,
gaya hidup

Pertama Kali Pergi Umrah Dalam Fasa Endemik? Teliti Prosedur Ini, ‘Checklist dan Ubat-Ubatan Yang Perlu Dibawa.

Huda Hussain
25/10/2021
08:40 MYT
Setelah hampir dua tahun umat Islam tidak berpeluang mengerjakan ibadat haji dan umrah, pengumuman perjalanan ke luar negara yang dibenarkan berkuatkuasa Isnin (11 Oktober) lalu disambut dengan penuh kegembiraan. Memetik kenyataan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sewaktu mengumumkan berita ini, "Mungkin ada yang nak melancong, umrah dan sebagainya. Sempadan telah dibuka untuk rakyat kita keluar. Tetapi kita masih lagi belum membuka pintu negara kita untuk pelancong asing setakat ini," ujarnya dalam sidang media khas tersebut.
Rakyat Malaysia dibenarkan melakukan perjalanan ke luar negara tanpa melalui #MyTravelPass Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Bagaimanapun, pengembara masih perlu menjalani kuarantin wajib sebaik pulang ke tanah air, perlu melakukan ujian saringan Covid-19 tiga hari sebelum berlepas dan sebaik tiba di pintu masuk negara.
Lantaran itu, sebilangan daripada kita tidak menunggu lama apabila berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci bagi menjalani ibadah umrah. Ada yang teruja, tidak kurang juga ada yang mengambil Langkah berjaga-jaga susulan wabak ini masih ada di seluruh pelusuk dunia. Cuma bezanya, pada peratusan dan angka positif. Bagi sesetengah negara ia berada pada tahap yang rendah namun segala SOP masih tetap perlu dipatuhi.
Pasti semua maklum mengenai syarat kemasukan ke tanah suci apabila kerajaan Arab Saudi menetapkan semua Jemaah perlu lengkap vaksinasi. Sungguhpun begitu timbul kegusaran dalam kalangan kita khususnya yang menerima vaksin selain daripada jenis yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi. Adakah jika ada rezeki ke sana tetapi dek kerana jenis vaksin yang diterima tidak terpakai untuk tunaikan umrah?
Perkongsian Dr Ahmad Samhan yang kini berada di tanah suci memperincikan perihal ini sekali gus membantu meleraikan kekeliruan ramai berhubung soal ini. Berikut adalah huraiannya yang penulis cerap menerusi muat naik dari Facebook peribadinya.
“Doktor betul ke kalau Sinovac tak boleh pergi umrah?” Jika dulu isu ini tidak timbul untuk pergi umrah tapi selepas wabak covid melanda, setiap negara ada SOP masing-masing yang perlu dipatuhi. Memandangkan saya dan isteri merupakan jemaah awal yang menunaikan umrah selepas pandemik ini melanda, saya akan cuba kongsikan SOP terkini untuk panduan semua.
Kredit Foto: Google
1. Peserta Umrah DIWAJIBKAN melengkapkan 2 dos vaksin sebelum melakukan pendaftaran.
2. Peserta Umrah perlu memastikan 2 dos vaksin yang diambil hanya dari jenis yang diiktiraf oleh kerajaan Arab Saudi iaitu PFIZER, ASTRAZENECA, MODERNA, JANSSEN, SINOVAC & SINOPHARM.
3. Bagi Peserta Umrah yang mengambil 2 dos SINOVAC & SINOPHARM, dos ketiga dari jenis vaksin PFIZER atau ASTRAZENECA perlulah diambil selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh penerbangan.
4. Peserta Umrah (ambil Sinovac) boleh dapatkan surat dari Agensi Umrah (bukti akan menunaikan umrah) dan dapatkan suntikan vaksin Pfizer (dos penggalak) di Klinik Kesihatan.
5. Bermula bulan November, boleh memohon dos penggalak menerusi MySejahtera.
6. Buat masa sekarang, KKM sedang berunding dengan Kerajaan Arab Saudi supaya tidak mengenakan diskriminasi vaksin.
Kredit Foto: Google
7. Peserta Umrah DIWAJIBKAN untuk melakukan UJIAN PCR COVID-19 dalam tempoh 72 JAM SEBELUM TARIKH PENERBANGAN.
8. Hanya Ujian PCR yang dibuat dalam tempoh 72 JAM SEBELUM TARIKH PENERBANGAN sahaja yang akan diterima.
9. Keputusan Ujian PCR yang NEGATIVE sahaja yang akan dibenarkan untuk menaiki kapal terbang.
10. Ujian PCR ini ditanggung oleh peserta umrah sendiri.
11. Ujian PCR ini boleh dibuat di negeri masing-masing dan hendaklah dalam tempoh 72 JAM sebelum berlepas.
12. Bagi peserta umrah yang memperolehi keputusan PCR POSITIF, jemaah tersebut tidak dibenarkan untuk menaiki kapal terbang. Penjadualan semula tarikh penerbangan akan dilakukan oleh pihak agensi.
DOKUMEN ASAS
1. PASSPORT ANTARABANGSA (ORIGINAL) - Tempoh sah laku melebihi 7 bulan ke atas - Melebihi 4 muka surat kosong
Kredit Foto: Facebook Ahmad Samhan
2. BUKU SUNTIKAN MENINGITIS/ACW135 - Buku suntikan umrah - Boleh dapatkan di klinik swasta yang berdekatan
3. 4 KEPING GAMBAR UMRAH (BUKAN GAMBAR PASSPORT) - Latar belakang gambar berwarna putih - Saiz gambar 4cm lebar & 6cm panjang - Zoom muka 80% - Wanita diwajibkan bertudung hitam/gelap - Lelaki tidak boleh memakai songkok/kopiah/top
Kredit Foto: Facebook Ahmad Samhan
4. KAD VAKSIN @ SIJIL DIGITAL YANG DICETAK - Boleh di download melalui aplikasi MySejahtera
5. SIJIL NIKAH DICOP - Bagi peserta umrah yang membawa isteri, perlu dapatkan cop di pejabat agama. Barang yang dibawa antaranya adalah ubat-ubatan.
  1. Ubat hospital
(darah tinggi, jantung, kolesterol, kencing manis)
Kredit Foto: Facebook Ahmad Samhan
  1. Oral aid (contoh: bonjela)
Di Mekah dan Madinah, cuaca kering dan seringkali terjadi ulcer mulut.
  1. Panadol
Panadol bukan saja untuk menurunkan suhu ketika demam tapi juga berfungsi untuk melegakan sakit-sakit badan dan sakit kepala.
  1. Methyl Salicylate Ubat sapuan panas untuk lenguh otot-otot.
  1. Vaseline
Untuk melembabkan kulit dan mengelakkan bibir pecah.
  1. Smecta
Ubat cirit-birit. Bimbang perut tak biasa dengan makanan arab. Dinasihat untuk bawa Oral rehydration salt ( Air garam) untuk menggantikan air hilang dari badan akibat cirit-birit.
  1. Antihistamine
Ubat selsema seperti loratadine,cetrizine dan piriton. Juga boleh digunakan untuk hilangkan gatal dan allergik.
Kredit Foto: Facebook Ahmad Samhan
  1. Ubat tahan muntah dan pening
Contoh ubat seperti metoclopramide, promethazine atau veloxin.
Jangan lupa untuk bawa,
1. Pelitup muka 2. Hand sanitizer 3. Saliva kit 4. Termometer 5. Pulse oximeter
Kredit Foto: Facebook Ahmad Samhan
Dinasihatkan untuk bawa travel adapter kerana suis di Arab Saudi berbeza dengan Malaysia.
Antara gajet lain:
1. Powerbank 2. Extension 3. Charger 4. Seterika
Semoga perkongsian ini memberi manfaat khususnya kepada mereka yang pertama kali menunaikan umrah juga pertama kali merasai pengalaman ini dalam fasa endemik.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Pempengaruh Lelaki Tiada Adab, Pakai Jubah Tunai Umrah

