Hiburan

Orang Kata Sekali Kita Khianati Isteri, Bertimpa-Timpalah Musibah Datang – Harap Aliff Aziz Tabah!

Afiza Kamarulzaman
11/11/2019
06:21 MYT
Satu-persatu kontroversi melanda dirinya. Makin hari makin banyak tragedi menghantui Aliff Aziz yang mengheretnya dikecam dengan pelbagai label negatif. Kasihan. Daripada sebelum bercerai sehinggalah kini bergelar duda, pelbagai skandal mengaitkan dirinya.
Jika diimbas semula, walaupun pernah dilabelkan sebagai playboy dan kaki perempuan ketika masih bergelar isteri kepada Bella Astillah, Aliff dilihat masih bertuah kerana sering diberi peluang oleh isterinya itu untuk berubah.
Namun, hati perempuan sekuat mana pun cuba bertahan akhirnya rapuh juga. Setelah diuji satu demi satu skandal yang dibuat Aliff, akhirnya pada tanggal 16 Mei 2019, mereka akhirnya sah bercerai talak satu.
Bella tidak lagi mampu mempertahankan hubungan yang luarnya sahaja nampak teguh tapi hakikatnya bergoyah hanya menunggu masa untuk runtuh. Bella yang dikenali sebagai isteri yang sangat setia, tidak mahu lagi meneruskan perkahwinannya dengan Aliff Aziz.
Kredit Foto: IG Aliff Aziz
Isteri Umpama Selimut Yang Menghangatkan
Saat kamu kedinginan, kamu tarik selimut untuk menghangatkan tubuhmu. Isteri umpama selimut yang sentiasa ada untuk melindungi kamu. Namun, jika sekali dia dikhianati, maka selama-lamanya hidupmu tidak akan aman.
Kita tidak ‘menghukum’ Aliff tetapi sekadar mengambil iktibar dengan apa yang berlaku ke atas dirinya sejak akhir-akhir ini. Terutamanya, selepas tidak lagi bergelar suami kepada Bella. Walaupun, mungkin Aliff berasakan dia mampu hidup lebih bebas selepas tidak lagi bersama Bella, namun hakikatnya Aliff umpama layang-layang terputus tali.
Kredit Foto: IG Bella Astilla
Hidupnya tidak tentu arah. Hilang arah tujuan. Dan lebih menyedihkan, kerjayanya jatuh merundum. Kawan-kawan di sekeliling ramai yang hanya mengambil kesempatan. Lebih menyedihkan, kebanyakannya sengaja mahu menjatuhkan nama Ariff dengan pelbagai muslihat yang menyebarkan aib Aliff secara sengaja atau tidak.
Namun, wanita yang bernama isteri itu hatinya lembut. Walaupun sudah banyak kali hatinya dihancuri, namun menerusi kenyataannya beberapa bulan yang lalu, Bella ada memberitahu yang dia tidak pernah berdendam.
Malah, tetap membela bekas suaminya walaupun dihambat pelbagai kecaman dan isu. Menurut Bella, apa pun yang berlaku Aliff tetap ayah kepada anaknya, Ayden. Bella berharap orang ramai tidak tersu menghukum Aliff.
Berilah ruang kepada Aliff. Dia kelihatan agak lost dan sangat tertekan dalam keadaan sekarang ini. Depresi itu bukan perkara main-main dan Bella pernah menyatakan bahawa Aliff mungkin berdepan masalah tersebut.
Kredit Foto: Google
Cara Menyantuni Isterimu Menurut Islam Para suami harus ingat, isteri ini amanah. Amanah yang kalian sendiri mohon kepada ibu dan ayahnya untuk kamu jaga dan pelihara. Maka, amanaha itu seharusnya dipikul dan digalas dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan.
Kebanyakan isteri ini, kalau betul cara kendalinya, maka dia akan menjadi sebaik-baik seorang isteri buat suaminya. Harus juga diingat bahawa isteri ini juga umpama ladang yang menghamparkan kamu rezeki. Jika baik ladang itu dibajai, maka hasilnya berlimpahan membawa keberkatan. Jika ia dikhianati, maka selama-lamanya hidupmu dihantui natijah tak bertepi sehingga kamu kembali ke pangkal jalan dan akui kekhilafan diri terhadap isterimu itu.
Kredit Foto: Google
Sabda Rasulullah s.a.w:
Daripada Abu Hurairah r.a ia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; “Pergaulilah kaum wanita itu dengan pergaulan yang lemah lembut, kerana sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya tulang rusuk itulah yang sebengkok-benkoknya ialah yang paling atas. Maka apabila engkau hendak meluruskannya, luruskannlah dengan perlahan dan apabila tidak diluruskan, ia sentiasa bengkok selama-lamanya. Oleh sebab itu pergaulilah wanita dengan pergaulan yang lemah lembut”. (H.R Bukhari dan Muslim)
Dalam sebuah hadith lain, sabda Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya, “Lelaki terbaik di antara kalian adalah orang yang paling baik terhadap isterinya. Dan aku adalah orang yang paling baik terhadap isteri.”
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan; Terdapat seorang lelaki pergi ke rumah Amirul Mukminin Umar al-Khattab untuk mengadu kepadanya perihal isterinya. Dia kemudiannya berdiri di hadapan pintu rumah Umar al-Khattab untuk menunggu beliau keluar.
Belum sempat memberi salam, lelaki tersebut terdengar isteri Umar al-Khattab meleteri beliau dan Umar hanya berdiam sahaja. Melihat yang demikian pulanglah lelaki tersebut ke rumahnya sambil berkata sendiri, “Jika begitulah tindakan Umar terhadap isterinya sedangkan semua tahu sikap Umar yang garang dan tegas, maka siapalah aku ini?”
Akan tetapi Umar ternampak lelaki ini melewati hadapan rumahnya, lantas memanggil lelaki tersebut bertanyakan tujuan lelak tersebut ke rumahnya. Berkata lelaki tersebut, “Wahai Amirul Mukminin aku datang ke rumahmu untuk mengadu perihal isteriku yang suka berleter.
Namun, selepas terdengar isterimu juga meleterimu, aku tidak jadi untuk mengadu hal itu. Sedangkan engkau seorang Amirul Mukminin. Maka Umar al-Khattab menjawab, “Wahai saudaraku, aku berdiam ketika isteriku meleteriku kerana isteriku telah menunaikan segala haknya ke atasku, dialah yang memasakkan untukku, membuat roti untukku, membasuh segala bajuku dan menyusukan kesemua anak-anakku, sedangkan semua itu bukanlah perkara yang wajib dilakukannya. Apabila aku mengingatkan semua itu aku tidak memarahinya.
Berkata lelaki itu, “Begitu jugalah perihal isteriku.” Jawab Umar, “Ingatlah segala jasanya kepadamu, sesungguhnya keadaan itu hanyalah sementara."
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Isu Pelakon Berskandal Di Set Shooting, Osman Ali; "Pengarah Ada Hak Menegur Tapi Ada Batas"

