Highlights

New Year, New You! – Warna Hangat MUSIM BUNGA Buat Wajah Suram Jadi Segar. Ikuti Tutorial Mudah Ini.

gempak
Afiza Kamarulzaman
18/01/2020
02:00 MYT
Sponsor Banner
New Year, New You! – Warna Hangat MUSIM BUNGA Buat Wajah Suram Jadi Segar. Ikuti Tutorial Mudah Ini.
Trend musim bunga sedang hangat diperkatakan sebaik masuk tahun baru. Kemeriahan ini harus diraikan untuk kanvas yang lebih stylish dan mengikut terma warna yang diinspirasikan daripada kembang dan mekarnya flora itu. Mainan warna seperti biru, hijau dan ungu antara yang keran menjadi pilih trend setter untuk berkarya dalam aliran kecantikan dan fesyen mereka. Nah, ini antara contoh solekan yang boleh kamu cuba menerusi ilham daripada jurusolek cantik, Leen Zakaria. Tidak keterlaluan dan masih praktikan untuk dicuba buat kanvas orang biasa.
Langkah demi Langkah:
Kredit Foto: InTrend Malaysia
Langkah 1:
Selepas menyapukan eye base, mulakan dengan sapuan rona merah jambu pada lengkung kelopak mata.
Kredit Foto: InTrend Malaysia
Langkah 2:
Tambahkan kepekatan warna tadi dengan sapuan rona merah tua hingga ke hujung luar kelopak mata.
Kredit Foto: InTrend Malaysia
Langkah 3:
Titipkan rona kuning emas pada tengah kelopak mata yang dibiar kosong tadi.
Kredit Foto: InTrend Malaysia
Langkah 4:
Leretkan celak mata biru di bawah garis mata.
Kredit Foto: InTrend Malaysia
Langkah 5:
Akhiri dengan sapuan maskara dan lakarkan kening secara semula jadi.
Dan, hasilnya...!!!
Kredit Foto: InTrend Malaysia
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live