,
Muzikal Lawak Superstar 2022

MLS3: Hadiah Birthday Namie, UBI Rampas Kembali Takhta Nombor Satu Dengan Markah 77.95%! Ini Recap & Komen Juri Separuh Akhir

Mya Amri
18/09/2022
05:45 MYT
Pentas separuh akhir Muzikal Lawak Superstar (MLS3) menyaksikan UBI kembali merampas takhta mereka menduduki tangga pertama.
Minggu kesembilan ini menyaksikan para bintang MLS3 diberikan dua tugasan.
Lokasi pusingan pertama adalah Tempat Larangan manakala untuk lokasi kedua pula adalah Pusat Perniagaan.
UBI yang dinobatkan sebagai penerima Superstar Gempak of The Week itu juga menyaksikan kedua-dua persembahan mereka mendapat lima bintang daripada juri.
Format penjurian juga telah ditukar kepada 75% juri dan selebihnya secara online.
Mungkin ada yang terlepas pandang, jom imbas kembali komen-komen padu juri di minggu kesembilan
1. UBI - Fad Bocey, Sharif Zero, Namie (77.95%)
Persembahan pertama:
“UBI setiap minggu selalu keluarkan yang terbaik tapi malangnya anda di tempat yang ketiga. Jadi saya seru kepada semua atau awak sendiri menyeru penyokong-penyokong untuk terus mengundi.
“Kerana apa yang anda bawa di atas pentas hari ini, minggu lepas dan sebelumnya semua yang baik-baik belaka. Idea yang bernas, di luar kotak pemikiran kami.
“Selalu bagi kami kejutan, jadi saya mahu melihat anda berjaya. Pilihan lagu pun bagus-bagus. Anda betul-betul menghibur jadi saya tidak ada rasa bersalah untuk bagi markah yang penuh,” - Datuk Awie (5 bintang)
Persembahan kedua:
“Anda keluar dah buat saya gelak, terima kasih selalu bagi persembahan yang menghiburkan dari minggu pertama sampailah sekarang.
“Selalu bagi idea yang relevant, yang sangat kelakar dan saya nak lihat anda ke final,” - Siti Saleha (5 bintang)
2. CILI - Achey, Ali Puteh, Shiha Zikir (70.52%)
Persembahan pertama:
“Tiga tenaga, tiga kreativiti, tiga personaliti dalam satu rencah jenaka yang tidak menghampakan. Saya harap anda terus mencipta treadmark lawak bagus dan mantap supaya yang lain terus tergugat dan bekerja keras menjuarai pertandingan ini,” - Najip Ali (4 bintang)
Persembahan kedua:
“Tahniah persembahan yang best sangat, dua-dua persembahan kuat malam ni, terima kasih. Anda buat kerja saya senang untuk komen,” - Siti Saleha (5 bintang)
3. BAHROY - Roy Azman, Nizam Jentik Jentik, Shashic (51.84%)
Persembahan pertama:
“Terima kasih sebab ambil risiko malam ini dengar cakap Najip Ali, saya sangat-sangat hargai usaha anda.
“Saya rasa persembahan tadi comel sangat. Bagus, saya suka,” - Siti Saleha (3 bintang)
Persembahan kedua:
“Satu usaha yang baik, cerita yang menarik, cuma kekurangan dari segi lawak, mungkin kepenatan nak buat dua kerja dalam satu malam.
“Tetapi apa pun usaha anda diambil kira dan tahniah ada rezeki kita jumpa di minggu hadapan,” - Datuk Awie (3 bintang)
4. OOD - Chiwan, Man Raja Lawak, Zahid (49.97%)
Persembahan pertama:
“Awak ada sesuatu yang lebih baik daripada apa yang ada pada hari ini, mungkin ini adalah pusingan pertama pemanas badan,” - Datuk Awie (3 bintang).
Persembahan kedua:
“Anda selalu memberikan kepelbagaian dalam corak dan konten yang anda lakukan. Tetapi malam ini saya rasa kurang tenaga.
“Semi final ini kita tenaga, sesuatu yang menghiburkan maksimal, itu kurang saya rasakan. Saya harap anda melakukan sesuatu yang original minggu depan kalau masuk,” - Najip Ali (3 bintang)
5. ARTEH - Has, Dewa, Qody Rany (39.72%)
Persembahan pertama:
“Saya rasa effort yang baik, persembahan yang baik, saya suka watak-watak yang anda bawa setiap minggu saya rasa comel.
“Cuma mungkin jalan cerita pada malam ini tak cukup kuat sampai ke final. I’m so sorry tapi apa pun please do your best untuk persembahan seterusnya,” - Siti Saleha (3 bintang)
Persembahan kedua:
“Apa yang saya suka tentang anda adalah komitmen anda terhadap watak-watak yang telah dicipta itu selalu saya rasakan 150 persen.
“Bagi saya itulah satu hadiah bagi pertunjukan dan produksi ini. Tuah menyebelahi anda pada minggu-minggu yang lalu. Saya harap minggu ini tuah juga akan menyebelahi anda,” - Najip Ali (3 bintang)
BACA: MLS3: Jalan Cerita Tak Kuat, Arteh Gagal Mara Ke Final
MLS3 dihoskan oleh Elly Mazlein dan juga Sharnaaz Ahmad.
MLS3 menyaksikan Datuk Awie, Siti Saleha dan Najip Ali diberi tanggungjawab sebagai juri tetap.
MLS3 bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLS3 juga boleh distrim di On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.
Untuk mengundi dan perkembangan terkini Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS3 di https://rancangan.gempak.com/muzikal-lawak-superstar-2022
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Bawa Sentuhan ‘Magika’, Muzikal Lawak Superstar 4 Tampil Dengan Kombinasi Pempengaruh, Pelakon & Pelawak!

gempak
11/09/2024
07:00 MYT
Astro kembali menggabungkan pelakon, pelawak, penyanyi dan pempengaruh di atas pentas komedi muzikal menerusi musim terbaharu ‘Muzikal Lawak Superstar 4’.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Syamel Amzah Teratas, 10 Peserta Tersingkir… Jom Semak Markah Penuh Minggu Pertama Semua Peserta

gempak
21/07/2024
21:55 MYT
Dengan tema Tik & Tok, minggu pertama Gimme The Mic Malaysia menyaksikan Syamel dengan nyanyian To Love Somebody berjaya mengungguli kesemua 30 peserta dengan markah 67.1%.
the-hardest-singing-show

THSS: Penangan Sheesh & Persembahan Out Of The Box, Aisha Retno Raih Mata Tertinggi 94.55%! Ini Senarai Markah Penuh

gempak
27/05/2024
01:50 MYT
Penyanyi, Aisha Retno diumumkan sebagai bintang yang menduduki tangga pertama di minggu ketiga dalam pertandingan The Hardest Singing Show.
Terkini

THSS: Edry Kata Perfect 10! Aepul Roza Rampas Takhta Tangga Pertama, Ini Senarai Markah Penuh Minggu Kedua

gempak
20/05/2024
00:52 MYT
Penyanyi, Aepul Roza diumumkan sebagai bintang yang menduduki tangga pertama di minggu kedua dalam pertandingan The Hardest Singing Show.
the-hardest-singing-show

THSS: Persembahan Ayda Jebat Over The Top, Suara Aisha Retno Unik, Ini Recap Minggu Pertama THSS

gempak
13/05/2024
08:55 MYT
Program The Hardest Singing Show telah memulakan siaran sulungnya malam tadi secara langsung dari CIDB Convention Centre, Kuala Lumpur.