Read

“Mak-Mak Dulu Boleh Jaga 10 Anak, Kau Sorang Pun Dah Haru!" – SALAH Tu, Zaman Kita Berbeza Mak Cik.

gempak
Afiza Kamarulzaman
25/09/2020
14:00 MYT
Sponsor Banner
“Mak-Mak Dulu Boleh Jaga 10 Anak, Kau Sorang Pun Dah Haru!" – SALAH Tu, Zaman Kita Berbeza Mak Cik.
Selalu kita dihambat dengan kata-kata begitu apabila ibu-ibu zaman sekarang mengeluh perihal anak-anak. Apatah lagi jika ibu itu punya seorang dua saja anaknya.
Bagi pandangan mak-mak era dulu, ia sangat tak patut untuk seorang ibu yang punya anak sedikit untuk tertekan menguruskan anak jika dibandingkan mereka yang berderet-deret anaknya.
Adilkah untuk menyamakan gaya hidup dan persekitaran zaman dulu dengan zaman sekarang. Banyak bezanya. Begitu juga seperti cara membesarkan anak zaman dulu dengan zaman sekarang, tidak sama.
Anak dulu tidak terdedah dengan gajet dan teknologi di mana apa sahaja yang mereka mahu cari dan pelajari hanya di hujung jari.
Kredit foto: Google
Perbezaan Cara Hidup Mak Zaman Dulu dan Sekarang Membesarkan Anak
Cabaran Kerja:
  • Zaman dulu, kebanyakan mak-mak tidak bekerja, sepenuh masa di rumah menguruskan anak-anak dan suami. Kalau bekerja pun, tidaklah serumit cabaran kerja mak-mak zaman sekarang. Kebanyakan wanita dulu berada di sektor kerajaan atau dalam erti kata lain bekerja pada waktu pejabat sembilan pagi ke lima petang. Wanita sekarang sudah menjelajah banyak sektor yang menuntut lebih banyak komitmen, masa dan kerahan mental dan fizikal.
Persekitaran Rumah
  • Anak-anak zaman dulu bebas ke sana ke sini tanpa perlu mak-mak hendak risaukan sangat. Mereka bebas bermain di luar rumah tanpa mengira masa. Mahu ke rumah jiran, mandi sungai atau berbasikal satu kampung bukanlah perkara yang merunsingkan mak-mak di rumah. Berbeza anak zaman sekarang, yang terpaksa dipantau mak ayah setiap masa. Banyak kes jenayah melibatkan kanak-kanak zaman sekarang yang sangat membimbangkan. Jangankan mahu suruh ke rumah jiran, bermain di laman rumah pun boleh mengundang bahaya. Jadi, bagaimana mak-mak sekarang tidak gusar hatinya? Maka, terpaksalah disuruh anak bermain di rumah saja, yang pastinya menjadikan rumah huru-hara dan bersepah!
Kredit foto: Google
Sikap Berdikari Anak-Anak
  • Tidak dinafikan anak-anak dulu lebih berbanding anak zaman millenium. Bukanlah salah mereka 100 peratus tetapi persekitaran dan keselamatan yang menyebabkan mak-mak sekarang tidak berani untuk membebaskan anak-anak sebegitu mudah. Maka, terpaksalah banyak kerja dilakukan sendiri oleh ibu bapa kerana anak-anak tidak dapat membantu. Anak zaman dulu, waktu umur tujuh tahun pun sudah boleh diharapkan pergi ke kedai menaiki basikal. Anak zaman sekarang, kedai pun jauh harus menggunakan kereta. Anak zaman dulu usia 10 tahun sudah boleh pergi sekolah sendiri, anak zaman sekarang? Sudah tingkatan lima pun, mak ayah masih hantar dan ambil. Semuanya kerana kebimbangan dengan persekitaran yang tidak selamat.
Kredit foto: Google
Bantuan Keluarga dan Jiran
  • Kebanyakan orang dulu-dulu tinggal dekat-dekat dengan mak ayah atau keluarga. Jadi, jika perlukan apa-apa bantuan kecemasan, boleh diminta bantuan mereka. Malah, mak-mak zaman dulu mengamalkan sikap kejiranan yang utuh dan saling membantu. Kalau sesak-sesak mahu tinggalkan anak atau sebagainya boleh diminta bantuan jiran sebelah rumah. Berbeza dengan mak-mak hari ini, semua urusan terpikul di bahu mereka, paling tidak dengan bantuan suami. Ibu bapa dan adik-beradik jauh. Jiran-jiran lagilah tak pernah tegur. Jadi, waktu-waktu susah seperti anak sakit atau tiada siapa mahu tengokkan anak memang kenalah cari penyelesaian sendiri.
Kos Membesarkan Anak
  • Memang betul setiap anak itu ada rezeki tertulis atasnya. Namun, mahu atau tidak, perancangan anak harus ada juga kerana zaman sekarang segala-galanya perlukan duit. Ekonomi yang tidak stabil mengundang pelbagai masalah dalam keluarga sehingga ada yang bercerai-berai hanya kerana tiada duit! Kos besarkan anak zaman sekarang berbeza zaman dulu. Kalau dulu mak-mak boleh ajar anak mengaji sendiri. Zaman sekarang harus dihantar ke kelas fardu ain. Pembelajaran zaman dulu tidak ke tuisyen atau kelas tambahan tidak mengapa. Anak-anak zaman sekarang kalau tidak dihantar ke tuisyen, jawabnya ketinggalan. Anak-anak sekarang juga perlu gajet sebagai alat bantuan pembelajaran katanya. Dan semua itu kos ya! Inilah yang selalu memberi tekanan kepada mak-mak zaman sekarang apabila bercerita hal membesarkan anak-anak.
Kredit foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live