Bermula 22 Januari 2021, perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diistiharkan di seluruh negeri di Malaysia kecuali Sarawak. Puas hati akhirnya? Inilah PKP ke dua selepas dilaksanakan awal tahun 2020 yang lalu. Ya, kita pernah melandaikan graf jangkitan satu masa dulu sehingga ke angka sifar, dan kita terpaksa melalui perjuangan itu sekali lagi.


Bukan masanya untuk menyalahkan sesiapa, walaupun ya memang ada punca kesalahan ‘di situ’, tetapikan lupakan saja. Jadikan ia iktibar untuk kita meneruskan perjuangan ini secara ikhlas dan positif. Tugas kita sebagai orang awam hanya perlu mengikuti SOP yang telah sering dilaungkan.


PAKAI PELITUP MUKA – SELALU CUCI TANGAN – JAGA JARAK SOSIAL – DUDUK RUMAH JIKA TIDAK PERLU KELUAR.


Mudah dilaungkan tapi tidak senang diamalkan saban waktu. Apatah lagi dengan kebebasan yang sudah diberi sedikit demi sedikit. Dan, SOP ini seharusnya dipatuhi oleh setiap manusia tanpa mengira pangkat, keturunan mahupun darjat kerana virus tidak kenal siapa kita? Diharapkan juga pihak berkuasa dapat bersikap adil terhadap setiap tindakan yang dikenakan.



Kredit Foto: Google



Mahukah Kita Berpuasa dan Beraya Sendirian Lagi?


Tiada siapa mahu melalui pengalaman pahit berpuasa dan beraya ‘stay at home’ seperti tahun yang lalu. Cukup sekali itu dan kita tidak mahu mengembalikan nostlagia Raya Covid itu lagi. Kita masih ada beberapa bulan lagi untuk memastikan misim puasa dan raya seperti biasa menjadi hak kita.


Maka, tolonglah sama-sama kita menjaga diri dan keluarga dengan sebaik mungkin. Ternyata duduk di rumah adalah jalan terbaik jika tiada urusan penting di luar. Ini saja cara paling berkesan untuk memutuskan rantaian Covid-19.


Tolong korbankan sekejap perasaan mahu bercuti, lepak-lepak dengan kawan-kawan, pergi membeli-belah barang yang bukan keperluan atau sekadar santai-santai melihat keindahan alam – cukup dulu. Pujuk diri untuk kekal di rumah dan digitalkan semua pekerjaan sehabis yang boleh.




Kredit Foto: Google



Susah Sikit Dahulu, Untuk Puasa dan Raya Yang Gembira


Orang kita apabila bercakap soal Ramadan dan Syawal pasti terujanya lain macam. Kita sanggup berkorban apa saja untuk memastikan sambutan kedua-dua bulan yang mulia ini meriah dan dirai penuh kesyukuran.


Masa inilah kita mahu menjengah masjid lebih kerap, beribadat berjemaah, bersilaturahim dan banyak lagi aktiviti yang memerlukan kita berkeliling dengan manusia. Justeru, apabila tidak diberi kebenaran untuk keluar rumah, maka suramlah sambutan kedua-dua bulan itu apabila pergerakan juga tersekat.


Jadi, jika mahu bergembira di bazar Ramadan nanti, bermoreh, berjemaah di masjid, balik kampung, menziarahi saudara-mara dan berpeluk cium dengan yang tersayang, maka mulalah ikut norma baharu sekarang juga. Biarlah kita bersusah dahulu, untuk kesenangan kemudian yang lebih lama.

Semoga Allah rahmati perjuangan kita untuk kali ke-dua ini! PKP 2.0 pasti sukses.