Read

Program Muzikal Satukan NABIL dan NABILA HUDA – Apa yang Terjadi Pada Mereka, Nantikannya!

Public Anonymous User
27/06/2019
01:20 MYT
Oleh: Athirah Zulkifli

MLS 1

KHAS buat peminat lawak, ada berita baik buat anda. Astro Warna memperkenalkan program realiti muzikal komedi terbaru – ‘Muzikal Lawak Superstar’ menampilkan gandingan 14 kumpulan terdiri daripada barisan pelawak bersama artis daripada pelbagai cabang industri hiburan antaranya pelakon, penyanyi dan personaliti.
Program ini akan bersiaran selama 10 minggu diterajui pelakon dan pengacara popular, Nabil Ahmad dan Nabila Huda.
Manakala komposer dan pemain gitar, Shah Nizam Abdul Halim (Shah Slam) dilantik sebagai Pengarah Muzik Muzikal Lawak Superstar.
Antara kumpulan yang menyertai Muzikal Lawak Superstar adalah BOTAK, VOICES, J-BORN, NEWBOH, TAMANZ, TITANS, HEART, KITAWA, WASAP, LIBRA, KRONI, SEPT, BUNGA DAN UNI.
Dipancarkan secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil menerusi Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) setiap Jumaat, 9 malam mulai 28 Jun 2019.
Setiap kumpulan akan dinilai dan dikritik oleh tiga orang juri profesional merangkap juri tetap iaitu Datuk Awie, Nora Danish dan Altimet. Di akhir persembahan, juri akan menilai dan memberi markah sebanyak 50 peratus. Manakala, undian penonton menyumbang 50 peratus dalam pemarkahan.
Undian boleh dihantar melalui SMS (MLS Nama kumpulan dan hantarkan ke 32777 atau undian secara pukal (MLS3/MLS5/MLS10/MLS20 Nama kumpulan dan hantarkan ke 32777.
Penonton juga boleh mengundi secara atas talian dengan melayari www.muzikallawaksuperstar.gempak.com dengan log masuk menggunakan akuan Astro atau Facebook.
Juara akan menerima wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi, naib juara membawa pulang RM75,000 dan sebuah trofi, tempat ketiga menerima wang tunai RM50,000 dan sebuah trofi dan tempat keempat RM25,000 dan sebuah trofi.
Jom kenali 14 kumpulan dan anggota Muzikal Lawak Superstar:

MLS 2

MLS 3

MLS 4

MSL 5

MLS 6

MSL 7

MSL 8

MSL 9

MSL 10

MSL 11

MSL 12

MSL 13

MSL 14

MSL 15

Topic Berkaitan
Must-Watch Video