Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Purata Anda Menyentuh Muka Adalah 16 Kali Setiap Jam – Sempurnakan Cucian Wajah Elak Bakteria Merebak Pantas!

Afiza Kamarulzaman
05/06/2020 12:41 MYT


Foreo, jenama penjagaan kulit berteknologi moden dari Sweden ini telah melancarkan #WatchingYouTouchChallenge di platform TikTok baru-baru ini dengan matlamat memberi kesedaran kepada orang ramai akan pentingnya pembersihan wajah yang sempurna untuk elak bakteria merebak.

Dalam keadaan pandemik Covid-19 yang sedang menyerang dunia sekarang ini, penjagaan kebersihan diri seharusnya dititikberatkan sebagai salah satu daripada pencegahan penting mengelak virus tersebut. Foreo yang terkenal dengan peranti pencucian wajah berteknologi hebat turut menyarankan orang ramai untuk menjadikan pencucian wajah bersama Foreo sebagai rutin harian memastikan kulit wajah bebas daripada bakteria dan virus Covid-19.


Kredit Foto: Foreo



Menyentuh Wajah Penyebab Virus Membiak

Dengan menyentuh wajah, ia akan meningkatkan peluang untuk corona virus membiak menerusi hidung, mata dan mulut. Dianggarkan, seorang indvidu menyentuh wajah mereka sekerap 16 kali pada setiap jam. Tabiat ini sangat membimbangkan dan sukar untuk dikawal walaupun kita kerap mencuci tangan.

Selain mengamalkan SOP yang telah dicadangkan World Health Organisation, Foreo turut mengusulkan kepada orang ramai untuk memberi penjagaan ekstra kepada rutin penjagaan wajah dengan mencucinya setiap pagi dan malam. Malah, boleh dibuat lebih kerap daripada itu jika diperlukan.



Kredit Foto: Foreo



Cucian Efektif dengan Foreo Luna

Menurut Pengarah Jualan Global Foreo, Gary Leong, “Mencuci wajah dengan peranti Luna dapat menyingkirkan 99.5% kotoran, minyak, sebum dan sel kulit mati untuk memberikan kulit yang lebih bersih dan segar. Peranti ini dicipta daripada material silikon yang non-porous dan dapat menapis bakteria secara semula jadi – menjadikannya 35 kali lebih hygienic berbanding berus nilon.”

Ini adalah faktor penting untuk dipertimbangkan kerana Coronavirus boleh bertahan di permukaan untuk lebih tiga hari. Dengan penggunaan peranti Luna, ia bukan hanya dapat mencuci wajah malah memelihara kebersihan secara total.


Kredit Foto: Foreo

#Kecantikan #Cuci Muka #Foreo
;