Highlights

Menginap Di Hotel, Tapi Bawa Kelengkapan Macam Nak Tidur Di Homestay. Alahai…

gempak
Huda Hussain
21/09/2020
02:00 MYT
Sponsor Banner
Menginap Di Hotel, Tapi Bawa Kelengkapan Macam Nak Tidur Di Homestay. Alahai…
Tidak dinafikan sejak kelonggaran tempoh PKPP yang lalu, industri perhotelan tempatan semakin rancak mengadakan promosi untuk menarik perhatian pelanggan menginap di hotel masing-masing. Sementelahan pintu masuk dan sempadan negara masih belum dibuka untuk menerima kedatangan pelancong luar negara, maka menjadi tanggungjawab dan keprihatinan bagi membantu industri perhotelan dan pelancongan tempatan kembali bernafas.
Walaupun masih dalam keadaan berjaga-jaga kerana kes positif Covid-19 tetap ada, mujur rakyat dan masyarakat kita sudi meluangkan masa dan memperuntukkan sejumlah wang bercuti dalam negara. Apatah lagi dengan tawaran harga penginapan di hotel-hotel yang menarik, menambahkan lagi keterujaan semua untuk bercuti.
Namun, malangnya tidak semua tetamu atau pelanggan memanfaatkan kelebihan yang ditawarkan. Seperti apa yang dikongsikan seorang pengguna Facebook, Ainul CheNoi baru-baru ini mengenai situasi yang berlaku di salah sebuah hotel bertaraf lima bintang di Port Dickson, Negeri Sembilan. Tidak dapat dipastikan sama ada Ainul adalah kakitangan hotel atau pelanggan yang menginap di hotel tersebut. Tetapi terbukti perkongsiannya membuka mata ramai mengenai sikap segelintir daripada masyarakat kita. Tidak keterlaluan jika ada yang mengatakan ia amat memalukan.
Kredit Foto: Facebook Media Viral Melaka
Maksimum 7 Dewasa Untuk 1 Bilik Menurut penulisannya yang penulis cerap menerusi Facebook, membuatkan ramai pengguna mengeluh mengenai mentaliti sesetengah daripada kalangan kita yang bersikap demikian. Lexis Hibiscus PD is a five star hotel. Memang la tengah murah. Tapi jangan la buat macam Lexis Hibiscus PD ini macam homestay. Macam nak buat kenduri dah saya tengok.
Dengan itu, Lexis Hibiscus PD dah buat ‘a very very very strict rules’. Masa nak check in nanti, diaorang akan spot check. Seorang-seorang dia check. Maksimum satu bilik boleh dibenarkan tujuh orang dewasa sahaja (kanak-kanak umur 12 tahun ke bawah tiada had). Dewasa ke-lapan tidak dibenarkan masuk. Maknanya kena ambil bilik lain atau pergi beli tiket bas, pulanglah anda ke kampung halaman nan indah. Lepas itu, dalam tujuh orang dewasa itu pula, maksimum empat dewasa sahaja percuma. Dewasa ke lima hingga tujuh, ada extra charge.
Kredit Foto: Facebook Media Viral Melaka
Bawa ‘Narita’, Periuk Nasi Dan Rod Memancing! Tengok shelf tu, dah macam shelf kat Sen Heng dah. Siap bawa batang pancing. Hampa nak masak-masak dekat hotel yang tak ada dapur. Hotel ada rules. Kenapa hotel tak benarkan masak dalam bilik? Sebab nanti langsir, tilam, bantal, dinding semua berbau. Ingat senang ke nak hilangkan bau tu? Hotel kena keluarkan extra cost untuk hilangkan bau tu. Kalau bilik berbau, next guest akan complain. So, hotel terpaksa bagi bilik lain. Dah rugi satu bilik. Mindset tu tolong tukar sikit. Fikir orang lain sama. Jangan selfish sangat.
Kredit Foto: Facebook Media Viral Melaka
Ubah Mentaliti Dan Lebih Bertanggungjawab Walaupun anda sudah membayar kos penginapan untuk beberapa malam menginap di hotel tersebut, tidak bermakna anda sewenang-wenangnya menyalahgunakan kemudahan yang ada. Patuhi segala peraturan yang ditetapkan pihak hotel untuk kemudahan dan keselesaan semua pihak. Caj perkhidmatan yang dibayar adalah untuk kegunaan pihak hotel bagi menyelenggara, membersihkan dan memastikan segala kemudahan yang diberi kekal terjaga dan berada dalam keadaan yang baik.
Dah namanya pun bercuti dan berehat, maka tak perlulah sibuk mahu memasak atau melakukan aktiviti lain. Hargai segala fasiliti dan kemudahan yang disediakan pihak hotel dengan penuh rasa tanggungjawab. Tidak perlu membawa segala perkakas dan peralatan memasak. Untuk menikmati ruang yang lebih luas dan boleh memuatkan jumlah tetamu yang ramai, terdapat banyak pilihan lain yang boleh dipertimbangkan. Misalnya memilih penginapan di homestay, air bnb atau villa. Kerana lazimnya, jika menginap disini, segala kemudahan memasak disediakan untuk kegunaan tetamu.
Pilihan ditangan anda. Hormatilah polisi dan segala garis panduan yang ditetapkan. Ubah mentaliti dan sikap mementingkan diri. Kita mahu membantu industri perhotelan dan pelancongan tempatan kembali pulih. Bukannya menambah beban dan kos baik pulih kerosakan akibat daripada kecuaian dan sikap tidak bertanggungjawab dalam kalangan kita. Fikir-fikirkanlah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live