Highlights

OBSES Bersenam – Norman Hakim Pernah Makan Epal Hijau Setiap Hari Demi Sahut Cabaran Rakan. Patutlah FIT dan Nampak MUDA!

Huda Hussain
19/01/2020
15:52 MYT
Jika bercakap mengenai selebriti yang terkenal dengan aktiviti kecergasan dan senaman, pasti namanya menduduki senarai teratas. InTrend mengimbas kembali perkongsian Norman Hakim mengenai pemakanan, senaman dan gaya hidup sihat menerusi naskhah cetak edisi Januari 2016.
Kredit Foto: IG Norman Hakim
Sejak bila anda mula prihatin tentang isu penjagaan tubuh? Sebelum penglibatan saya dalam dunia seni, saya memang meminati bidang sukan. Malah latar belakang dan ilmu asas saya di dalam bidang sukan adalah nadi penggerak saya mendalami dan mula jatuh cinta pada bidang ini. Sejak pertengahan Mei 2009 saya mula meneruskan konsistensi dalam bidang ini. Sebelum menceburi bidang peragaan dan lakonan, dahulunya saya memang aktif dengan sukan bola sepak dan terlibat sebagai atlit junior Malaysia dalam olahraga 400 meter lari berpagar. Maka, penjagaan kesihatan fizikal dan pemakanan sudah sebati dengan diri saya. Hinggakan saya memilih untuk membuka pusat gimnasium sendiri kerana inilah minat dan cinta saya. Bagi saya pendekatannya cukup mudah, jika anda menjadikannya sebagai sebahagian daripada gaya hidup dan berupaya melakukannya secara konsisten pasti tidak memberi tekanan atau bebanan.
Kredit Foto: IG Norman Hakim
Adakah bertubuh sasa itu sesuatu yang seksi. Komen Norman? Bagi saya terma atau anggapan demikian datang tanpa disedari. It grows naturally. Berdasarkan pengalaman, saya sendiri tidak menyasarkan matlamat untuk memiliki susuk tubuh yang membuatkan sesiapa beranggapan saya kelihatan seksi. Tetapi impak selepas aktif bersukan dan bersenam, kepuasan yang saya rasai adalah apabila saya memahami keperluan tubuh. Bahagian mana yang perlu diberi fokus untuk sesuatu pergerakan atau senaman dan sebagainya. Selebihnya saya melihat pendekatan ini sebagai satu pendedahan yang membantu saya untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat. Menerusi bidang ini, saya mendapat kepercayaan ramai pihak yang mahukan saya berkongsi ilmu bersama mereka. Saya diundang untuk menyampaikan ceramah, berkongsi ilmu bersama pelajar-pelajar kolej, universiti, pihak swasta dan korporat. Semuanya berkisarkan kepada amalan gaya hidup sihat menerusi aktiviti kecergasan dan senaman juga amalan pemakanan yang betul.
Bagaimana Norman melihat dengan perkongsian ilmu seperti ini memberi kebaikan kepada diri sendiri dan masyarakat? Selain daripada pendekatan perniagaan yang mendatangkan keuntungan misalnya menerusi pusat gimnasium milik saya, sesi perkongsian ilmu ini banyak memberi kepuasan kepada diri saya sendiri. Saya bertuah kerana dapat berkongsi sedikit ilmu yang saya ada berdasarkan pengalaman saya sendiri. Malah secara tidak langsung mungkin ada ganjaran pahala yang saya peroleh kerana berkongsi ilmu dengan masyarakat. Apa yang saya kongsikan adalah pengetahuan asas dan selebihnya jika mereka mengaplikasi apa yang saya kongsikan mengikut kesesuaian dan keperluan tubuh setiap individu itu lebih baik. Hal ini kerana keperluan tubuh dan bentuk badan setiap daripada kita berbeza dan penting untuk kita memahaminya.
Kredit Foto: IG Norman Hakim
Sejauh mana Norman melihat rutin ke gimnasium memberi keyakinan dan kepuasan? Bagi saya cukup mudah, apabila kita menjadikannya sebagai suatu perkara sebahagian daripada gaya hidup yang bukan sahaja merangkumi senaman malah pemakanan sekali gus kita sebenarnya sudah mempraktikkan amalan gaya hidup sihat. Soal pemakanan dan senaman sememangnya tidak dapat dipisahkan kerana ia mempunyai kaitan. Tidak bermakna jika anda bersenam tetapi tidak menjaga pemakanan dan begitu juga sebaliknya. Apabila kita bersenam dan menjaga pemakanan, secara tidak langsung tubuh akan menjadi lebih proaktif dan dalam masa sama diri kita juga akan lebih produktif menyempurnakan setiap tugasan. Itulah kepuasan yang saya rasakan sejak mula bersenam hingga sekarang.
