Highlights

“Pernah Seorang Wanita Masuk NERAKA Kerana Mengikat Seekor Kucing dan Tidak Diberinya Makan” – Sabda Nabi.

Afiza Kamarulzaman
08/05/2020
07:17 MYT
Gila dan mereka yang mendera anak kucing tersebut mesti dicari sehingga ke lubang cacing! Tular baru-baru ini, tiga orang wanita di dalam rakaman video yang dimuatnaik itu menyeksa seekor anak kucing dengan memijaknya sehingga mati. Atas apa jua alasan, ia tidak boleh diterima akal. Apa dosa kucing itu? Sedangkan ia tidak berakal seperti manusia? Terdapat beberapa warganet sudah membuat laporan polis berkenaan video terbabit.
Kita berharap mereka ini berjaya ditangkap dan pihak berkuasa dapat menjatuhkan hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Ternyata, manusia semakin psiko dan tidak siuman, hilang pertimbangan dan kemanusiaan sehingga sanggup membunuh binatang yang tidak berdosa. Ini harus dijadikan iktibar kepada semua bahawa ia bukan perkara main-main yang boleh dibanggakan untuk ditayan di media sosial.
Kredit Foto: Afiza Kamarulzaman
Kisah Rasulullah dan Kucing Peliharaannya
Seperti yang kita tahu, kucing adalah binatang kesayangan Rasulullah. Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Pernah diceritakan pada satu ketika, ketika Nabi hendak mengambil jubahnya, didapati Mueeza sedang tidur diatas jubah baginda. Nabi tidak langsung menganggunya, malah Nabi bertindak memotong bahagian lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.
Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan menunduk sujud kepada tuannya itu. Nabi kemudiannya menyatakan kasih sayang baginda dengan mengusap lembut badan Mueeza sebanyak tiga kali. Setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, baginda selalu mendukung Mueeza dan diletakkan dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah ia selalu mengiau ketika mendengar azan. Kedengaran suaranya itu seperti mengikuti lantunan suara azan.
Dalam Islam, hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan jinak ini sangat serius. Dalam sebuah hadis sahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kepada kucingnya dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi Muhammad SAW pun menjelaskan bahwa hukuman bagi wanita ini adalah seksa neraka.
Dari Ibnu Umar ra bahwa Rasulullah saw bersabda, “Seorang wanita dimasukkan ke dalam neraka kerana seekor kucing yang diikatnya dan tidak diberikan makan bahkan tidak diperkenankan makan binatang-binatang kecil yang ada di lantai,” (HR. Bukhari).
Kredit Foto: Afiza Kamarulzaman
Keistimewaan Kucing Yang Tiada Pada Haiwan Lain
  • Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak telur bakteria. Otot kucing itu juga dapat disesuaikan dengan sentuhan otot manusia.
  • Permukaan lidah kucing dilitupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing. Benjolan ini bengkok mengerucut seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya dan lidah kucing juga menjadi alat pembersih yang paling canggih. Permukaannya yang kasar mampu menanggalkan bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.
  • Menurut Dr. George Maqshud, ketua makmal di Rumah Sakit Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu wujud, maka kucing itu akan sakit.
  • Dokter haiwan di Hospital Haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahwa kucing memiliki perangkat pembersih yang dipanggil lysozyme.
  • Kucing tidak suka air kerana air adalah tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteri, terutamanya air yang bertakung seperti lumpur, takungan hujan dan lain-lain.
  • Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteri tidak mudah melekat kepadanya. Inilah faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing dan sangat selamat untuk menjadi teman manusia.
  • Zaman dahulu kucing digunakan sebagai terapi. Dengkuran kucing yang bertahap 50Hz baik buat kesihatan. Amalan membelai kucing juga dapat menurunkan kadar stres.
Kredit Foto: Afiza Kamarulzaman
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Duduk Dalam Keadaan Pelik, Aksi Lucu Kucing Ini Buat Netizen Tak Kering Gusi - “Dia Tengah Buat Pilates Tu”

gempak
21/07/2024
06:55 MYT
Gelagat dan telatah kucing yang comel dan lucu seringkali mencuri tumpuan ramai pihak.
Gaya Hidup

Ambil Wuduk Dengan Air Sisa Minuman Kucing, Ini Hukumnya Dalam Islam Menurut Ustaz Azhar Idrus

gempak
15/07/2024
12:55 MYT
"Air di dalam baldi yang diminum kucing boleh dibuat wuduk," jawab Ustaz Azhar Idrus berkaitan persoalan dalam kesucian perlaksanaan wuduk dalam kalangan umat Islam.
Hiburan

"Punyalah Jaga Macam Anak, Nak Jentik Pun Tak Sampai Hati" - Intan Najuwa Simpati Nasib Haiwan Didera, Mohon Jaga Penuh Kasih Sayang

gempak
02/07/2024
23:55 MYT
Pelakon jelita, Datin Intan Najuwa menempelak tindakan segelintir individu yang sewenang-wenangnya menganiaya dan mendera haiwan peliharaan.
Viral

Remaja Bakar Kucing Diperintah Bon Kelakuan Baik Selama Setahun

gempak
27/06/2024
14:25 MYT
Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang mengaku bersalah membakar seekor kucing di kawasan parkir sebuah pangsapuri Taman Sri Kenari di sini pada April lepas, diperintahkan bon berkelakuan baik selama setahun oleh Mahkamah Majistret hari ini.
Viral

Lelaki Warga Asing Lapah Kucing Ditahan Polis

gempak
26/06/2024
20:50 MYT
Seorang lelaki warga asing ditahan selepas dipercayai melakukan penganiayaan terhadap seekor kucing.