gaya hidup
Nampak Gaya Macam Raya ‘Video Call’ Lagi Tahun Ini. Mohon Bersabar Dan Tabah Ya Semua. Huhuhu...
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba mencadangkan agar rentas negeri untuk sambutan Aidilfitri ditangguhkan. Ia susulan penularan Covid-19 masih berada ditahap membimbangkan.
Kredit Foto: Instagram Astro Awani
“Banyak pihak merayu kerajaan untuk membenarkan rentas negeri untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri. KKM mencadangkan rentas negeri ditangguhkan. Ia berikutan terdapat varian baharu dalam komuniti dan program imunisasi masih diteruskan” ujarnya yang ditemui dalam sidang akhbar selepas pelancaran Malaysia Health Sector Response To Covid-19 Pandemic – Perspectives From The Field.Kredit Foto: Google
Memandangkan tahun lalu kita semua beraya dalam norma baharu, nampak gayanya tahun ini juga mungkin situasi yang sama akan dilalui bersama jika kes positif terus menunjukkan peningkatan. Walaupun belum ada pengumuman rasmi dibuat pihak kerajaan, tetapi melihat kepada angka kes positif yang dicatatkan saban hari tidak mustahil rentas negeri disekat sekali lagi menjelang sambutan Aidilfitri. Harapnya semua mampu bersabar dan teruskan mematuhi SOP yang disarankan kerajaan untuk sama-sama mengekang penularan Covid-19.
Must-Watch Video