Rutin senaman dan pemakanan sekarang, kongsikan? Walaupun memiliki gimnasium sendiri, ironinya saya jarang bersenam di gimnasium sendiri. Saya hanya ke sana untuk melakukan tugas-tugas yang berkaitan dengan soal perhubungan awam, pemasaran, merangka kertas kerja selain mengadakan perjumpaan bersama rakan kongsi. Saya akan bersenam di merata-merata gimnasium kerana bagi saya rutin seperti bersenam dari satu gimnasium ke gimnasium yang lain tidak membosankan. Bagi rutin senaman harian pula, setiap hari selepas menghantar anak-anak ke sekolah, saya akan luangkan masa sekitar satu jam atau satu jam setengah untuk bersenam. Saya akan lakukan senaman kardio dan menyasarkan untuk membakar 500 kalori setiap hari. Secara purata setiap hari, saya akan mengambil kira-kira 2000 hingga 2500 kalori dalam pemakanan. Senaman kardio yang saya lakukan merangkumi treadmill, spinning dan stepper. Selebihnya saya akan memerlukan tenaga untuk melakukan tugasan-tugasan lain bergantung kepada apa yang telah dirancang. Jika saya terikat dengan sesi fotografi atau penampilan di televisyen misalnya, saya memerlukan tempoh sekurang-kurangnya dua minggu untuk memastikan penampilan fizikal berada pada tahap terbaik. Saya akan lakukan senaman kardio pada waktu pagi dan weight work out pada waktu malam untuk memastikan lemak pada tubuh dikurangkan pada kadar 10 hingga 12 peratus. Barulah timbul urat-urat, otot lebih pejal dan kelihatan tubuh lebih maskulin! Hahaha…
Kredit Foto: IG Norman Hakim
Cabaran atau halangan yang terpaksa di lalui untuk mendapatkan susuk tubuh seperti kini? Every human born only a few become muscular. Malah ada kalanya apa yang dilakukan tidak menjadi tetapi itu bukan penghalang untuk kita mudah berputus asa. Bagi saya cabarannya adalah diri kita sendiri kerana dalam bersenam dan selok-belok membina otot ini memerlukan fokus, kesungguhan dan disiplin yang tinggi. Jika anda sudah membayangkan susuk tubuh yang diimpikan jadikannya sebagai pembakar semangat yang akan membawa kepada disiplin diri dan konsistensi untuk meneruskannya. Untuk merealisasikannya memerlukan pemikiran yang positif dari awal. Contoh mudah, jika anda mahukan six pack jangan sekali-kali mudah mengalah dan berputus asa. Teruskan bersenam dan jika anda serius untuk melakukannya, jadikan ia sebagai salah satu daripada gaya hidup yang pada akhirnya anda akan menikmatinya. Biarpun lambat tetapi hasilnya di kemudian hari akan menggembirakan anda. Tak percaya, cubalah!
Kredit Foto: IG Norman Hakim
Adakah pengambilan makanan tambahan (supplemen) membantu untuk mendapatkan susuk tubuh seperti kini? Pada permulaannya saya tidak menafikan ia amat membantu dan kepada mereka yang baru berjinak untuk membina otot disarankan untuk mengambil supplement. Tetapi selepas anda melihat perubahan dan memahami keperluan tubuh, elakkan daripada mengambil supplement berlebihan kerana bimbang ia akan mempengaruhi tahap kesihatan. Seperti sekarang, saya lebih fokus kepada pengambilan multivitamin fat burner, Ephyra M2Flex selain whey powder (protein dalam bentuk serbuk). Dan kuantitinya saya kawal kerana jika diambil berlebihan akan membuatkan tubuh saya kelihatan lebih besar.
Bilakah masanya Norman cheat work out? Jika dahulu sewaktu bergelar atlit, cheat meal saya dalam seminggu hanya sehari sahaja. Dan jika saya bawa keluarga pergi bercuti hampir setiap hari saya cheat meal (ketawa). Dek kerana cuaca yang sejuk, saya cepat berasa lapar. Tetapi apabila kita sudah faham dengan kondisi diri, sebenarnya sebenarnya aspek pemakanan masih boleh dikawal. Tambahan pula kadar metabolism saya tinggi dan saya perlu kerap makan tetapi dalam kuantiti yang sederhana. Misalnya antara waktu sarapan hingga makan tengah hari, selain waktu makan tengah hari hingga makan malam dan antara waktu makan malam hingga waktu makan lewat malam (supper) saya akan makan sesuatu. Cheat work out pula jarang berlaku kerana seboleh mungkin saya akan pastikan tubuh mengeluarkan peluh setiap hari.
Kredit Foto: IG Norman Hakim
