Highlights

Mak Mentua Dan Menantu ‘Suam Suam Kuku’? – Cuba Tips Ini Untuk Perbaiki Hubungan Kalian.

gempak
Huda Hussain
22/06/2020
14:55 MYT
Sponsor Banner
Mak Mentua Dan Menantu ‘Suam Suam Kuku’? – Cuba Tips Ini Untuk Perbaiki Hubungan Kalian.
Apabila berbicara mengenai topik ini pasti ramai wanita di luar sana sama ada yang masih bujang mahupun baru berumahtangga mungkin takut-takut apabila mahu mengenali susuk wanita bernama mak mertua. Tidak kurang juga ada yang terbayangkan mak mertua queen control, kuku besi dan pelbagai lagi bayangan yang ekstrim.
Lebih-lebih lagi mereka yang bukan calon menantu atau menantu pilihan. Pastilah perlu gandakan usaha dan bekerja lebih keras untuk mengambil hati mak mertua. Dan selalunya, apabila diketengahkan isu ini hanya wanita sahaja yang takut. Berbeza dengan lelaki yang lazimnya lebih relaks dan tidak perlu effort yang lebih untuk cuba ambil hati mak mertua kan?
Kredit Foto: Google
Malah yang sering kita dengar, adalah isu mak mertua dan menantu perempuan yang selalu tidak ‘sebulu’. Dan jarang sekali kita mendengar perbalahan antara menantu perempuan dan bapa mertua. Tidak pasti pula mengapa ia sering terjadi antara ibu mertua dan menantu perempuan sahaja, mungkin kerana perempuan ini sudah fitrah mereka lebih beremosi berbanding lelaki. Ada juga logiknya bukan?
Tetapi bagi mereka yang masih belum berkahwin, usahlah terlalu takut dengan stigma mak mertua garang, mak mertua ‘pilih bulu’ dan segala macam terma yang dimomokkan atau yang sering ditonton di televisyen. Kerana hakikatnya bukan semua ibu mertua bersikap begitu. Ada juga yang menyayangi menantu mereka lebih daripada anak mereka sendiri. Dan berikut adalah panduan bagaimana menjaga hubungan antara mertua dan menantu.
  1. Cuba Bermesra
Apa jua yang dilakukan, cubalah berusaha mengekalkan sesuatu hubungan. Sebagai yang lebih muda, kita harus bersikap lebih bertolak-ansur untuk mengekalkan keharmonian bersama. Ibu mertua adalah insan yang membesarkan anak mereka (suami anda). Dan kalau ada sebarang percanggahan idea antara anda dan mertua, sebaiknya tunjukkan persetujuan ataupun bantahan dengan cara yang rasional dan betul agar mereka boleh menerimanya dengan hati yang terbuka. Bukan dengan emosi.
Kredit Foto: Google
  1. Jangan Libatkan Anak-Anak
Walau tak puas hati macam mana sekalipun dengan perangai mertua anda, seeloknya jangan sesekali libatkan anak-anak anda. Jangan bercerita mengenai perihal keburukan mertua anda kepada mereka. Itu adalah satu contoh yang tidak baik. Malah anak-anak tidak sepatutnya didedahkan dengan perkara negatif yang berlaku antara anda dengan mertua. Seperkara lagi, sebagai menantu; elakkan menggunakan anak anda sebagai umpan terutama dalam perbalahan anda dan mertua.
  1. Dapatkan Nasihat
Dalam mengekalkan hubungan antara mertua dan menantu, si menantu sepatutnya meminta nasihat daripada mertua. Dengan cara ini, mertua akan beranggapan seolah-olah walaupun mereka dah berusia, tetapi merasakan seperti masih diperlukan sebagai ‘tempat’ dalam memberi nasihat kepada anak-anak dan menantu mereka.
Kredit Foto: Google
  1. Terima Mertua Seadanya
Sekiranya layanan yang diberikan masih lagi tidak bertentangan dengan akidah Islam, sebagai menantu, kita seharusnya menerima mertua seadanya. Lama-kelamaan, hubungun ini pasti akan beransur baik juga. Pastikan layanan yang diberikan pada anak mereka juga sama seperti mereka menyayangi anak mereka dan kita juga sanggup lakukan apa sahaja demi keluarga.
  1. Ringan Tulang
Sebagai menantu yang baik, bantulah kerja-kerja mertua kita terutama ketika berada di rumah mereka, ingat, setiap kerja yang dilakukan, jangan hanya kerana ingin mendapatkan pujian mahupun penghargaan. Lakukan dengan hati yang ikhlas.
Kredit Foto: Google
  1. Tahu Minat Mertua
Cuba pikat hati mertua kita dengan kenali apa yang mereka minat, apa yang mereka suka, sekiranya mertua kita suka akan aktiviti luar, apa salahnya kita membawanya melakukan aktiviti yang diminati itu? Atau gunakan minat itu sebagai topik perbualan.
Ingat, dalam apa jua situasi, jangan sesekali hilang kerhormatan terhadap mertua. Sesungguhnya, mereka yang membesarkan anak mereka iaitu bakal suami atau suami anda. Sentiasa tahu akan tanggungjawab anda, insha Allah, semoga hubungan anda dan mertua sentiasa dalam keadaan yang harmoni.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live