Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

MLS3: Jalan Cerita Tak Kuat, Arteh Gagal Mara Ke Final

Mya Amri
16/09/2022 17:45 MYT
Tuah tidak berpihak kepada ARTEH apabila nama mereka diumumkan sebagai bintang yang tersingkir di minggu Separuh Akhir Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3) pada Jumaat.

ARTEH akur dengan keputusan itu mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sering memberikan sokongan kepada mereka.

Sementara itu, UBI sekali lagi merampas kembali takhta dan sekaligus dinobatkan sebagai penerima Superstar Gempak of The Week di minggu separuh akhir ini.

Selain UBI, kumpulan lain yang berjaya melangkah ke final adalah CILI, OOD dan BAHROY.

UBI merangkul tempat pertama dengan jumlah markah 77.95%

Berikut merupakan markah penuh bintang-bintang MLS3 di minggu kesembilan:

UBI - 77.95%

CILI - 70.52%

BAHROY - 51.84%

OOD - 49.97%

ARTEH - 39.72%

MLS3 dihoskan oleh Elly Mazlein dan juga Sharnaaz Ahmad.

MLS3 menyaksikan Datuk Awie, Siti Saleha dan Najip Ali diberi tanggungjawab sebagai juri tetap.

MLS3 bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLS3 juga boleh distrim di On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.

Untuk mengundi dan perkembangan terkini Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS3 di https://rancangan.gempak.com/muzikal-lawak-superstar-2022

#Tersingkir #Separuh Akhir #Muzikal Lawak Superstar #Arteh #Muzikal Lawak Superstar 3 #Muzikal Lawak Superstar 2022 #MLS3