Read
Mungkinkah Anda Penderita Kanser Pangkal Rahim? Wanita MESTI BACA Artikel Ini Sebelum Nasi Jadi Bubur
Sumber foto: Shutterstock.com
SEBELUM anda terus membaca artikel ini, anda harus menjawab soalan ini: Bilakah kali terakhir anda menjalani ujian pap smear? Apakah anda sudah bertahun-tahun tidak menjalaninya, atau apakah anda tidak pernah ambil pusing tentang ujian pap smear — tidak tahu pun apakah tujuannya dan keperluannya?
Jika anda tidak pernah melakukan ujian pap smear, nasihat kami, lakukanlah segera, kerana anda mungkin dapat mencegah satu lagi musuh wanita yang paling besar — kanser pangkal rahim.
Kanser pangkal rahim merupakan kanser yang sering melanda wanita terutamanya di negara-negara maju dan membangun. Banyak bertanggapan kanser tidak boleh diubati atau dicegah. Itu adalah mitos semata. Kanser pangkal rahim bukan sahaja boleh dicegah, malah mampu menyelamatkan nyawa penghidapnya jika dikesan pada peringkat awal.
Sumber foto: Getty Images
Bagaimana ‘Pap Smear’ dilakukan?
Serviks uteri merupakan sebahagian daripada rahim yang membuka ke arah faraj. Di sini, pangkal rahim dialas dua jenis sel. Jenis pertama melapisi bahagian luar pangkal rahim, manakala jenis kedua pula melapisi bahagian dalam serviks. Antara kedua-dua jenis sel ini terbentuk ‘satu simpang’ yang dikenali sebagai zon transformasi, atau zon peralihan.
Untuk pengetahuan anda, di zon inilah sample untuk ujian pap smear diambil, kerana di sinilah lazimnya berlaku perubahan yang dikenali sebagai displasia atau perubahan pra kanser sehingga terjadinya kanser pangkal rahim.
Sumber foto: Getty Images
Siapa Mungkin Mangsa Kanser Pangkal Rahim?
Awas! Jika anda mengatakan diri anda sihat, bebas daripada sebarang kemungkinan menghidapi kanser pangkal rahim, anda mungkin silap. Selepas kanser payu dara, kanser pangkal rahim adalah pembunuh utama wanita di negara ini. Siapakah yang terdedah kepada risiko menghidapi kanser pangkal rahim?
FAKTOR 1: Merokok
Apa kaitan antara merokok dengan kanser pangkal rahim? Tahukah anda, rokok mengandungi beberapa jenis bahan kimia yang bersifat karsinogen. Jika anda wanita yang suka merokok, maka beringatlah. Anda sebenarnya berhadapan risiko empat kali lebih tinggi menghidapi kanser pangkal rahim berbanding wanita tidak merokok!
FAKTOR 2: Memiliki Banyak Pasangan Seks
Kecenderungan memiliki banyak pasangan seks juga boleh menjerumuskan anda kepada risiko dijangkiti kanser pangkal rahim. Ini juga satu peringatan, bahawa kanser pangkal rahim boleh dikategorikan sebagai sejenis penyakit kelamin.
Berhati-hatilah juga dengan pasangan anda! Jika anda menjalin hubungan seks dengan pasangan yang suka mengamalkan seks bebas dengan pasangan yang banyak, anda juga harus sedia menerima hakikat bahawa anda boleh dijangkiti virus yang boleh membawa kepada musibah ini.
FAKTOR 3: Aktif Berhubungan Seks pada Usia Muda
Usia merupakan faktor kanser pangkal rahim. Sekiranya kamu aktif melakukan hubungan seks pada usia muda, kebarangkalian untuk mendapat kanser pangkal rahim adalah tinggi. Jadi awas orang muda! Usah berhubungan sebarangan.
FAKTOR 4: Jangkitan Ketuat Alat Kelamin (‘Genital Wart’)
Berhati-hatilah dengan ketuat yang mungkin muncul tanpa diduga pada bahagian sulit anda atau pasangan. Jangkitan penyakit kelamin ini boleh meningkatkan risiko kanser pangkal rahim.
FAKTOR 5: Tidak Menggunakan Alat Perlindungan
Tidak memakai alat perlindungan (kondom) semasa melakukan hubungan seks dikatakan boleh membuka kemungkinan penyakit kelamin mudah dipindahkan kepada wanita, terutamanya jangkitan virus papiloma manusia.
FAKTOR 6: Pernah dijangkiti Virus Papiloma Manusia
Virus jenis ini ditemui dalam hampir 90% kes kanser pangkal rahim. Jadi wanita, berhati-hatilah kala meladeni hubungan asmara dengan pasangan. Sentiasalah beringat dan berwaspada.
Sumber foto: Shutterstock.com
Mengapa Anda Mesti Ambil Tahu Gejala Kanser Pangkal Rahim? Ini Sebab-sebabnya
Jika kecenderungan merokok boleh ditahan, sikap mengamalkan seks bebas dengan banyak pasangan juga boleh dikawal; apakah itu bermakna kebarangkalian mendapat kanser pangkal rahim berkurangan?
Jawapannya ya, namun sejarah lama tetap sudah tersirat dalam lipatan perjalanan hidup anda. Apa yang harus anda lakukan jika semua faktor yang disebutkan sebelum ini pernah anda lalui? Antara gejala yang boleh anda kesan termasuklah:
(1) Sukar buang air kecil dan air besar l Berat badan menurun, hilang selera makan
(2) Lelehan faraj yang tidak normal
(3) Kedatangan haid yang terlalu banyak berbanding keadaan lazim
(4) Pendarahan dari faraj yang tidak normal (lazimnya semasa melakukan hubungan seks atau antara waktu haid seseorang wanita)
(5) Sakit pelvis (namun ini simptom paling lewat dapat dikesan).
Jangan lupa, pada 2003, Daftar Barah Negara telah melaporkan bahawa kanser pangkal rahim di Malaysia secara purata adalah 16.5 wanita bagi setiap 100,000 penduduk di Semenanjung. Tidak semudah itu anda mengatakan anda selamat dan tidak mungkin tersenarai dalam bancian ini.
Jika takdir memilih anda sebagai penderita kanser pangkal rahim, bagaimana? Apa yang akan anda lakukan?
Must-Watch Video