gaya hidup
Mandi Laut Tak Salah, Jangan Diet ‘Ke Laut’ Sudah – Risau Berat Naik Lepas Bercuti? Cuba 7 Tips Ini.
Bermula dengan Pulau Langkawi terbaru tiga lagi lokasi iaitu Melaka, Pulau Tioman dan Genting Highlands bakal menjadi destinasi baharu bagi pelaksanaan gelembung pelancongan negara. Ia dilaksanakan berikutan kejayaan gelembung pelancongan Langkawi yang merekodkan tiada kes positif Covid-19 sejak dibuka 16 September lalu.
Dan pelepasan ini nyata disambut dengan gembira sebilangan daripada kita yang sudah lama tidak bercuti. Masakan tidak, hampir dua tahun kaki tak jejak pantai, berkelah dan mandi-manda di sungai. Berbicara mengenai bercuti, sudah menjadi kebiasaan kita akan meraikannya mengikut cara masing-masing.
Kredit Foto: Google
Ada yang mahu self reward dengan menginap di hotel lima bintang, ada yang sudah ‘plan’ lokasi tertentu untuk dilawati, ada yang sudah siapkan check list menu yang mahu dicuba dan banyak lagi. Yalah, ini kan waktu bercuti, jadi raikanlah semahunya!
Dan penulis yakin pasti pembaca maklum waktu bercuti sememangnya mudah untuk berat badan kita bertambah. Contoh mudah menurut Coach Lynn Taib, seorang Nutrition Coach berkongsi bahawa setiap pengambilan 7700 kalori, seorang individu telah naik berat sebanyak satu kilogram.
Kredit Foto: Google
Bayangkanlah kalau bercuti tiga hari dua malam misalnya. Agaknya berapa ribu kalori yang 'disumbangkan' dalam perut kita, hahaha. Lebih ‘tragis’ kalau waktu makan tak dijaga, sakan makan tak ingat dunia. Hinggakan sudahnya terkubur segala jenis diet yang diamalkan sebelum ini.
Dan usai balik ke rumah, mulalah menyesal makan macam-macam sampai naik berat badan. Nak tambah berat memang tak susah, nak turunkan itu yang menyeksakan sebenarnya. Itulah sifirnya, kalau balik bercuti memang berat naik, maklum sajalah hati pun senang dan ‘happy’, hehehe.
Kredit Foto: Google
Coach Lynn Taib, menerusi muat naik di instagramnya ada berkongsi tips dan panduan yang boleh dirujuk bagi mengelakkan diet ‘terbabas’ semasa bercuti:
- Elak minuman dan makanan manis.
- Pilih berjalan kaki daripada menaiki kenderaan.
- Pilih portion yang betul semasa makan. Kongsi makanan dengan suami, anak-anak atau rakan-rakan.
- Pilih lauk yang tidak bergoreng. Lebih selamat ambil nasi dengan sayur atau nasi dan sup.
- Jangan asyik nak mengunyah ‘jajan’ saja.
- Jangan skip breakfast.
- Cuba curi waktu untuk bersenam di gimnasium yang mungkin ada di tempat penginapan. Jika bercuti di pantai, luangkan masa jogging sekitar pantai.
Kredit Foto: Google
Barulah percutian yang menyihatkan! Bukan sahaja nak rehatkan minda dan tenangkan fikiran. Tetapi badan juga perlu nikmati waktu rehat mencukupi. Bukannya diisi dengan pelbagai jenis makanan tanpa dikawal pengambilannya. Berpada dan bersederhana ketika makan okey. Selamat bercuti dan jangan lupa patuh SOP!
Must-Watch Video