Highlights
Mohon Selebriti, Influencer Main Peranan. Ternyata, Rakyat Malaysia Suka Kepimpinan Melalui TELADAN!
Setakat ini (19 Mac 2020), Malaysia mencatatkan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 790 dengan dua kematian. Di negara jiran kita, Indonesia mencatatkan 19 kematian. Di Itali, sebanyak 2978 kematian, manakala Bangladesh dan Burkina Faso masing-masing mencatatkan kematian pertama. Dan, jangan terkejut jumlah ini akan terus meningkat hari demi hari di serata dalam dan luar negara atas sikap manusia itu sendiri yang ‘tumpas’ dengan virus ini.
Walaupun kerajaan sudah mengumumkan Perintah Kawalan Bergerak sejak dua hari yang lalu, nampaknya ia tidak langsung memberikan tanda-tanda positif yang wabak ini dapat dicegah. Kempen ‘Stay At Home’ dilaungkan berulang kali, namun sikap bodoh dan tidak ambil peduli rakyat kita nampaknya memburukkan lagi keadaan apabila masing-masing mengambil tindakan panik tak bertempat.
Kurang Ilmu dan Mentaliti ‘Low Class’
Inilah hakikatnya yang berlaku kepada sejumlah besar rakyat Malaysia yang masih kurang cerdik dan mempunyai mentaliti yang sangat menyedihkan. Arahan pihak berkuasa tidak dipatuhi dan mereka membuat keputusan ikut suka hati dan perasaan. Ramai lagi yang tidak terdidik dengan bahaya dan bahana wabak Covid-19 ini. Ada yang berasakan selagi mereka tidak kena, mereka dijamin selamat.
Di sinilah perlunya lebih banyak hebahan tanpa henti dan back to back disalurkan kepada masyarakat terutama kepada warga emas dan yang tinggal di pedalaman. Proses pemulihan ini bukan lagi tanggungjawab frontliner seperti doktor dan jururawat semata-mata tetapi juga setiap individu daripada kita.
Guna Pengaruh Anda Untuk Tingkatkan Kesedaran
Ayuh, para selebriti dan pengamal media massa dan media sosial, gunakan pengaruh yang ada di platform masing-masing untuk membangkitkan kesedaran kepada umum. Hentikan memuatnaik perkara-perkara bertentangan yang mengundang netizen untuk terus lalai dan meneruskan kehidupan seperti tidak ada apa. Masanya untuk kamu membuat sedikit jasa kepada masyarakat dan negara.
Silalah muat naik dan berkongsi segala informasi mengenai wabak ini, cara menanganinya dan kempen untuk setiap individu duduk di rumah dan kurangkan pergerakan keluar rumah. Jadikan diri anda sendiri sebagai contoh dan model untuk para pengikut mengikutinya kerana ternyata kebanyakan rakyat Malaysia amat mudah dipengaruhi menerusi idola mereka. Cakap elok-elok dan penuh hemah pun, mereka susah untuk fahami. Jadi, ayuh kita sahut cabaran ini untuk membantu ‘membetulkan’ semuanya.
Must-Watch Video