Personaliti

“Memanglah Saya Cari Rezeki Lebih, Tapi Ini Juga Rezeki Dia. He Is My Lucky Charm,” Shiera Tak CONTROL Ijoi.

gempak
Afiza Kamarulzaman
05/04/2021
02:26 MYT
Sponsor Banner
“Memanglah Saya Cari Rezeki Lebih, Tapi Ini Juga Rezeki Dia. He Is My Lucky Charm,” Shiera Tak CONTROL Ijoi.
Kebiasaan dalam rumah tangga, si suami yang akan menjadi tunggak utama mencari rezeki atau duit menyara kehidupan keluarganya. Dan, apabila isteri mengambil alih tugas utama sebagai ‘ketua ekonomi’, maka masyakarat mula memandang sinis sehingga ada yang beranggapan isteri sejenis ‘queen control’.
Sedangkan ia bukanlah perkara berdosa pun jika isteri ke depan mencari duit jika kedua-dua pihak reda dan bersetuju. Namun, inilah persepsi masyakarat yang sukar untuk dijinakkan. Begitu yang berlaku dalam kehidupan Sharifah Shahirah dan suaminya Ijoi apabila Shiera dilihat lebih dominan dalam mencari punca pendapatan keluarga.
“Ramai kata saya control suami hanya kerana saya cari rezeki yang lebih dalam keluarga, tapi hakikat yang berlaku dalam keluarga saya hanya kami yang tahu. Walaupun saya cari duit lebih tapi saya tak pernah control Ijoi. Dia nak bangun pukul berapa ke, nak ke mana pun tak pernah saya tentukan. Saya biar dia leisure je...” Akui Shiera.
Shiera tidak bersetuju jika dia dilabelkan sebagai ‘queen control’ kerana Ijoi sejenis lelaki Melayu lama yang tidaklah begitu rajin membantu kerja rumah. Adakala pinggan makannya pun tidak dicuci sendiri. Maka, di manalah letaknya ‘kegarangan’ Shiera untuk memerintah suami?
Rezeki Siapa Lebih Dia Yang Belanja Lebih
Ijoi yang kelihatan lebih pasif dan banyak diam berbanding Shiera turut mengakui yang dia lebih banyak menyokong Shiera dari belakang saja. Jika dia diperlukan untuk membantu urusan kerja Shiera, dia akan bantu. Sepeti contoh kalau diminta untuk tampil buat ‘review’ di Instagram Shiera, Ijoi akan support.
“Dia macam props saya,” usik Shiera diselangi ketawa seisi studio.
Namun, kata Shiera dia percaya setiap rezeki suami isteri itu dikongsi bersama dengan tuah dalam sebuah perkahwinan kerana itu Shiera menganggap Ijoi bagaikan ‘lucky charm’ untuknya yang diberi kelebihan membawa lebih rezeki dalam keluarga. Ada tuah suami kepada isteri yang berpendapatan lebih. Ia bukan tentang rezeki isteri semata.
“Tanggungjawab dalam keluarga kami mudah. Siapa yangn ada duit lebih, dialah yang belanja lebih. Kena ikhlas dan jangan berkira. Kalau berkira itu yang hubungan jadi sendu,”
Kerana Isteri Berfikir Secara Mikro
Turut diundang Pensyarah dan Pakar Motivasi Keluarga, Dr Norwati Mansor untuk mengupas isu Dominasi Kelamin ini. Menurut beliau, dominasi kelamin ini berlakuk menerusi beberapa faktor, antaranya isteri menguasi rumah tangga kerana dipengaruhi sejarah kehidupannya yang mungkin menjadikannya lebih berhati-hati.
Ia bukanlah kesalahan besar tetapi haruslah diamalkan secara berpada dan jangan sampai mengawal suami sehingga suami hilang rasa terkongkong dan stres.
“Saya katakan tak apa kerana kita perlu lihat isteri ini selalunya berfikir secara mikro di mana mereka sangat terperinci dalam membuat sesuatu keputusan. Berbanding suami yang berfikir secara makro di mana mereka melihat sesuatu isu itu dalam skala besar dan sangat umum. Jadi, isteri kadang-kadang mahukan satu keputusan itu cepat, maka isterilah yang selalunya menjadi pembuat keputusan,” terang beliau.
Dalam pengurusan kewangan keluarga juga diakui yang isteri lebih bagus berbanding suami (kebiasannya) kerana isteri boleh mengira sehingga sekecil-kecil perkara. Namun, ia bukan bermakna suami lepas tangan. Yang penting, kedua-dua pihak setuju dengan setiap keputusan.
Apabila ditanya, adakah okey jika isteri menjadi tunggak utama mencari rezeki jika kedua-dua pihak sudah bersetuju dan reda?
Jawab Dr Norwati, “Saya dulu pun dibesarkan dalam keluarga yang bapa bekerja dan ibu suri rumah maka tak apalah jika mak buat semua kerja rumah kerana ayah dah penat bekerja cari duit. Tapi, apabila saya pula berkahwin, saya dan suami sama-sama bekerja, maka tugasan di rumah kenalah sama-sama pikul. Tapi, adakah betul jika isteri saja mencari rezeki? Dalam Quran pun ada sebut, lelaki itu lebih berkuasa daripada perempuan, lebih kuat untuk bekerja. Maka dari segi tanggungjawab mereka ada kekuatan yang lebih berbanding perempua.”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024