Malam pembukaan Maharaja Lawak Mega (MLM 2021), menjadi hangat selepas Datuk AC Mizal selaku hos memperkenalkan barisan juri.

Kerusi panas juri pada tahun ini diisi Datuk Rosyam Nor selaku ketua juri, Noh Salleh, Diana Danielle dan Uqasha Senrose.

Turut diperkenalkan juri istimewa iaitu ‘Sang Bara’ yang juga ikon MLM 2021 sebagai juri, namun identiti di sebalik topeng hanya akan didedahkan pada malam finale nanti.

Menariknya malam tadi kehadiran ‘Sang Bara’ bukan sahaja menyebabkan para peserta tertanya-tanya namun penonton di PICC dan di rumah juga!

Tinjauan Gempak di sosial media mendapati, antara nama yang paling banyak disebut warganet sebagai individu di sebalik ‘Sang Bara’ ialah Datuk Ramli MS, Datuk Afdlin Shauki dan Douglas Lim!

Ketegasan dan komen laser dikeluarkan ‘Sang Bara’ antara sebab nama-nama itu disebut termasuk kedekut memberikan ‘Ha’.

Minggu pertama menyaksikan kumpulan Boro dan Otai berada di tangga teratas selain persembahan terbaik daripada bintang yang digelar underdog seperti Chawan, yang turut menambat hati juri.

Di bawah merupakan markah penuh, 70% daripada dan 30% undian online:

BORO: 74.84%
OTAI: 66.8%
CAWAN: 60.15%
TOBAT: 58.24%
TIRO: 53.68%
PUTEH: 45.48%
R&R: 43.31%
TAICI: 41.5%
BAHYE: 40.97%
3OTAK: 38.27%
ORI: 36.56%
Masih terlalu awal untuk kita tentukan siapa di antara 11 kumpulan ini yang bakal membawa pulang wang tunai RM500,000!

Jangan lupa saksikan MLM 2021 setiap Jumaat, bermula 9 malam secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform Astro GO dan On Demand.

Mengangkat tema ‘Aura Baharu, Lawak Terpadu’, program realiti pertandingan komedi yang dinantikan ramai ini bersiaran secara langsung dari Putrajaya International Convention Centre (PICC).