gaya hidup

PUCUK MUDA – Apa Nak Kisah Suami Muda Daripada Isteri. Janji Dia Matang, Bertanggungjawab.

gempak
Afiza Kamarulzaman
10/02/2021
03:15 MYT
Sponsor Banner
PUCUK MUDA – Apa Nak Kisah Suami Muda Daripada Isteri. Janji Dia Matang, Bertanggungjawab.
Suka melihat kebahagiaan mereka yang bersuamikan lelaki muda, isteri pun nampak ceria muda kembali seperti Rozita Che Wan dengan Zain Saidin yang beza 11 tahun. Begitu juga baru-baru ini pelakon, Intan Ladyana 39, yang bernikah dengan pasangannya Harris Alif, berusia 22 tahun.
Begitulah hendaknya apabila memasuki alam perkahwinan. Tiada siapa mengimpikan perkara lain selain hidup bahagia hingga ke jannah Allah. Dan, siapa pun jodoh kita, itulah ketentuan takdir yang sudah ditulis saat kita dalam rahim Ibu lagi. Justeru, baik buruk, lebih atau kurangnya adalah anugerah Allah untuk kita sebagai isteri.
Beza usia Fazura dan Fattah Amin - 7 tahun
Bagai menjadi satu perkara asas dalam mencari suami, mestilah usianya lebih tua daripada wanita atau setidak-tidaknya sebaya. Kalau mudah daripada isteri, pasti akan ada yang bertanya, “Kenapa cari laki muda?”. “Boleh ke dia memimpin kamu nanti?” Wah, macam ada satu preskripsi pula untuk memiliki suami yang baik mestilah usianya lebih lanjut.
Tidak ya puan-puan. Itu hanyalah stigma masyakarat kita yang tidak boleh terima sesuatu yang lain daripada kebiasaan. Bukanlah wajar untuk membandingkan jodoh kita insan biasa dengan Rasulullah tetapi itulah contoh terbaik. Bagaimana Rasulullah yang menikahi isteri pertamanya, Siti Khadijah binti Khuwailid al-Asadiah yang lebih berusia daripadanya. Dan, mereka hidup bahagia sehingga hujung hayat Saidatina Khadijah.
Beza usia Ayu Raudhah dan Zaquan Adha - 3 tahun
Umur Bukan Ukuran Kematangan
Tidak dinafikan kematangan itu penting dalam memastikan seseorang itu rasional dalam setiap tindak-tanduk dan memimpin. Bagaimana untuk seseorang lelaki itu memandu keluarganya ke jalan yang benar jika dia sendiri masih kebudak-budakan. Bagaimana untuk dia menjadi tempat bergantung keluarga jika dirinya sendiri memerlukan pergantungan?
Melainkan lelaki ini memiliki isteri yang benar-benar dapat menjadi penampung kepada setiap kelemahan suami muda itu. Jika suami masih keanak-anakan, maka isterilah kena main peranan menjadi ‘guru’ mendidik suami agar kenal erti tanggungjawab. Jika suami masih leka dengan dunia luar, kesabaran isteri harus padu untuk membawa suami kembali kepada dunianya yang sebenar.
Ada ramai saja suami muda daripada isteri yang berjaya menjadi ketua keluarga yang berkesan. Usianya saja yang muda tapi ilmunya penuh di dada, imannya tebal dan kepimpinannya kebal. Maka, isteri dan anak-anak berjaya dibimbing dengan sebaik-baik penghidupan tanpa nampak kekurangannya sebagai suami muda.
Beza usia Kaka Azraff dan Adam Azriff - 5 tahun
Bagaimana Melihat Lelaki Muda Itu Matang Sebagai Suami?
  • Sentiasa berada di depan setiap kali keluarga berdepan apa jua situasi kesukaran.
  • Menerusi kata-katanya yang sentiasa berbau hikmah dan menasihati pada kebaikan.
  • Berusaha mencari nafkah memenuhi keperluan dan keselesaan keluarga.
  • Bersungguh-sungguh dengan setiap usaha untuk keluarga.
  • Ringan tulang membantu isteri menyelesaikan urusan rumah tangga.
  • Tidak hanya menjadi ‘pak turut’, sebaliknya ada pendirian dan pembuat keputusan terbaik untuk keluarga.
Beza usia Linda Jasmine dan Que Haidar - 7 tahun
  • Menjadi pendengar setia isteri dan penasihat paling dipercayai buat keluarga.
  • Mampu menjadi tempat isteri berpaut untuk menghadapi kesukaran.
  • Tidak suka kepada perkara lagha seperti berlibur di luar, asyik melayan media sosial dan melakukan perkara sia-sia.
  • Meletakkan keluarga sebagai kepentingan utama melebihi kawan-kawan dan hobinya.
  • Ambil berat dengan setiap yang berlaku di dalam rumah, tidak membiarkan semuanya diselesaikan isteri.
  • Sentiasa mahu membaiki kelemahan diri dan mencari ilmu.
  • Tidak cepat melenting apabila ditegur dan sentiasa sabar menahan kemarahan.
Beza usia Ella dan Azhar Ghazali - 16 tahun
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live