gaya hidup

“Nanti Ada Orang Kutip” – Jawab Akak Ni Bila Disuruh Kutip Sampah Yang Dibuang. Dah 2020 Masih Ada Sikap Macam Ni.

gempak
Afiza Kamarulzaman
03/12/2020
08:38 MYT
Sponsor Banner
“Nanti Ada Orang Kutip” – Jawab Akak Ni Bila Disuruh Kutip Sampah Yang Dibuang. Dah 2020 Masih Ada Sikap Macam Ni.
Ini hanya segelintir sikap yang berjaya dirakam dan percayalah ada ramai lagi manusia yang mempunyai perangai sebegini. Tiada langsung kesedaran sivik, membuang sampah merata-rata dan apabila ditegur langsung tidak diendahkan, malah boleh melepaskan tanggungjawab itu tanpa rasa bersalah.
Video berdurasi 1 minit 20 saat yang disiarkan di Oh My Media itu nampak ‘simple’ tetapi kalau dipandang serius, ia seharusnya tidak berlaku dan jangan menjadi ikutan kepada sesiapa pun. Bayangkanlah lebih ramai penduduk dunia yang punya sikap sebegini, apa akan jadi kepada muka bumi ini?
Wanita ini dilihat sedang mengisi air ke keretanya, setelah botol itu kosong, ia dibuang di atas tar. Setelah selesai, dia terus masuk ke dalam kereta tanpa mengutip semula botol-botol yang dicampaknya itu. Sebelum menaiki kereta, seorang pemuda (yang merakam video) sempat menegurnya supaya mengutip semula botol plastik tersebut.
Tanpa rasa bersalah wanita itu menjawab, “Nanti ada orang kutip.” Dan terus memandu pergi meninggalkan sampah yang dibuangnya tanpa rasa tanggungjawab. Percakapannya itu mungkin merujuk kepada tukang sapu atau cleaner yang akan mengutip dan membuang sampahnya itu ke tong sampah.
Wanita ini sedang mengisi air
Kemudian membuang botol kosong begitu saja
Terus meninggalkan sampah di situ untuk berlalu
Walau ditegur, wanita ini terus saja pergi
Malaysia Antara Negara Banyak Hasilkan Sampah
Menerusi laporan yang dikeluarkan bharian.com.my, penghasilan sampah harian dalam kalangan rakyat di negara ini mencatat peningkatan 100.75 peratus kepada 38,142 tan pada tahun 2018, berbanding 19,000 tan pada 2005. Berdasarkan angka dikeluarkan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), seorang rakyat dianggar menghasilkan 1.17 kilogram (kg) sampah sehari pada 2018, berbanding 0.8kg (2005).
Berdasarkan laporan sama, peratusan sisa plastik direkodkan meningkat 20 peratus pada 2018, berbanding 44.5 peratus daripada keseluruhan sampah adalah sisa makanan, manakala sisa plastik (13.2 peratus) dan lampin pakai buang (12.1 peratus), pada 2005. Pengerusi Majlis Penasihat Pengguna Negara, Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata kadar kitar semula di negara ini juga direkodkan pada tahap rendah iaitu 28 peratus dan sasaran ditingkatkan kepada 30 peratus pada tahun ini.
Beliau berkata, kerajaan berbelanja jutaan ringgit untuk menangani sikap rakyat yang gemar membuang sampah tanpa mempedulikan kesannya kepada kualiti kehidupan, selain memperuntukkan RM200,000 sebulan hanya bagi kerja pengurusan sampah di kawasan tidak dibenarkan di sekitar Kuala Lumpur.
“Persoalannya, adakah Malaysia akan menuju kepada status negara sampah, jika pengguna tidak sedar sisa buangan akan menjejaskan kualiti kehidupan jika tidak diurus dengan baik. Negara akan menjadi longgokan sampah, jika sikap rakyat tidak diperbetulkan segera. Jadi, semua pihak perlu bekerjasama untuk merealisasikan agenda ‘Malaysia Negara Bersih’,” katanya.
Kredit Foto: Google
Sebuah analisis berkaitan penggunaan plastik terbesar di Asia memperlihatkan rakyat Malaysia merupakan pengguna plastik terbesar, menurut aktivis dari World Wide Fund for Nature (WWF). Kumpulan aktivis ini mendesak kerajaan Malaysia mengehadkan penggunaan plastik dan bekerjasama dengan syarikat yang terlibat dengan aktiviti kitar semula.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024