gaya hidup

ORANG KETIGA – Anda Boleh Di Dakwa Di Mahkamah. Bayar Denda Atau Dipenjara, Jangan Main-Main Ya!

gempak
Huda Hussain
15/06/2021
10:31 MYT
Sponsor Banner
ORANG KETIGA – Anda Boleh Di Dakwa Di Mahkamah. Bayar Denda Atau Dipenjara, Jangan Main-Main Ya!
Kehadiran orang ketiga dalam rumahtangga bukan lagi isu asing yang sering kita dengari terutamanya dalam kalangan suami isteri. Bahkan faktor orang ketiga turut menyumbang kepada punca berlakunya perceraian yang semakin menunjukkan peningkatan saban tahun. Betapa kuatnya pengaruh dan impak makhluk ini yang mampu meracuni pemikiran suami atau isteri bukan kepalang.
Kredit Foto: Google
Penulis ingin berkongsi serba sedikit maklumat orang ketiga dan bagaimana undang-undang mendakwa mereka di mahkamah berdasarkan muat naik Peguam Syarie Fatimah Majidah & Associates dari laman Facebook rasmi pengamal undang-undang ini. Berikut adalah huraian dan penjelasan lanjut mengenainya. Semoga apa yang dipaparkan ini memberi manfaat untuk rujukan dan panduan bersama. GANGGUAN ORANG KETIGA DALAM RUMAH TANGGA
Siapa orang ketiga? Sesiapa sahaja yang bertanggungjawab mengganggu gugat keharmonian dan/atau meruntuhkan sesebuah institusi rumah tangga sama ada lelaki atau perempuan termasuk kekasih gelap, kawan-kawan, jiran tetangga, saudara mara, mak ayah mertua, atau ipar duai.
Apa undang-undang untuk mendakwa orang ketiga dan apa hukumannya?
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (SELANGOR) 1995 memperuntukan :
  • Seksyen 32. Memujuk lari perempuan bersuami.
Mana-mana orang yang memujuk lari seseorang perempuan bersuami atau membawanya pergi atau dengan apa-apa cara lain mempengaruhinya supaya meninggalkan rumahtangga yang ditentukan oleh suaminya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya perempuan bersuami itu kembali kepada suaminya.
Kredit Foto: Google
  • Seksyen 33. Menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri.
Mana-mana orang yang menghalang sesuatu pasangan yang sudah bernikah dengan sah daripada hidup sebagai suami isteri adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah hendaklah memerintahkan pasangan itu supaya hidup sebagai pasangan suami isteri yang sudah bernikah dengan sah.
  • Seksyen 34. Menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan.
Mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan atau tanggungjawabnya kepada isteri atau suami atau keluarganya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024