Terlebih dahulu, dipanjatkan rasa syukur kapada Allah SWT dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.


Dengan izinNya juga, saya dan suami selamat diijabkabulkan dalam majlis akad nikah yang diadakan dalam suasana yang sangat sederhana dengan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat serta rakan-rakan rapat seramai 30 orang jemputan semuanya.


Pada malam akad nikah yang diadakan di kediaman suami saya di Damansara, Shaik Rizal menghadiahkan sebentuk cincin sebagai mas kahwin kepada saya.


Untuk makluman rakan-rakan media, sebetulnya, saya dan suami pada awalnya ingin melangsungkan majlis akad nikah pada 25 Okober ini.


Bagaimanapun, disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), majlis tersebut akhirnya diputuskan untuk diadakan lebih awal.


Ini kerana, kami berhasrat untuk hari bahagia mereka dihadiri oleh kaum keluarga terdekat serta rakan-rakan rapat kami.







Alhamdulillah, hajat dan keinginan itu tercapai dan dipermudahkan oleh Allah SWT.


Majlis akad nikah itu juga diadakan dalam suasana norma baharu dan mengikut prosedur operasi standard (SOP).


“Kurang 24 jam saya dan Rizal buat keputusan untuk bernikah. Segala-gala persiapan dilakukan dengan sepantas yang mungkin. Kami bersyukur kerana semuanya diatur dengan mudah. Saya percaya semua ini kerana kebesaran Allah.”


Saya percaya ramai yang tertanya-tanya bagaimana permulaan kepada perkenalan kami berdua.


Kami mula berkenalan pada awal 2020 sebagai rakan perniagaan yang akhirnya membawa kami ke alam rumah tangga.


“Semuanya berlaku sekelip mata. Baik saya dan Rizal sendiri pada awalnya tak ada pula terfikir untuk menjadi kekasih. Hubungan kami benar-benar profesional.







“Sehinggalah lama-kelamaan saya dapat rasakan kehadiran Rizal menyenangkan saya. Keperibadiannya memikat saya. Dia seorang yang sangat positif dan banyak memberi sokongan moral kepada saya dalam urusan bisnes.


“Selepas beberapa bulan kami menjadi lebih akrab, banyak bercerita soal masa depan yang akhirnya kami sepakat untuk mengakhiri hubungan persahabatan kepada ikatan yang lebih suci.”


Pada usia saya 44 tahun dan suami 48 tahun, "tiada apa lagi yang kami harapkan selain majlis pernikahan kami dirahmati oleh Allah SWT dan rumah tangga kami akan berkekalan sehingga ke akhir hayat kami berdua.


“Allah telah atur dengan baik untuk saya dan Rizal. Ada masanya, kita merancang untuk buat hal yang besar, namun kalaui Allah tidak izinkan, itu tidak berlaku juga.


“Saya gembira kerana keluarga terdekat dan rakan-rakan rapat bersama-sama kami dalam majlis itu, Ia amat memberi makna buat kami.”




Kepada rakan-rakan media, terima kasih atas sokongan dan doa buat kami berdua.

Salam hormat,
NORYN AZIZ & SHAIK RIZAL SHAIK SULAIMAN
14 OKTOBER 2020