gaya hidup

Nikmatnya Tak Terkata Bila MAK MENTUA Boleh Anggap Menantu Seperti Anak Perempuannya Sendiri. Doa Selalu...

gempak
Afiza Kamarulzaman
01/01/2021
15:50 MYT
Sponsor Banner
Nikmatnya Tak Terkata Bila MAK MENTUA Boleh Anggap Menantu Seperti Anak Perempuannya Sendiri. Doa Selalu...
Selepas bernikah dengan suami, ibu mentua menjadi antara individu penting dan paling memberi impak dalam kehidupan kita seterusnya. Apatah lagi, jika suami anak yang rapat dengan keluarga. Sebagai orang baru, kita pasti resah menantikan reaksi ibu mentua dalam menerima diri ini.
Jika memiliki ibu mentua yang baik, bersyukurlah. Jika sebaliknya, jangan putus asa dan cepat melatah. Anggaplah ini zat ujian untuk kamu menjadi lebih matang dan kuat. Selama mana ibu mentua terus mengujimu, selama itu pahala kesabaranmu mengalir. Jangan putus doa agar dilembutkan hatinya.
Dan, ibu mentua pun, walaupun tarafmu lebih tinggi daripada anak menantu, jangan ambil kesempatan atas kelebihan itu. Ikhlaskan hati menerima kehadiran isteri anak lelakimu itu dalam keluargamu. Layan dan sayanginya sama seperti kamu melayani anak perempuanmu. Tegur dengan berhemah dan kasih dengan setulus hati.
Kredit Foto: Google
Bagaimana Menyuburkan Hubungan Mak Mentua dan Menantu?
  • Pertama sekali niat kena betul. Niatlah segala kebaikan yang dibuat hanya kerana Allah.
  • Walau apa pun alasannya, elakkan tinggal sebumbung dengan mak mentua, melainkan terpaksa menjaganya yang uzur atau lain-lain alasan yang tidak dapat dielakkan.
  • Sikap menghormati sangat penting tidak kira ibu mentua kepada menantu atau menantu kepada mentua.
  • Jangan membezakan anak dengan menantu atau mak mentua dengan mak sendiri. Jadikan perbezaan itu sebagai warna dalam kehidupan barumu.
  • Usah banyak bergosip sesama ahli keluarga kerana daripada satu isu kecil akan ditokok tambah menjadi besar dan lebih memudaratkan jika ia disampai-sampaikan.
  • Usah ada sikap berkira baik tenaga mahupun wang ringgit. Bersikap pemurahlah kepada mak mentua juga menantu. Dulukan ahli keluarga ini sebelum memberi kepada orang luar. Pastikan mereka mendapat lebih daripada yang diberikan kepada orang lain. Barulah dia rasa istimewa di matamu.
  • Maniskan mulut untuk selalu bertanya khabar.
  • Jangan bersikap menunjuk-nunjuk sesama mak mentua dan menantu. Seadanya sahaja. Tidak salah bersikap rendah diri dan sederhana.
  • Banyakkan sentuhan seperti bersalaman, memelulk erat dan mencium pipi. Sentuhan ini akan menerbitkan rasa sayang yang paling dalam.
  • Jangan tinggalkan doa kepada mereka walau tanpa pengetahuannya. Mohonlah kepada Allah agar hatinya sentiasa lembut, ada belas ihsan, ikhlas dan menyangimu seadanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live