Highlights
PKP Dilanjutkan? – Jika Itu Yang Terbaik, Akurlah. Kerana Keselamatan Dan Kesihatan Kita Tiada Kompromi.
Ramai yang berteka-teki sama ada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan disambung atau sebaliknya. Hal ini kerana hanya berbaki empat hari sahaja lagi tempoh PKP fasa kedua akan berakhir. Namun melihat peningkatan kes positif Covid-19 setiap hari serta angka kematian yang dicatatkan, bagaikan mustahil PKP akan ditamatkan dalam masa terdekat. Memetik kenyataan daripada Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, semua keputusan sama ada PKP akan dilanjutkan atau tidak akan mengambil kira nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Kredit Foto: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia
Memetik undian yang diperoleh daripada telegram rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN), ‘Wajarkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan selepas 14 April’ sebanyak 88% iaitu seramai 294,128 responden yang mengundi bersetuju ia disambung manakala 12 % berpendirian sebaliknya. Dan ura-ura ini disokong apabila KKM telah mengenalpasti lima kluster terbesar di Malaysia dan status terkini setakat jam 12 tengah hari, 8 April 2020.
1. Perhimpunan di Seri Petaling (1,682 kes)
2. Persidangan keagamaan di Kuching (112 kes termasuk 2 kematian)
3. Majlis perkahwinan di Bandar Baru Bangi (94 kes)
4. Individu sejarah perjalanan ke Itali (41 kes termasuk 5 kematian)
5. Subkluster Seri Petaling di Daerah Rembau (27 kes)
Kredit Foto: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia
Justeru, jika benar andaian ramai tempoh PKP dilanjutkan mungkin semingu dua lagi, apa yang harus anda lakukan?
- Kekal Tenang dan Duduk Dirumah
- Elakkan Pembelian Panik
Kredit Foto: Google
- Penjarakan Sosial
- Pastikan Penjagaan dan Kebersihan Diri Dititikberatkan
- Terus Berdoa
Jika anda sudah biasa duduk dirumah selama 23 hari sepanjang tempoh PKP, takkanlah hanya pertambahan seminggu dua menjadi isu besar kan? Justeru, berikan kerjasama kepada pihak kerajaan bagi memastikan kita menang dalam memerangi penularan virus Covid-19.
Must-Watch Video