Perkara paling ekstrim yang pernah di lakukan semata-mata untuk mendapatkan bentuk badan yang diidamkan? Sekitar 2010, saya bersama empat rakan, terdiri daripada Sam Adnan, Aidid Marcello, Steve Rahman Hughes dan Chef Riz pernah mencabar sesama kami. Cabarannya adalah sesiapa yang berjaya mengurangkan lemak pada badan kurang daripada 10, dia akan menang. Maka bermulalah cabaran antara kami selama beberapa hari. Dan bagi memastikan saya tidak tercicir daripada memenangi cabaran ini, saya hanya makan epal sahaja setiap hari. Bermula dengan sarapan, makan tengah hari, minum petang hingga makan malam hanya epal hijau sahaja yang saya makan. Hinggakan pernah rasa muak melihat makanan segera seperti Mc Donald, Kentucky Fried Chicken dan sebagainya. Sepanjang hari, bermula siang hingga malam kami hanya bersenam di sebuah gymnasium di Phileo Damansara. Hinggakan kami semua tidor di sana, celik mata sahaja terus bersenam, rehat sebentar dan bersenam lagi. Pendek kata, semua yang kami lakukan hanya di gimnasium. Itulah salah satu perkara paling ekstrim pernah saya lakukan dalam bersenam. Saya bersama Sam Adnan berjaya mengurangkan lemak pada tubuh sebanyak tujuh peratus dan habuannya mereka yang lain terpaksa open table buat kami. Dan saya melantak makan bersungguh-sungguh hingga 11 pinggan! (ketawa).
Bahagian tubuh yang paling anda gemari? Hahaha… mungkin bahagian dada, bahu dan gluts.
Kredit Foto: IG Norman Hakim
Komen isteri dan anak-anak apabila melihat kelibat anda yang tidak jemu bersenam dan mengekalkan bentuk badan sedia ada? Syukur kerana saya dikurniakan isteri yang amat memahami kesungguhan dan minat saya dalam bidang ini. Malah dia juga menyokong saya selain berkorban menyediakan makanan sesuai dengan keperluan diet harian saya. Begitu juga dengan anak-anak. Merekalah yang menjadi ‘mangsa’ apabila saya bersenam di rumah. Jika tidak angkat berat, cukup dengan mengangkat mereka bergilir-gilir atau mereka duduk di belakang saya dan dalam masa sama saya bersenam seperti bumping, squat atau pull up. Anak sulung saya, Danish Hakim pernah membuat perjanjian dengan saya. Katanya, “Papa kena janji dengan abang papa akan train abang jadi tahfiz yang sado. Dan Abang akan train Papa untuk jadi tahfiz,”.Dia beria dan bersemangat mahu memiliki susuk tubuh seperti saya tetapi memandangkan dia masih kecil, saya hanya ajarkan senaman yang ringan kerana bimbang ia akan mengganggu proses tumbesarannya. Biarlah hingga dia berumur 18 tahun, barulah boleh jadi seperti papanya yang muscular ini (ketawa).
Sejauh mana Norman obses dengan aktiviti kecergasan atau senaman? 100 peratus, malah jika anda angka yang lebih lagi begitulah banyaknya peratusan obses saya terhadap bidang ini. Saya pernah mengimpikan untuk membina sebuah pusat gimnasium di dalam kontena yang boleh bergerak ke mana sahaja. Dan secara tidak langsung, saya boleh menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat. Selain itu, tahap obses saya adalah apabila belum habis bersenam untuk hari ini, saya sudah teruja untuk menyambung senaman lain pada keesokan hari.
Banyak berbelanja untuk keperluan bersenam? Apa jua yang berkaitan dengan sukan, itulah minat saya. Saya tidak menetapkan jumlah wang tertentu untuk berbelanja membeli kasut atau baju. Tetapi apabila keluar, sekali beli pernah mencecah 20 helai!
Kredit Foto: IG Norman Hakim
Saranan kepada InTrenders, mengapa perlu mula fokus dalam soal penjagaan badan dan kesihatan tahun ini? Jangan jadikan ia sebagai satu bebanan atau tekanan sebaliknya fikirkannya sebagai satu gaya hidup. Penampilan diri yang menarik misalnya aspek kesihatan sebenarnya melambangkan penjenamaaan diri anda. Tidak kira dalam apa jua bidang yang anda ceburi, lihat ketrampilan diri sebagai modal insan untuk meyakinkan diri sendiri dan orang lain. Misalnya apabila orang lain melihat anda lebih presentable, mempunyai tubuh yang fit sekali gus dapat memberikan mesej bahawa anda mengamalkan gaya hidup yang sihat dan berdisiplin. Jangan mudah berputus asa, fokus, teruskan konsistensi untuk bersenam dan anda akan nikmati hasilnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Berlakon Dalam Berpuluh-Puluh Filem, Ini 5 Watak Farid Kamil Yang Paling Ikonik!

