Highlights

“Masih Diganggu Suami Gila Talak!” – Difitnah, Dimalukan, Dikacau di Pejabat. Wanita Ini Terus Derita Selepas Bercerai.

gempak
Afiza Kamarulzaman
06/01/2020
12:00 MYT
Sponsor Banner
“Masih Diganggu Suami Gila Talak!” – Difitnah, Dimalukan, Dikacau di Pejabat. Wanita Ini Terus Derita Selepas Bercerai.
Begitulah nasib yang menimpa Balqis (bukan nama sebenar) yang sudah pun diceraikan suaminya empat bulan yang lalu. Suaminya, Malek (bukan nama sebenar) akhirnya melafazkan talak kepada Balqis setelah puas Balqis merayu dan turun naik mahkamah. Walaupun pada awalnya, Malek enggan melepaskan Balqis, namun setelah enam tahun perkahwinan neraka itu dilalui Balqis, akhirnya Malek melepaskannya. Itu pun dalam keadaan yang sangat sulit.
Apa yang menyebabkan Balqis mahu bercerai?
Menurut Balqis, mereka berkahwin atas dasar cinta. Awalnya bahagia tetapi tidak lama. Selepas setahun setengah melayari bahtera, Malek mula menunjukkan perangai. Paling ketara selepas Malek berhenti kerja sebagai juru jual kereta. Dia kemudian merancang untuk membuka perniagaan sendiri. Balqis tahu, Malek agak struggle selepas berhenti kerja dan memulakan bisnes baru.
Namun, Balqis tidak pernah mendesak Malek apabila mereka keputusan wang tunai kerana Balqis sendiri punya pendapatan tetap sebagai kerani akaun di syarikat pembinaan. Jadi, setakat membantu menyelesaikan hutang-piutuang bulanan, Balqis masih boleh redha dan ikhlaskan hati untuk memudahkan urusan keluarga. Bagaimana pun, Balqis tahu Malek ada kala rasa tercabar apabila Balqis yang banyak menguruskan kewangan keluarga.
Disebabkan tidak punya pengalaman yang banyak dalam perniagaan, Malek akhirnya gagal untuk menguruskan perniagaannya dengan baik. Keuntungan tidak nampak lagi. Malek pula semakin kusut dan emosi kerap tidak stabil. Sudahlah hal duit tidak dibantu, tugasan di rumah pun langsung tidak mahu ambil tahu. Dua anak kecil mereka pun diabainya. Bukan kata mahu melayan, sering pula menjadi mangsa herdik Malek setiap kali tertekan.
Kredit Foto: Google
Sudah mula naik tangan...
Emosi Malek yang tidak stabil itu memberi impak yang sangat buruk dalam kehidupan mereka sekeluarga. Pantang diajak berbincang, pasti diselesaikan dengan maki-hamun. Kalau ditegur, ada sahaja bahasa kesat menjadi makanannya. Anak-anak pun bagaikan sudah imun dengan pertelingkahan mak dan ayahnya ini. Kasihan dengan emosi mereka yang sering terganggu. Anak-anak sampai takut untuk mendekati ayah mereka. Setiap kali Malek ada di rumah, masing-masing akan berkurung di bilik.
Satu kes di malam Raya tempoh hari menjadi kemuncak pada kesabaran Balqis apabila Malek sudah mula naik tangan. Muka Balqis ditampat sampai lebam. Lehernya dicekek dan rambutnya direntap sehingga Balqis menjerit meraung kesakitan. Anak-anak menangis bagaikan histeria memohon Malek melepaskan Balqis. Jiran-jiran yang sudah biasa dengan situasi itu, tiada yang datang membantu membuatkan Malek terus dirasuk hantu! Esoknya, Balqis bungkus baju, dan perlahan-lahan keluar dari rumah bersama anak-anak.
balqis mengambil langkah bijak dengan terus ke balai polis untuk meminta perlindungan. Setelah diambil laporan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut, akhirnya Malek diberkas hari yang sama atas dakwaan keganasan rumah tangga. Malek turut diberi amaran untuk tidak mendekati Balqis selama urusan penceraian diuruskan. Balqis terus memfailkan penceraian. Namun, seperti yang diduga setiap kali perbicaraan, Malek tidak hadir.
