Highlights

Mak Ayah, Makin Tua Makin KEBUDAKAN – Kuat Merajuk, Nak Perhatian, Suka Bertanya. Itulah Kita Ketika Kecil.

gempak
Afiza Kamarulzaman
09/08/2020
11:45 MYT
Sponsor Banner
Mak Ayah, Makin Tua Makin KEBUDAKAN – Kuat Merajuk, Nak Perhatian, Suka Bertanya. Itulah Kita Ketika Kecil.
Tidak semua diberi nikmat menjaga ibu dan ayah yang sudah tua. Ada yang ibu ayah meninggal dunia sebelum sempat mereka melalui usia emas. Ada pula yang tinggal jauh daripada mak ayah, maka terlepas peluang untuk berbakti kepada orang tua itu. Ada pula mak ayah sendiri tidak mahu dijaga anak-anak.
Maka, hilanglah satu lubuk pahala yang paling besar yang dijanjikan syurga daripada Allah swt. Justeru, bagi yang dapat peluang itu, janga sesekali mengeluh atau mengelak kerana inilah masanya untuk kamu menuai seberapa banyak pahala dan Insya Allah, jika ia dilakukan dengan ikhlas ganjaran syurga menantimu.
Putaran Hidup, Mak Ayah Yang Sudah Tua Adalah Kita Ketika Kecil
Apabila mengengah usia 60 ke 70 tahun, sikap mak ayah kita pasti akan berubah perlahan-lahan. Apatah lagi jika mereka sudah mula jadi pelupa atau dalam istilah kilta, ‘nyanyuk’. Orang tua ini mula menjadi sangat sensitif, jiwa mereka begitu rapuh sehingga perkara kecil pun mampu menguris hati mereka.
Sekeras atau setegas mana mereka satu masa dulu, apabila sudah menempuh fasa akhir seorang manusia, mereka akan berubak karekter. Sikap sensitif dan mudah sentap itu akan lebih ketara jika melibatkan anak menantu dan cucu. Ada mak ayah yang akan mudah merajuk dan langsung membawa diri.
Ada pula yang jenis mahukan perhatian lebih, maka banyaklah ragam yang dibuatnya. Bukan kerana mereka mengada-ada tetapi sengaja mahu lihat bagaimana anak-anak melayan mereka? Sabar atau sebaliknya? Ada segelitirnya akan jadi banyak bertanya. Daripada sekecil hingga ke besar perkara mahu disoal dan mahu anaknya sendiri menjawabnya.
Bukankah itu semua sikap ketika kecil?
Kredit Foto: Google
Jangan Melenting, Sabar dan Santunilah Mereka
Setiap kali rasa hilang sabar, pujuklah hati untuk kekal tenang dan relaks. Cuba imbas kembali saat-saat kamu kecil dulu. Bagaimana sabarnya mereka melayan kerenah kamu. Dan, jika kamu punya adik-beradik lain, bayangkan berapa banyak kesabaran mak ayah diperlukan waktu itu?
Sedangkan kita hanya perlu melaya ibu dan ayah itu. Malah, jika adik-beradik bersatu hati, dapat pula berkongsi nikmat melayan mak ayah itu bersama-sama. Sedangkan dulu, mak ayah menjaga kesemua anak-anaknya sendiri saja. Lagi pula, ingatlah tidak lama mana peluang itu diberi Tuhan.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a: Bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Seseorang yang mendapati kedua-dua ibu bapanya atau seorang daripada mereka sudah tua, namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka).”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live