gempak
18/07/2024
09:55 MYT
Lebih dua dekad menjejakkan kaki dalam dunia hiburan, nama pelakon Farid Kamil bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam industi seni tanah air.
Hiburan

"Saya Harap Dia Istiqamah" - Norman Hakim Tumpang Gembira Abby Abadi Makin Kurus, Sempat Kongsi Tips 'Eat Clean'!

gempak
18/07/2024
05:55 MYT
Aktor Norman Hakim meluahkan rasa bangga terhadap bekas isterinya yang juga pelakon, Abby Abadi berhubung imej terkini Abby yang semakin kurus.
Hiburan

Hampir Setahun Berkahwin, Intan Najuwa Umum Hamil Cahaya Mata Pertama - “Our Little Secret Is Finally Out!”

gempak
18/07/2024
05:08 MYT
Hampir setahun usia perkahwinan, pelakon Datin Intan Najuwa berkongsi berita gembira mengenai dirinya yang kini sedang hamil cahaya mata pertama.
Hiburan

Ketidakupayaan Bukan Satu Halangan: Ini 5 Individu Yang Berjaya Walau Punyai Kekurangan

gempak
17/07/2024
21:55 MYT
'Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan', itulah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan beberapa individu yang tidak menjadikan kekurangan diri sebagai alasan untuk berjaya.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Mi Warna Pink Tarikan Baharu Di Mie Ayam Bakso Bogor, Apa Rasanya?

gempak
15/07/2024
11:53 MYT
Bagi pencinta K-pop, inilah masanya untuk mencuba hidangan unik yang baru diperkenalkan di rangkaian perniagaan Mie Ayam Bakso Bogor di empat cawangan di Lembah Klang.