Seperti diketahui umum, usahawan dan selebriti tersohor Neelofa semakin memperincikan perihal menutup auratnya dengan lebih sempurna serta cuba memenuhi apa yang digariskan dalam Syariah. Jika sebelum ini dia dilihat semakin melabuhkan hijab menutupi paras dada, memakai stokin, memakai pakaian yang labuh dan longgar dan terkini adalah penampilannya dengan niqab.

MashaAllah mashaAllah Ya Allah aku tiada ungkapan untuk ku ucapkan syukur dgn karuniamu mengamanatkanku bidadari yang terindah untuk ku, yang bnyk mengajarku, yang menjadi inspirasiku.. Ya Allah syukur atas hidayah untuknya yg kau kurnia kan dan ku mohon kurniakan hidayah yg terbaik untuk ku , seluruh keluarga ku dan seluruh umat manusia.. amiiinnn Love you bidadariku @neelofa ❤️ #anakluarbiasa

A post shared by Noor Kartini Noor Mohamed (@noorkartini) on

Kredit Foto: IG Noor Kartini

Ya, perlahan-lahan dan mungkin apa yang dilakukannya itu mengikut kemampuan serta lebih penting ia cuba dipenuhi berlandaskan kefahaman juga ilmu. Sungguh, dalam menutup aurat perlunya ada kefahaman dan ilmu tentang mengapa wanita dituntut untuk menutupinya daripada pandangan mata orang lain. Hal ini dijelaskan dalam dalil daripada Al Quran dan Sunnah.


Wanita Muslimah diwajibkan untuk menutup aurat mereka sepertimana yang telah disepakati oleh para ulama’ berdasarkan dalil-dalil daripada al-Qur’an dan as-Sunnah, di antaranya ialah yang bermaksud: “Dan hendaklah mereka menutupkan kain yang dipakai untuk menutup kepala (tudung) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak lelaki kepada saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak lelaki kepada saudara-saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak suruhan yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita” – Surah an-Nur: 31


Firman Allah dalam Surah Al-Ahzab:59 pula menjelaskan “Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman bahawa hendaklah mereka melabuhkan jilbab (pakaian yang dipakai di atas baju dan tudung) mereka ke seluruh tubuh mereka, Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, maka mereka tidak akan diganggu.”

Sumber: muftiwp.gov.my

لِّلَّذِينَ أَحْسَنُوا الْحُسْنَىٰ وَزِيَادَةٌ وَلَا يَرْهَقُ وُجُوهَهُمْ قَتَرٌ وَلَا ذِلَّةٌ أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ “Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya. Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) kehinaan. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya.”

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

Kredit Foto: IG Neelofa

Memakai Niqab Menurut Islam


Setelah jelas pandangan-pandangan berkaitan aurat wanita maka hukum berpudah juga mengikut pandangan yang sama. Bagi golongan yang menyatakan muka dan tapak tangan bukan aurat, maka berpurdah ialah harus, atau sunat. Sebaliknya yang berpendapat muka dan tapak tangan aurat, maka hukumnya wajib.


Namun perlu difahami dengan jelas hukum ini, kerana kebanyakan wanita-wanita di malaysia tidak memahami perkara ini dengan teliti. Hukum berpurdah wajib jika berpegang dengan wajah itu aurat, namun dalam masa yang sama tangan dan mata juga dikira aurat, maka tidak cukup hanya berpurdah, perlu juga mengenakan sarung tangan dan menutup mata.


Seperkara lagi yang perlu difahami, berpurdah tujuannya ialah untuk menjaga dari fitnah, jika berpurdah tetapi rancak ber'selfie' maka ia tidak mendatangkan faedah. Akhlak juga perlu dijaga, jangan terlalu teruja menunjukkan mata kepada umum, dan beberapa perkara yang menunjukkan kesilapan dalam berpurdah.


Pendirian orang yang berpegang dengan muka bukan aurat juga perlu dihormati, jangan rasakan diri anda mulia kerana berpurdah kerana ini masalah khilafiyah. Juga jangan memaksa orang mengikut pegangan anda, dan jangan pula berkempen. Kerana masing-masing berhak mengambil mana-mana pendapat, Golongan yang berpurdah juga perlu menghormati jika sesebuah institusi mengharamkan pemakaian purdah, ini kerana dalam masalah khilaf, pihak-pihak berwajib boleh untuk menjadikan salah satu dari pendapat yang khilaf ini sebagai pegangan yang perlu diikut atas sebab mengaja maslahah yang lain. Seperti sebuah kolej yang mengharamkan atas sebab untuk mengelak berlakunya penipuan.


Terakhir ialah, perlu diingat bahawa dalam masalah khilaf kita boleh memilih dan boleh mengamalkan kedua-dua pendapat. Jika berlaku keadaan yang melarang kita untuk berpurdah, janganlah terlalu ekstrim dan berkeras tidak mahu menaggalkannya, atau pun berada di kawasan masyarakat yang tidak menerima pemakaian ini, maka seloknya bertukarlah ke pendapat yang ianya bukan aurat. Sikap keras terhadap masalah khilaf ini akan menimbulkan permusuhan dan kekacauan.

Sumber: fiqhsyariah.blogspot.com

Kredit Foto: IG Neelofa

Dan terbukti menerusi perkongsiannya, ia mendapat sambutan baik daripada semua. Kami di InTrend Malaysia turut mendoakan agar perjalanan Neelofa untuk lebih mendekatkan diri dan mencari cinta sejati Ilahi dipermudahkan-Nya. Walau apa jua godaan, ujian dan halangan mendatang, Dia lebih mengerti akan keikhlasan dan nurani setiap hamba-Nya. Moga kekal istiqamah dan sentiasa dalam pelukan rahmat daripada insan sekeliling yang menyayangi juga yang sentiasa menyokong insan berpengaruh seperti Neelofa.