gempak
20/11/2024
08:00 MYT
Seorang pempengaruh Indonesia yang juga transgender menimbulkan kemarahan khalayak menerusi perlakuan biadabnya baru-baru ini.
Hiburan

Tunjuk Perubahan Positif Sepanjang Dalam Pengawasan AADK, Exists Mahu Doakan Mamat Di Tanah Suci – “Gugurkan Apa Saja Dosa...”

gempak
10/11/2024
01:50 MYT
Penyanyi dan komposer, Ajai memaklumkan dia dan Exists akan mendoakan sahabatnya, Mamat yang kini berada dalam pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Tanah Suci Makkah kerja tunaikan ibadah umrah, tahun depan.
Hiburan

‘Borong’ Minyak Wangi Di Makkah & Madinah, Shuib Belikan 2 Bagasi Untuk Watie Hanifiah - “Daddy Sokong Betul Bini Dia…”

gempak
06/11/2024
09:55 MYT
Isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah terharu apabila suaminya membelikan dua bagasi baharu supaya memudahkannya menyimpan minyak wangi yang dibeli di Makkah dan Madinah untuk dibawa pulang ke Malaysia.
Hiburan

Kilauan Emas 2024: “Benda Berkaitan Hutang Jangan Dibiarkan Tergantung” - Gee Mahu Selesaikan Hutang, Nak Tenang Buat Umrah

gempak
05/11/2024
02:50 MYT
Juara Kilauan Emas 2024, Gie Hamid, 48, merancang menggunakan wang RM30,000 hasil kemenangannya untuk melangsaikan hutang.
Viral

"Terlalu Banyak Nak Dikongsikan, Hati-Hati Dengan Fitnah ..." - Vivy Yusof

gempak
30/10/2024
03:25 MYT
Usahawan popular Datin Vivy Yusof tampil berkongsi keadaan terkininya dan respon terhadap desakan netizen yang mahukan beliau tampil memberikan kenyataan selaku pengasas Fashion Valet.
Unitar