Cabaran membesarkan anak dalam milenial ini bukan calang-calang hebat ujiannya. Mana lagi kita perlu mempersiapkan dengan kemahiran teknologi dan dalam masa sama aspek rohani dan keagamaan tidak boleh dipinggirkan. Ilmu pendidikan dan agama perlu seiring dan ditanamkan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi.

Ada yang berpendapat kaedah dan teknik mendisiplinkan anak zaman kita dahulu tidak semua boleh diaplikasi untuk anak-anak zaman sekarang. Kerana hakikatnya zaman kita dan anak-anak memang jauh jurang perbezaannya. Tetapi tidak kurang juga ada yang mengandaikan, boleh saja diadaptasi asalkan kena dengan cara dan masanya. Sungguh mencabar bukan?


Kredit Foto: Google


Perkongsian daripada Pusat Tuisyen Brainsmart menerusi laman Facebook rasmi mereka membuatkan saya terpanggil untuk berkongsi kisah yang turut memuatkan tips bagaimana mendidik anak menjadi taat dan cerdik. Salah satu nilai murni yang penting untuk kita asuh sejak anak-anak kecil lagi. Taat dan boleh mentaati perintah atau aturan menjadi kunci kejayaan dalam kisah yang dikongsikan berikut.

KISAH BENAR ANAK JADI TAAT DAN CERDIK. APA RAHSIANYA?

Amalan ini dikongsikan sendiri oleh mak mertua saya. Mak mertua saya pulak, dapat korek rahsia ni daripada saudara dia yang ada 10 orang anak. Dan anak-anak dia semua berjaya, semua masuk universiti, semua baik-baik. Masa tu adalah sewaktu zaman 80-an dulu. Waktu anak-anak mak mertua saya masih kecil. Dimana pada zaman tu, jarang sangat kita dengar anak boleh dapat masuk universiti. Tahun 1980. Memang ajaib. Jadi sebab itulah mak mertua saya cuba korek rahsia tu.

Kisah kedua adalah kisah anak-anak mak mertua saya pulak. Apa jadi pada anak-anak dia setelah mereka amalkan pulak rahsia tu pada anak-anak mereka.
Kisahnya, mak mertua saya ada lima orang anak perempuan. Alhamdulillah, anak-anaknya semua berjaya. Yang sulung guru, kedua akauntan, ketiga akauntan, keempat engineer dan yang terakhir doktor. Berjaya yang saya nak cerita dekat sini bukan pasal pekerjaan anak-anak tu. Semua pekerjaan bagus. Cumanya nak cerita, anak-anak mak mertua saya semua baik-baik, taat dan paling penting tak tinggal solat.

Disebabkan rahsia tu perlu diamalkan sewaktu anak-anak masih kecil, jadi ada kisahnya di mana masa kecil lagi..dah nampak betapa anak tu memang mendengar kata. Ada banyak kisah, tapi saya nak kongsikan satu contoh.

Ayah mertua saya memang seorang yang tegas. Dia tegas bukan pada paksa anak-anak belajar. Tak pernah sekali pun dia tanya anak dia, "Dah belajar ke belum?", "Dah siap kerja sekolah ke belum?". Tapi satu soalan yang akan ditanya pada anak-anak dia adalah "Dah solat ke belum?". Biasanya soalan tu akan ditanya bila waktu solat dah habis. Tu je soalan ayah mertua saya. Dan setiap kali kalau anak-anak jawab "belum"..maka habuannya adalah rotan. Satu rakaat, satu rotan. Anak-anak memang tahu perkara ni.

Tapi dari cerita mak mertua saya, dia pelik sangat, kenapa anak-anak dia sangat jujur. Hati ibu kan, walaupun tahu anak tu mmg salah, tapi tetap rasa sedih bila tengok anak kena rotan. Mak mertua terfikir, kenapa anak-anak dia tak nak "tipu" je kata dah solat walaupun belum. Nanti lepas tu solatlah kan. Kan dah kena rotan. Tapi tak. Anak-anak mesti jawab dengan sangat jujur dan taat.


Kredit Foto: Google


Jadi nak cerita dekat sini, Subhanallah..amalan yang dibuat tu memang makbul dan mustajab. Dari kecil dah boleh nampak kesannya. Sampailah anak tu besar dan jadi "manusia". Ok dah nampak sendiri kesan amalan tu dari kisah-kisah benar ni kan? Jadi jom baca apakah rahsia anak-anak boleh jadi taat dan berjaya.
  1. Amalan ini perlu buat sekali saja seminggu.
  1. Setiap Khamis malam Jumaat.
  1. Setelah anak baring untuk tidur.
  1. Duduk disebelah anak dan bacakan ayat-ayat Al-Quran seperti tatacara di bawah.
  1. Bermula dengan telinga kanan berakhir dengan telinga kanan juga.


Kredit Foto: Google


TELINGA KANAN
  1. Tutup telinga kiri anak dan baca pada telinga kanan anak. "Inna anzalna… Sehingga habis" tujuh kali (Surah Al-Qadr) dan selawat tiga kali. Tiup telinga selepas setiap kali baca. (Seolah-olah nak bagi bacaan tu masuk terus dalam telinga kanan anak dan tak keluar dari telinga kiri sebab kita tutup dengan tangan tadi. Ulangi langkah yang sama untuk telinga kiri juga)

UBUN-UBUN
2. Baca ayat kursi di ubun-ubun anak (sekali) dan tiup.

MUKA
3. Baca lagi "inna anzalna..sehingga habis" (sekali) di muka anak dan tiup.

TELINGA KIRI
4. Baca "walyatalattaf wala yush iranna bikum ahada" sekali (Surah Al-Kahfi, hujung ayat 19), ditelinga kiri anak dan tiup.

TELINGA KANAN SEMULA
5. Baca "wal asr...sehingga habis" (Surah Al-Asr) di telinga kanan anak dan tiup. Baca dengan perlahan dan tiup perlahan-lahan. Buat amalan ini sekali saja dalam seminggu. Setiap malam Jumaat. Dan nantikan kesannya. Insya-Allah, semuanya ayat Al-Quran. Bukan jampi serapah. Jadi jangan risau. Baca dapat pahala dan menjadi doa untuk anak. Percayalah. Semoga bermanfaat.
Bila anak-anak dah dengar cakap, mudahlah urusan kita. Nak suruh belajar ke, nak suruh mengaji ke.

Kredit: Facebook Pusat Tuisyen Brainsmart


Semoga ikhtiar dan usaha kita untuk membentuk peribadi mulia dalam diri anak-anak menjadi asbab mereka berjaya kelak. Berjaya di dunia dan di akhirat, itulah yang dititipkan dalam doa-doa harian kita.