Tidak perlu dipertikaikan lagi, siri original Netflix berjudul Hellbound telah mengungguli kategori siri TV global selama enam hari berturut-turut!

#OhDaebak dah boleh agak bahawa siri Hellbound ini pasti akan menjadi antara siri Korea paling meletup selepas Squid Game.

Nak tahu sebab apa? Bukan hanya terletak pada jalan ceritanya, kalau korang perasan pelakon siri ini juga memainkan peranan penting.

Antara nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri Korea adalah Yoo Ah In.

Sebut sahaja nama Ah In pasti peminat K-drama sendiri tahu bagaimana bagus dan hidupnya karakter dalam sesebuah naskhah sekiranya pelakon kacak ini melibatkan diri.

Sebab itu ramai yang mengatakan Ah In juga merupakan antara ‘akar’ utama yang menghidupkan Hellbound.

Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya Hellbound berjaya menduduki tangga pertama antara 10 siri TV global teratas di Netflix setakat 28 November ini, hebat kan?

Selain Hellbound, naskhah Korea lain yang turut berada dalam carta adalah Squid Game (tempat keenam), dan The King’s Affection (tempat kelapan).

Untuk pengetahuan, Hellbound terus mendahului kategori itu pada 20 November selepas tayangannya pada 19 November.

Malah Hellbound juga kekal berada dikedudukannya di tempat teratas selama enam hari berturut-turut selepas 22 November.

Carta-carta ini juga sudah cukup menunjukkan betapa hebatnya populariti drama Korea di peringkat pentas antarabangsa.

Bagaimanapun, setiap orang berhak mempunyai pandangan masing-masing. Ada yang mengatakan Hellbound bakal menjadi fenomena seperti Squid Game dan ada juga yang kurang bersetuju dengan perkara itu.

Masing-masing terletak atas minat dan juga genre kesukaan atau pun tahap kepuasan penonton yang menilai betul tak?

Bagi yang belum menonton, jangan lupa saksikan Hellbound secara eksklusif hanya di Netflix.

Hellbound merupakan karya sutradara Yeon Sang Ho yang terkenal dengan filem hit Train To Busan dan Peninsula.

Selain Ah In, pelakon lain yang membintangi Hellbound adalah Park Jung Min, Kim Hyun Joo dan Won Jin Ah.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!