gempak
22/07/2024
07:55 MYT
Sutradara terkenal tanah air, Osman Ali, 51, berpendapat pengarah drama atau filem mempunyai hak untuk memberi teguran serta peringatan kepada  pelakon dan kru produksi agar membataskan pergaulan di set penggambaran bagi mengelakkan isu skandal daripada berulang.
Hiburan

Ruhainies Sebak Rai Pra-Hari Jadi Ke-32, Tahlil & Doa Selamat, Kongsi Rezeki Bersama Pelajar Tahfiz

gempak
21/07/2024
08:30 MYT
Pelakon sensasi Ruhainies seakan-akan gagal menahan sebak ketika sambutan pra-ulangtahun kelahirannya ke-32 pada Sabtu.
Hiburan

Netizen Dah Rimas! Mohon Ibu Aliff Aziz Berhenti Main Laman Sosial, Ini Respons Tuan Badan - “Meh Kalau Kurang Kasih Sayang, Kami Sayangkan Ok”

gempak
19/07/2024
01:55 MYT
Kerap menerima komen negatif, sekali lagi ibu kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza berkongsi luahan kemarahan daripada netizen di Instastory miliknya.
Hiburan

Ibu Aliff Aziz Titip Ucapan Hari Lahir Buat Cucu Perempuan, Harap Terima Hadiah Yang Ditinggalkan - “Kami Tetap Tidak Akan Berhenti Cuba Untuk…”

gempak
18/07/2024
03:25 MYT
Ibu kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza menitipkan ucapan selamat hari lahir kepada cucu perempuannya iaitu Ara Adreanna yang berusia empat tahun pada 18 Julai, Khamis.
Hiburan

Ibu Aliff Aziz Coretkan Kata-Kata Semangat Buat Anaknya - “Kamu Tidak Mempunyai Niat Buruk Terhadap Sesiapa..”

gempak
09/07/2024
23:55 MYT
Selepas kes kontroversi khalwat yang membabitkan aktor sensasi, Aliff Aziz dan aktres Ruhainies, setiap hantaran yang dibuat ibunya, Siti Hafiza Bashaharil pasti meraih perhatian wargamaya.