Siapa sangka, dari pertandingan realiti televisyen yang cukup hangat suatu ketika dahulu, bintang Akademi Fantasia (AF) ini sudahpun bergelar anak seni 16 tahun lamanya. Popular dan sinonim dengan lagu ‘Underneath Pokok Kelapak’, Marsha kini jauh lebih matang. Baru berusia 19 tahun sewaktu mula menceburi bidang nyanyian semasa AF, Media Hiburan Throwback episod akhir menyorot kembali momen awal pembabitannya sebagai penyanyi.

Kredit Foto: Astro Prima

‘Mawi dan Marsha Cetus Fenomena’
Paparan artikel keluaran 2005 ini disifatkan Marsha cukup mengaibkan, hahaha. “Ada fan club yang nak I dan Mawi together. M2M nama fan club tu. Sebelum photoshoot ni, artis lain mekap mapan. Tapi kita orang macam ni je. Rupanya plan dia orang nak nampakkan AF3 prosesnya ada groom.” ulas Marsha pada awalnya. Tidak dinafikan ketika itu impak dan penangan AF cukup hebat. Apatah lagi dengan jolokan tsumawi, Marsha turut merasai sedikit tempiasnya. Maka tidak hairanlah dia banyak dikaitkan dengan Mawi sepanjang detik awal penceburan dalam bidang seni.

‘Hubungan Rapat Dengan Mawi, Lepas Ni Saya Lebih Berhati-Hati’
“Ini daring Sha. Silap-silap boleh bergaduh dengan laki ni,” usik Radin sambil menunjukkan bingkai artikel dihadapan lensa kamera. Dan Marsha pula sudah tidak senang duduk, berdebar mahu melihat ‘aib’ seterusnya. “Ya Allah… Astaghfirullah hal azim, Marsha Milan,” jerit Marsha tatkala melihat fotonya yang agak seksi itu hinggakan secara kebetulan pasu bunga yang diletakkan untuk menegakkan bingkai gambar ini hampir jatuh.

Kredit Foto: Astro Prima

“Habis aje AF3, semua graduan dapat tinggal serumah. Marsha tinggal dengan Eliza, Ikin, Amy dan Idayu. Dan untuk pelajar lelaki, diaorang duduk sekitar Pantai. Cuma Mawi aje special sebab dia juara kan, jadi dapatlah dia tinggal seorang. Masa tu, Marsha dan Mawi banyak show bersama. Mungkin penangan AF, rezeki kami disitu. Dan bila nak pergi airport, manager akan ambil Marsha dulu lepas tu baru ambil Mawi. Jadi memang Marsha ada saja di rumah Mawi,” hurainya lanjut sekali gus menjawab desas-desus ketika itu yang hangat menggandingkannya dengan Mawi.

‘Aaron Aziz Seksi Di Mata Marsha’
Petikan artikel terbitan Januari 2012 ini pula cukup mengujakan Marsha. “Oh taste, hahaha” kongsi Marsha saat membelek artikel ini. Pernah banyak kali berjumpa dengan Dato’ Aaron Aziz, akui Marsha dia belum berkesempatan digandingkan bersama dengan figura yang diidolakan ini. “Kalaulah dapat satu drama ke, filem ke Marsha jadi heroin dan dia jadi hero; nak filem atau drama macam mana?” soal Radin membangkitkan keterujaan anak jati Sabah ini. “Why not kan? Tapi I segan sikit dengan Dato. Mungkin I looked up to him as someone yang berjaya. Walaupun kitaorang time lebih kurang sama masuk dalam industri tapi I have so much respect for him,” terangnya bersungguh.

Kredit Foto: Astro Prima

‘Setiap Hari Saya Hubungi Dia…’
‘Sudah lebih tiga tahun saya menjadi artis… Saya akui sebagai seorang artis jadual saya begitu sibuk, namun keluarga…’. Terkejut melihat fotonya sendiri, dengan suara separa menjerit “Kenapa bisa betul muka! Hahaha…” ulasnya sambil tertawa. Mengakui dia punya ramai kawan dalam industri, tetapi akhirnya memilih jejaka yang tak punya kaitan dengan industri sebagai suri hati. “Marsha tak mahu bila… Bukan bermakna industri ini jahat. Tapi kita akan sentiasa dengar orang sampaikan perkara yang tak betul. Jadi saya tak mahu kalau suatu hari nanti (masa itu) ada suami yang ada kaitan dengan industri dengar benda-benda yang tak best,” jelasnya terperinci.

Kredit Foto: Astro Prima

Pejam-celik-pejam-celik Media Hiburan Throwback sudahpun memasuki terakhir mala mini selepas 13 minggu bersiaran menemani setiap malam Rabu anda. Rata-rata selebriti yang berkongsi pengalaman juga momen throwback masing-masing tidak menafikan sumbangan platform ini sebagai antara elemen yang bayk membantu kejayaan mereka. Saat suka duka, jatuh bagun semua dilalui bersama. Mungkinkah akan bersua untuk musim kedua? Nantikan okey!