Highlights

“Mak Ayah, Tolong Jangan Leka Bab Jaga Mata Anak.” – Dr Redza Zainol. Kenapa? Ini Sebabnya.

gempak
Huda Hussain
06/07/2020
09:55 MYT
Sponsor Banner
“Mak Ayah, Tolong Jangan Leka Bab Jaga Mata Anak.” – Dr Redza Zainol. Kenapa? Ini Sebabnya.
Kebelakangan ini, gajet dan telefon bimbit bagaikan sudah menjadi rakan karib kepada anak kita. Masakan tidak? Didalamnya terdapat pelbagai aplikasi yang mudah untuk dimuat naik lebih-lebih lagi dalam format interaktif. Mudah menarik mata anak-anak kita untuk terus duduk dan fokus mengadapnya.
Kredit Foto: Google
Dan kita sedia maklum juga ada risiko yang berbahaya apabila ia ditatap dalam tempoh yang lama. Kesudahannya, anak kecil terpaksa memakai cermin mata kerana mempunyai masalah penglihatan yang seterusnya 'power' kaca mata akan bertambah apabila meningkatnya usia mereka.
Pegawai Perubatan Pediatrik dari Hospital Muar, Dr Redza Zainol ada berkongsi mengenai masalah penglihatan yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak akibat pendedahan blue light yang menjejaskan fungsi penglihatan kanak-kanak. Berikut adalah penjelasannya.
Kredit Foto: Google
Menurut kajian, saraf mata anak berisiko untuk rosak akibat terdedah pada ‘Blue Light’ yang terhasil dari skrin gajet jika diguna lebih dari satu jam sehari. Sinaran UV dari matahari boleh ditapis oleh kornea dan kanta kristalin. Tetapi ‘Blue Light’ ini boleh tembus sampai ke bahagian saraf mata. Menurut American Academy of Pediatrics,
  • Tak dibenarkan “Screen Time” untuk bayi bawah dua tahun kecuali sesi pendek ketika video call dengan keluarga.
  • Cuma satu jam “Screen Time” dalam sehari dibenarkan untuk kanak-kanak berusia dua hingga lima tahun.
Tapi tak semua mak ayah ikut pun nasihat ni. Bila kita biar anak guna gajet tanpa kawalan, penglihatan anak boleh jadi kabur, sakit kepala, mata menjadi kering dan boleh akibatkan rabun jauh. Sebab itu, kita boleh amalkan senaman mata ni.
Kredit Foto: Facebook Redza Zainol
1) Rule 20-20-20. Lepas 20 minit anak tengok gajet, suruh dia pandang tempat yang 20 kaki (6.1 meter) jauh selama 20 saat. Senang aje kan?
2) Fokus jauh dan dekat. Letak ibu jari jauh 20 cm dari mata dan pandang ibu jari selama 20 saat. Kemudian pandang tempat yang jaraknya 20 kaki jauh selama 20 saat. Ulang beberapa kali.
Inilah Apa Yang Dilihat Anak Kita
Kredit Foto: Telegram
Anda juga boleh mencuba eksperimena ini. Tatap tiga titik di tengah itu selama 10 saat tanpa kelip. Kemudian pandang ke dinding, mesti kalian nampak sesuatu! Ada imej kan? Bayangkan itu hanya 10 saat. Kalau 10 minit bagaimana? 10 jam? Imej itu pasti lebih tajam, lagi jelas, lagi lekat dan lagi kuat!
Apa Isunya? Isunya ialah apabila anak main game! Menatap skrin dalam durasi yang lama, ikon apa yang sedang ditatap, pantulan cahaya itu ada kesan khas tersendiri! Jadi, ayuh kita perhatikan apa yang anak kita buat dengan gajet itu. Apakah permainan yang dipilih, filem dan tontonan apa yang mereka sedang ralit tenung tu?
Kredit Foto: Google
Besarnya pengaruh apa yang dilihat pada imej di mata dan di otak, imej itu kemudian boleh mempengaruhi sikap dan keputusan kita. Lantaran itu sama-samalah kita berusaha untuk mendisiplinkan anak-anak terhadap penggunaan gajet ini. Kerana kesannya bukan sahaja mempengaruhi kesihatan mata tetapi juga mentaliti dan daya imaginasi anak kita. 'Dari mata turun ke hati, dari hati terlihat dalam peribadi'.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024