Menurut laman sesawang Mayo Clinic, Narcissistic Personality Disorder (NPD) atau Gangguan Personaliti Narsistik ialah salah satu daripada beberapa jenis gangguan personaliti. Ia satu situasi di mana seseorang itu mengalami keadaan mental yang berderia kuat dalam menjaga kepentingan sendiri, keperluan yang mendalam untuk meraih perhatian dan kekaguman yang berlebihan.


Individu ini juga selalu berdepan dengan hubungan bermasalah dan kurangnya rasa empati terhadap orang lain. Namun, di sebalik topeng keyakinan yang melampau yang ada dalam diri orang yang mengidap NPD ini, mereka sebenarnya berlawan dengan perasaan dan harga diri yang rapuh untuk menerima kritikan walau sedikit pun.


NPD ini juga menimbulkan banyak masalah dalam kehidupan si pengidap itu. Antaranya, hubungan sesama manusia, kerjaya, sekolah atau urusan kewangan. Mereka biasanya tidak berpuas hati dan sering kecewa apabila tidak diberi nikmat atau perhatian khusus yang mereka dambakan. Orang di sekelililngnya juga selalu tidak selesa bersamanya.



Kredit Foto: Google


Simptom NPD:

Kredit Foto: Google


Pada masa yang sama, orang yang mengalami NPD ini turut menghadapi masalah untuk menangani apa saja yang mereka anggap sebagai kritikan, dan mereka menjadi:


Adakah Mereka Perlu Berjumpa Doktor?


Pengidap NPD mungkin tidak mahu berfikir bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan diri mereka. Justeru, agak sukar untuk mereka ini pergi mendapatkan rawatan. Sekiranya mereka menemui pakar, kemungkinan terdapat gejala kemurungan, penggunaan dadah atau alkohol, atau masalah kesihatan mental yang lain. Sikap mereka yang akan berasa terhina dan tercalar harga dirinya jika mereka mendapatkan rawatan menjadikan kes ini lebih sukar.


Sekiranya anda mendapati terdapat tanda-tanda yang dinyatakan tadi dalam diri anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa pakar bagi membantu mendapatkan rawatan yang diperlukan. NPD bukanlah satu kesalahan jenayah, cuma ia perlu diperhalusi dan dibantu. Mungkin juga anda kenal individu rapat yang mempunyai gejala ini, diharapkan dapat dibantu mereka untuk melalui kehidupan ini dengan lebih tenang dan sejahtera.