Akhirnya, penceraian berlaku tapi...
Seperti apa yang didoakan saban waktu dalam setiap sujud Balqis, semoga Malek menceraikannya dan ia berlaku setelah berbulan-bulan Balqis naik turun mahkamah. Itu dengan pelbagai syarat Malek yang mahukan rumah dan kereta juga sejumlah wang tunai. Semua itu Balqis lepaskan asalkan sahaja Malek mahu membebaskannya. Malah, Balqis tidak tuntut walau satu sen pun nafkah untuk anak-anak. Bagi Balqis asalkan saja Malek mahu melepaskannya, ia seribu rahmat.
Balqis yakin rezekinya dengan anak-anak pasti ada. Selama ini pun, Balqis yang menanggung keluarga dan pastinya ia boleh meneruskan kehidupan tanpa Malek. Balqis tidak minta apa lagi, dia cuma mahu hidup tennang bersama anak-anak. Dia tidak mahu anak-anak terus diseksa emosi dengan sikap buruk bapanya yang suka memaki-hamun dan berbahasa kesat. Balqis juga tidak sanggup melihat anak-anaknya membesar dengan menonton aksi bapa terus memukul emaknya. Cukuplah.
Namun, pelangi yang diharapkan terus melakar di langit tidak bertahan lama. Tidak sampai dua bulan, hidup tenang bersama anak-anak, Malek kembali menganggunya. Malah makin menggila daripada ketika mereka bersama dulu. Ingatkan sudah dapat apa yang dia mahu, Malek bolehlah memulakan hidup barunya. Nampaknya tidak! Malek seperti gila talak dan gila isim. Seringkali dia mngirimkan Whatsapp berbaur ugutan kepada Balqis. Mahu disimbah asidlah, mahu dibakar hidup-hiduplah.
Tidak cukup dengan itu, boleh pula dia datang ke pejabat Balqis membuat onar. Habis satu pejabat tahu kisah Balqis itu. Dia datang mengamuk dan menghambur pelbagai kata-kata tohmahan kepada Balqis di hadapan orang ramai. Walaupun sudah dihalau oleh pengawal, Malek seperti tidak serik! Sehinggakan, majikan Balqis memberikan Balqis cuti untuk seketika. Tidak dapat dicari Balqis di pejabat, Malek mencarinya di rumah. Walaupun, rumah sentiasa dikunci, namun Malek tidak segan-silu menjerit-jerit di luar pagar rumah dengan pelbagai caci maki. Balqis sudah tidak mampu lagi menanggung malu. Memang pasrah sahaja dengan pandangan sinis jiran-jiran.
Kredit Foto: Google
Sampai bila? Balqis hanya berserah..
Walaupun sudah membuat laporan polis dan mengadu kepada keluarga, Malek tidak pun berubah. Hanya sseminggu dua dia akan hilang sekejap, namun kemudian muncul kembali dengan kegilaannya itu. Balqis tidak tahu apakah dosanya sebelum ini, sehingga begini sekali musibah yang terpaksa ditanggungnya. Benar, ujian Allah itu adalah tanda Tuhan sayang. Namun, Balqis teringin juga untuk hidup tenang bersama anak-anak. Sudah bertahun dia derita dan Balqis tidak tahu sampai bila lagi semua ini akan berakhir?
Ingatkan, selepas diceraikan, semuanya akan berakhir dan Balqis mampu hidup bebas seperti burung. Namun, ia bagai dikejar dengan bayang-bayang hitamnya. Apa yang mampu dilakukan oleh Balqis hanyalah doa kepada yang di atas sana. Sampai satu tahap, Balqis mendoakan agar dicabutkan sahaja nyawa si Malek itu agar semua ini dapat diakhiri. Balqis tidak sanggup lagi untuk melalui hari-harinya dengan ketakutan dan malu. Ya Allah, semoga ada sinar bahagia untuk Balqis dan anak-anak dan Malek diberikan hidayah...
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024