Highlights
Pakar Dermatologi Bongkar 15 SUPERFOODS Untuk Kulit Mulus BERKILAUAN – Makan, Kalau Nak Cantik!
Menurut Pakar Pemakanan, Paula Simpson, diet yang memfokuskan tinggi pengambilan protein, fiber, minyak yang sihat, buah-buahan segar, sayur dan rempah-ratus adalah kaedah terbaik membantu kesihatan kulit. Makanan yang mengandungi tinggi asid amino membina blok untuk kulit anjal dan mengandungi bahan anti radang dan kaya anti oksida untuk meransang metabolisme kulit dan melindunginya daripada tekanan persekitaran.
Berikut antara 15 sumber makanan yang bagus untuk diambil bagi membantu kulit tampil cantik, anjal, lembap dan awet muda dari dalam.
Kredit Foto: Google
- Halia - Halia terkenal dengan sifat anti oksidan dan anti radang yang terdapat di akar rempah. Kajian juga membuktikan ia boleh memberi kesan melegakan pada kulit.
Kredit Foto: Google
2. Chia Seeds – ia kaya dengan sumber asid lemak omega-3. "Asid lemak omega-3 membantu menyediakan blok perlindungan untuk fungsi sel kulit yang sihat dan penghasilan kolagen baru bagi menguatkana sas kulit kuat dan bebas kedutan,” Kata Joshua Zeichner, Pengarah Penyelidikan Kosmetik dan Klinikal Dermatologi, Hospital Mount Sinai, New York City. Kredit Foto: Google
3. Tomato – ia adalah salah satu sumber lycopene terbaik, anti oksidan anti-penuaan yang dapat membantu mencegah penyakit jantung. Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa lycopene lebih mudah diserap oleh badan, jika ia dimasak. Mungkin boleh dibuat sup atau stew! Kredit Foto: Google
4. Oatmeal - Makanan ini rendah pada indeks glisemik, skala yang digunakan untuk menilai makanan yang mengandungi karbohidrat sesuai dengan saiz setiap makanan yang meningkatkan gula dalam darah (makanan glisemik tinggi menyebabkan lonjakan lebih cepat, drastik dan kemalangan berikutnya. Makanan dengan indeks glisemik rendah lebih baik kerana makanan berkanji (yang tinggi glisemik) meningkatkan gula darah, mewujudkan keradangan, dan telah terbukti berkaitan dengan jerawat. Kredit Foto: Google
5. Ubi Keledek – Keledek adalah pilihan yang bagus untuk merawat masalah jerawat kerana kandungan vitamin A. yang tinggi. Derivatif vitamin A terbukti dapat membantu mengurangkan pengeluaran minyak di kulit yang menjadi antara penyebab kepada jerawat. Kredit Foto: Google
6. Kayu Manis – Rempah asas ini bagus untuk merangsang peredaran dan aliran darah. Ia membawa oksigen dan nutrien terus ke kulit. Selain itu, beberapa kajian menunjukkan bahawa kayu manis dapat menstabilkan dan menyeimbangkan kadar gula dalam darah. Kredit Foto: Google
7. Avokado – mengandungi tinggi vitamin E dan minyak sihat yang membantu mempertahankan fungsi sel sihat kulit. Ia bagus untuk mereka yang mempunyai kulit kering.
Kredit Foto: Google
8. Sardin – Ia adalah sumber vitamin B12 dan selenium yang sangat baik. B12 memainkan peranan penting dalam pembiakan sel kulit. Jika anda kekurangan vitamin, ia akan menyebabkan kulit kering dan mengelupas. Selenium diperlukan jika anda mahu badan menghasilkan antioksidan yang disebut glutathione untuk membantu fungsi pelindungan kulit. Sardin juga mengandungi fosforus, protein, vitamin D dan asid lemak omega-3, semuanya memainkan peranan penting dalam memastikan kulit terhidrat dan bercahaya.
Kredit Foto: Google
9. Salmon – ikan ini mengurangkan risiko penyakit jantung dan tekanan darah rendah. Pakar dermatologi Joshua Zeichner memberitahu bahawa lemak omega-3 asid yang menjadi kunci utama khasiatnya. Bukan hanya baik untuk kesihatan jantung, tetapi asid lemak itu juga menyumbang kepada penghasilan kolagen, protein yang membantu menjaga asas kulit yang kuat dan bebas kedutan. Anda digalakkan makan 3.5 auns salmon sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
Kredit Foto: Google
10. Putih telur - ia tinggi kandungan lisin dan prolin (asam amino), serta kolagen itu sendiri. Ia membantu menyokong penghasilan kolagen semula jadi tubuh untuk membantu melawan garis halus.
Kredit Foto: Google
11. Quinoa - Bijirin berisi protein ini semakin digemari dan agak mahal, tetapi tahap riboflavinnya yang tinggi menjadikannya ‘superstar’ untuk kulit anda. Riboflavin memberikan keanjalan kulit anda dan penghasilan tisu penghubung yang membantu melewatkan penuaan dan kewujudan kedutan wajah.
Kredit Foto: Google
12. Bayam - Sayuran berdaun seperti bayam, kangkung, bersama dengan brokoli dan tauge Brussels, kaya vitamin K; nutrien yang bagus untuk meningkatkan peredaran darah. Bayam juga kaya dengan zink yang terbukti membantu mengurangkan keradangan dan membantu mencegah jerawat.
Kredit Foto: Google
13. Buah sitrus - Bintik-bintik gelap pada wajah terjadi disebabkan oleh pengeluaran pigmen berlebihan akibat pendedahan terhadap cahaya UV. Buah-buahan sitrus yang mengandungi vitamin C terbukti dapat menenangkan keradangan, mencerahkan bintik-bintik gelap dan menyerikan kulit anda.
Kredit Foto: Google
14. Kunyit - Ia mengandungi curcumin, antioksidan untuk memerangi radikal bebas yang serius dan secara tidak langsung meredakan kulit anda. Ia juga mendorong sintesis kolagen, dan apabila digunakan secara topikal, ia dapat membantu memperbaharui kulit dengan bertindak sebagai perangsang keanjalan dan kekencangan kulit. Seterusnya melawan kedutan dan garis-garis halus.
Kredit Foto: Google
15. Paprika - Paprika menyediakan sumber antioksidan yang hebat, termasuk vitamin C dan E, dan karotenoid bermanfaat seperti zeaxanthin. Cuba taburkannya pada ubi keledek dengan minyak zaitun sebelum memanggang, atau gunakannya sebagai penyedap pada dada ayam dengan serbuk bawang putih dan kacang tanah.
Must-Watch Video