Highlights
Normal Baharu – Kelas Seni Mempertahankan Diri Taekwondo Diajar Secara Dalam Talian. Lebih Interaktif Dan Efektif.
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama yang berkuatkuasa bermula 18 Mac lalu hingga berlarutan ke fasa ketiga, juga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ternyata memberi kesan kepada semua sektor dan industri pekerjaan seluruh negara. Bidang sukan dan aktiviti kokurikulum turut merasai tempiasnya.
Bosan terperap dirumah? Sudah pasti ia dirasai semua. Baik ibu bapa mahupun pelajar, rutin melakukan segala tugasan dirumah dilakukan jua demi menyahut saranan kerajaan untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 yang telah mengorbankan nyawa seramai 121 orang hingga hari ini.
Terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dikuatkuasakan kerajaan bermula 10 Jun hingga 31 Ogos nanti nyata memberi kelegaan kepada ramai pihak. Lebih banyak sektor dan industri dibenarkan beroperasi. Begitu juga dengan aktiviti sukan yang tidak melibatkan sentuhan seperti boling, memanah dan lain-lain kembali beraksi seperti biasa.
Namun demikian, bagi aktiviti kecergasan yang melibatkan pelajar sekolah masih tidak dibenarkan. Dan bagi aktiviti kecergasan yang dilakukan di gimnasium juga perlu melalui Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat. Lantaran itu, bagi pihak jurulatih langkah-langkah perlu harus diambil bagi memastikan pelajar tidak ketinggalan dan memanfaatkan masa yang ada dirumah.
Kelab Taekwondo Cemerlang yang sudah mula beroperasi sejak 2005 terus mengambil langkah proaktif untuk melatih dan memberi tunjuk ajar kepada barisan pelajar walau hanya dilakukan secara dalam talian (online).
Kredit Foto: Facebook Kelab Taekwondo Cemerlang
Kelas Online Interaktif Taekwondo
Bagi barisan kejurulatihan pula, mereka perlu kreatif dan memanfaatkan teknologi yang ada untuk terus melatih dan membekalkan ilmu seni mempertahankan diri kepada semua pelajar.
Cabaran Dan Kekangan Sesi Latihan Interaktif
Kredit Foto: Facebook Kelab Taekwondo Cemerlang
- Durasi Sesi Latihan
Kredit Foto: Facebook Kelab Taekwondo Cemerlang
- Silibus Lebih Ringkas
Kredit Foto: Facebook Kelab Taekwondo Cemerlang
- Mengajar Secara Online
Kredit Foto: Facebook Kelab Taekwondo Cemerlang
- Proses Rakaman Dan Suntingan Video
Kredit Foto: Facebook Kelab Taekwondo Cemerlang
Tugasan PelajarSemasa sesi latihan interaktif berlangsung, setiap pelajar (mengikut kategori tali pinggang tertentu) perlu menghantar video rakaman tugasan pergerakan kepada jurulatih masing-masing. Ia memastikan jurulatih dapat menyemak dan memperbetulkan setiap pergerakan yang telah ditunjukkan.
Kredit Foto: Facebook Kelab Taekwondo Cemerlang
Komitmen Ibu BapaKerjasama dan maklum balas yang diterima ibu bapa amat membantu sekali gus membangkitkan semangat barisan kejurulatihan untuk terus memperbaiki mutu pengajaran secara online. Rata-rata ibu bapa menyambut baik usaha Kelab Taekwondo Cemerlang mengadakan kelas secara interaktif seperti ini. Malah ibu bapa juga dapat meluangkan masa bersama anak-anak sekali gus memahami teknik dan kaedah yang ditunjuk ajar oleh jurulatih.
Ada juga maklum balas yang diterima ibu bapa yang menyifatkan bukan mudah untuk memantau pergerakan anak-anak sepanjang sesi latihan interaktif berlangsung. Jika sebelum ini, kelas yang memuatkan seramai 30 hingga 40 orang pelajar pada satu-satu masa dikawal selia oleh dua jurulatih, tetapi dirumah ibu bapa perlu berhadapan dengan pelbagai ragam anak. Dan ia terbukti bukanlah sesuatu yang mudah.
Walau apa jua kekangan dan cabaran, menyesuaikan diri dan mengadaptasi rutin yang dilakukan dalam suasana normal baharu pasti akan mengambil masa. Sungguhpun begitu, ia bukan alasan untuk kita bermalas-malasan dan bersikap sambil lewa. Yakinilah, lama-kelamaan ia pasti menjadi kebiasaan dan menjadi satu kelaziman untuk diamalkan.
Must-Watch Video