perkara Mesti Elak Ketika Berpupur

1. Elakkan pupur terkena di sekitar mata semasa mengaplikasinya. Seeloknya, letakkan kapas lembap di kawasan mata untuk melindungi daripada terkena bahan pupur.

2. Jangan memaksa otot wajahmu bergerak semasa mengaplikasi pupur. Pergerakan otot seperti ketawa, bercakap dan mimik muka lain boleh membuatkan lapisan pupur yang disapu pada wajahmu merekah atau pecah.

3. Jangan mengaplikasi pupur tatkala wajahmu masih lagi terdapat sisa solekan. Sisa solekan tersebut menghalang bahan pupur daripada memperbaiki tekstur kulit wajahmu.

4. Jangan berdiri, bergerak atau berjalan-jalan ketika memakai pupur. Pergerakan yang kerap dan kasar merosakkan lapisan pupur yang melekap pada wajahmu. Seeloknya, biarkan dirimu dalam keadaan relaks atau dalam posisi tidur.

Kredit foto: Google