Bagi pengikut Instagram @rizalman71 pasti maklum mengenai setiap perkembangan yang sentiasa dikemaskini dalam laman sosialnya. Berkongsi dengan pengikutnya mengenai bakal menandatangani sebuah dokumen penting sejak minggu lalu, namun ia ditangguhkan atas sebab tertentu. Dan semalam terjawab susah segala debaran dan kegusarannya mengenai amanat baru ini.


Dato Rizalman Ibrahim dilantik oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau yang juga Pengarah Eksekutif dan juga Pengerusi Kumpulan Syarikat Rizalman Ibrahim telah menandatangani surat pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM pada Jumaat, 16 Oktober di Pejabat Menteri Pengajian Tinggi, Putrajaya.

Kredit Foto: Google

Baik dalam kalangan netizen, kakitangan, pelajar mahupun tenaga pengajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) semuanya menerima perkhabaran ini dengan hati yang gembira. Malah pemilihannya disifatkan sebagai yang tepat memandangkan beliau sendiri adalah bekas penuntut ITM (panggilan dahulu). Bukan itu sahaja, Dato Rizalman memahatkan rekod terbaik apabila berjaya meraih keputusan cemerlang dan diiktiraf sebagai Pelajar Terbaik dalam Fakulti Kajian dalam Kajian Seni Lukis dan Seni Reka Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (Fesyen) di ITM Shah Alam, Selangor.

Kredit Foto: IG Rizalman

Lebih dikenali sebagai pereka fesyen, walaupun telah mengumumkan pengundurannya tanggal 20 Februari lalu, pereka kelahiran Pulau Pinang ini nyata dikurniakan pelbagai bakat dan ilham seni yang lain. Apa sahaja yang dijualnya laris bagai goreng pisang panas. Bak kata orang, kalau tangan sudah berseni; apapun yang dilakukannya pasti menjadi. Berbakat dan berpengalaman luas dalam bidang seni reka dan hiasan dalaman, beliau juga tidak kekok memasak di dapur. Malah pernah tampil dalam rancangan masakannya ‘Pung Pang Rizalman’ di saluran Astro Ria sepanjang Ramadan lalu.

Kredit Foto: IG Rizalman

Maka, selayaknya figura ini diangkat sebagai ahli Lembaga Pengarah UiTM sekali gus membawa ribuan harapan dan dokongan yang mahu melihat universiti tempatan melakar lebih banyak kejayaan di masa hadapan. Berikut antara kompilasi ucapan tahniah yang turut dikongsi alumni UiTM sempena pelantikan Dato Rizalman sebagai Ahli Lembaga Pengarah yang terbaru.


Shafezah Abdul Wahab, Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi & Pengajian Media UiTM
Pelantikan Dato' Rizalman Ibrahim sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan pilihan tepat kerana beliau dilihat sebagai figura paling sesuai dengan matlamat institusi ini yang mempunyai erti mendalam bagi membangunkan ekonomi orang Melayu menerusi pendidikan. Sebagai Alumni UiTM sendiri, beliau telah memperoleh pencapaian yang membanggakan di dalam dan luar negara sehingga Dato' Rizalman Ibrahim telah menempatkan nama UiTM di peta dunia. Dalam kata ringkas; daripada anak kampung kini beliau berjaya membina empayarnya sendiri.


Seluruh warga UiTM sangat mengharapkan perlantikan Dato' Rizalman Ibrahim ini dapat membantu dalam meningkatkan ekonomi orang Melayu menerusi pendidikan menjadikan UiTM sebagai world class university dengan pelbagai perancangan bersama sepanjang amanah yang diberikan kepada beliau. Seluruh warga Fakulti Komunikasi & Pengajian Media merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah atas pelantikan Dato’ Rizalman Ibrahim sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang baharu.

