Highlights
Nak Bercuti, Melancong Musim PKPP? Selain Patuhi SOP Dan Kawalan Kendiri, Amalkan TIPS Ini.
Bukan senang nak melawan musuh yang kita sendiri tak nampak. Apatah lagi dengan pelbagai kelonggaran dibenarkan kerajaan, ada yang mampu menarik nafas lega. Terutamanya usahawan, peniaga industri kecil dan sederhana juga mereka yang terlibat dalam industri pelancongan khususnya. Inilah masanya untuk kita bantu pulihkan ekonomi dan dalam masa sama tetap mematuhi SOP yang digariskan kerajaan.
Kredit Foto: Facebook Public Health Malaysia
Menurut muat naik Public Health Malaysia menerusi laman facebook rasmi mereka, kebenaran untuk merentas negeri yang diberikan melegakan masyarakat. Ia juga secara tidak langsung telah memberi lampu hijau untuk melancong dalam negeri.
Ketahuilah, bahawa kebenaran ini adalah sebahagian dari strategi untuk membantu ekonomi dan bukan bermakna kita telah bebas dari risiko.
Jika anda memilih untuk melancong, ketahui apakah sikap, tanggungjawab dan pengetahuan yang perlu anda galas sebelum memulakan perjalanan.
- Lokasi Dan Aktiviti Memainkan Peranan Penting
Kredit Foto: Google
- Pilih Lokasi Yang Sesuai
- Pantau Pergerakan Anak-Anak
- Kawalan Kendiri
Apa Yang Anda Boleh Jangkakan Disediakan Pihak Hotel?
Kredit Foto: Google
1. Kerja-Kerja Pembersihan Pada Tahap Optimum
Pakar pelancongan memaklumkan kerja-kerja pembersihan dan sanitasi akan ditingkatkan dalam kehidupan normal baharu. Ini termasuk proses pembasmian kuman yang kerap terhadap permukaan yang disentuh menggunakan produk sanitasi yang bersesuaian dan penggunaan teknologi bagi proses sanitasi yang baharu. Anda juga boleh menjangkakan penggunaan produk pakai buang yang lebih mesra alam seperti tisu tandas, botol minuman. Cecair pembasmi kuman juga disediakan di setiap ruang.
2. Proses Daftar Masuk Tanpa Sentuh
Dalam kehidupan normal baharu ini, cara berinteraksi juga berubah. Ini termasuk proses pendaftaran masuk sesebuah hotel di mana kebanyakan hotel akan menggunakan kaedah tanpa sentuhan. Teknologi yang kian berkembang kini memainkan peranan penting bagi melancarkan segala proses yang perlu dilakukan ketika melancong.
Kredit Foto: Google
3. Penggunaan Penutup muka Dan Saringan Suhu
Bagi mengelakkan berlakunya penularan Covid-19, semua pekerja pelancongan akan menggunakan pelitup hidung dan mulut. Arahan ini juga akan diguna pakai bagi pelancong. Begitu juga dengan proses saringan suhu.
4. Perubahan Ruang
Seterusnya, anda boleh menjangkakan jumlah bilik akan dikurangkan bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19. Begitu juga bagi tempoh penginapan yang mungkin akan dihadkan bagi memastikan keuntungan sektor ini dapat ditingkatkan semula.
Ruang di lobi dan ruangan lain di dalam sesebuah hotel juga mungkin akan berubah bagi mengelakkan orang ramai berhimpun dalam satu-satu masa.
Kredit Foto: Google
5. Tiada ‘buffet’Kemungkinan tiada lagi hidangan makanan secara 'buffet'. Malah permintaan makan di dalam bilik dijangka akan mendapat perhatian dalam tempoh normal baharu ini.
6.Tempahan Untuk Kemudahan Hotel
Jika sebelum ini anda dapat menikmati kemudahan seperti gelanggang tenis, gimnasium dan sebagainya tanpa perlu melakukan tempahan, kini dalam fasa normal baharu anda dijangka perlu melakukan tempahan lebih awal. Ia bagi membolehkan pihak hotel melakukan proses pembersihan sebelum dan selepas digunakan.
7. Pakej Dan Program Baharu
Dalam fasa normal baharu ini, pemain industri kini perlu meyakinkan para pelancong bahawa mereka menyediakan kemudahan yang bersih dan selamat. Justeru, beberapa pakej dan program baharu dijangka akan dipromosikan bagi meyakinkan para pelancong untuk memilih kemudahan mereka.
Kredit Foto: Google
8. Kolam Renang Dan Fasiliti Lain Tidak Dibuka
Tetamu tidak dibenarkan menggunakan fasiliti hotel seperti bar, karaoke, jakuzi, sauna, kolam renang sehingga dibenarkan kerajaan. Hal ini kerana arahan kerajaan semasa tidak membenarkan sebarang aktiviti yang melibatkan sentuhan fizikal dengan orang lain. Malah larangan ini mengambilkira arahan di tempat kerja bagi memutuskan rantaian Covid-19.
Sumber: Astro Awani
Must-Watch Video