Kredit Foto: IG Rizalman

Wan Ainaa Atiqah Mohd Ismadi, Pensyarah Fakulti, Filem, Teater dan Animasi, UiTM
Apabila nama Dato Rizalman diumumkan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM, saya sangat teruja! Beliau sememangnya layak dan saya sebagai warga UiTM tidak sabar untuk melihat apakah sumbangan beliau bagi menaikkan lagi taraf UiTM untuk menjadi universiti terulung dunia. Tahniah Dato Rizalman!


Awal Ashaari, Selebriti dan Alumni Diploma Komunikasi dan Media Fakulti Media dan Sebaran Am
Just want to congratulate him for being one of the Board Of Director of UITM. We hope that he could insipire more students and alumni to be successful and hopefully that he could contribute back to the success of UiTM, sumbangkan idea demi menaikkan taraf UiTM agar setanding dengan universiti terkemuka di Malaysia.


Hanis Zalikha, Selebriti dan Alumni Diploma Pengurusan Perniagaan Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM Segamat, Johor
Sebagai seorang alumni UiTM sendiri dan seseorang yang amat mengagumi pengembaraan kreatif dan perjalanan perniagaan empayar Rizalman Ibrahim, bagi saya tiada yang lebih layak menggalas tanggungjawab sebesar menaiktaraf kredibiliti UiTM sebagai sebuah universiti yang menghasilkan graduan lebih berdaya saing di mata dunia. Tahniah Dato’ Rizalman!


Kredit Foto: Google

Hatta Dolmat, Pereka Fesyen dan Alumni Diploma Seni Reka Fesyen UITM Sri Iskandar Perak (2000-2003) Ijazah Sarjana Muda Kepujian Seni Reka Fesyen UITM (2003-2005)
Perkhabaran pelantikan rasmi Dato Rizalman Ibrahim sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM adalah satu berita yang menggembirakan seluruh warga UiTM termasuk alumni. Pada Hatta pengalaman Dato Rizalman dengan pengaruh yang besar dalam industri sangat penting di samping pengetahuan dan ilmu tentang fesyen yang dibawa beliau berpuluh-puluh tahun sentiasa segar dan menjadi inspirasi semua. Hatta sebagai alumni UiTM berasa bangga akhirnya UiTM memilih Ahli Lembaga Pengarah yang pada Hatta dapat memberi satu visi dan dimensi baru serta memangkin semangat pada seluruh warga UiTM sebab Hatta percaya Kemampuan dan kredibiliti beliau. Tahniah Hatta ucapkan kepada Dato Rizalman Ibrahim, syabas UiTM dengan pelantikan ini dan memilih calon alumni UiTM yang tepat!


Ayangkamell Ibrahim, Jurusolek Profesional Dan Alumni Diploma Rekabentuk Dalaman AP17, Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur FSPU (1992-1995)

Sekalung tahniah daripada saya diatas pelantikan Dato’ Rizalman Ibrahim berkuatkuasa 9 Oktober 2020 selaku Ahli Lembaga Pengarah UiTM yang baru. Semoga UiTM lebih cemerlang dan Dato’ mampu berkongsi inspirasi seterusnya membekalkan alumni UiTM yang menyerlah pada bangsa dan negara. Mungkin agak mencabar tetapi saya yakin berbekalkan kretiviti, wibawa dan profesionalisme yang sedia ada dalam diri Dato' segalanya akan berjalan dengan baik, Insya-Allah.


Afiza Kamarulzaman, Editor Kecantikan InTrend dan Alumni Diploma Penulisan Seni Layar, Fakulti Seni Persembahan (2002)
Sebagai salah seorang alumni UiTM, pastinya saya mahukan yang terbaik daripada barisan hadapan yang menaungi universiti tersohor ini. Pemilihan Datuk Rizalman dilihat sebagai salah satu usaha UiTM untuk membawa universiti ini ke tahap yang lebih cemerlang dan dipandang tinggi. Semoga Datuk mampu membuatkan kami terus bangga dan lega dengan perlantikan ini.