Personaliti
Radin ‘Terciduk’ Dengan Dato Rosyam Nor. Eh, Siapa Yang Sepatutnya ‘Bahan’ Siapa Ni? Hahaha…
Tidak lengkap dan sempurna Media Hiburan Throwback tanpa mengundang hero Malaya pujaan ramai Dato Rosyam Nor untuk mengenang kembali zaman kegemilangannya suatu ketika dahulu. Memulakan segmen, Radin sekadar mencuba nasib mahu ‘casting’ bersama Dato Rosyam Nor. Namun ditempelak dengan wajah bersahaja dan nada yang cukup berbekas dek kerana alasan yang diberi. Itulah anugerah yang dimiliki figura ini. Walaupun dengan gaya santai tetapi impaknya bisa membuatkan kita terpegun melihatnya. Kecut perut Radin, terkial-kial mohon maaf, hehehe.
Kredit Foto: Astro Prima
Dan itu menjawab gurauan Dato Rosyam Nor yang secara tidak langsung berkongsi pengalamannya bergelumang dalam industri seni lakon sekian lamanya. “Sebenarnya kalau nak jadi pelakon yang paling penting bakat, yang kedua disiplin. Kalau boleh kedua-duanya jadikan nombor satu. Kadang-kadang ada pelakon tu dia memang bagus tapi tiada disiplin. Saya ambil yang kurang baik daripada dia tapi ada disiplin.” jelasnya bersungguh. Selepas itu, bergegak gempita ketawa antara keduanya kerana maklum rancangan ini sekadar hiburan santai yang mahu cungkil momen pahit manis dan asam garam bergelar selebriti.Sebagai pembuka tirai, Radin menunjukkan artikel bertajuk Rosyam Nor Dan Zahida Kena Dera! Foto yang menggandingkan Dato Rosyam Nor dan Zahida Rafik di satu lokasi masih segar dalam ingatan pelakon dan pengarah lagenda ini. “Tempat ni bekas kawasan terbakar. Biasalah photographer saja nak mengenakan kita yang baru nak naik” ceritanya lagi. “Eh, tapi masa ni Dato memang dah top pun,” pancing Radin. “2002 saya baru lepas menang Bintang Paling Popular. Kau tak ada kan, Bintang Paling Popular? Tu sebab kena riak sikit,” ulasnya sambil keduanya tertawa.
Kredit Foto: Astro Prima
Dan petikan tajuk ‘Rosyam Nor Tak Suka Penyanyi Jadi Pelakon?’ turut diulasnya. “Saya bagi statement macam ni bukan apa. Sebab penyanyi ni diaorang sibuk dengan komitmen show sana sini. Tapi kalau penyanyi tu memang nak berlakon, ada bakat; tiada masalah. Saya memang tak against siapapun.” Ujarnya lagi.Suspen Nak ‘Throwback’
“Kadang-kadang geli juga nak tengok gambar-gambar lama ni” kata Dato Rosyam seraya berdebar mahu lihat artikel apa yang dikongsikan Radin. Artikel bertajuk ‘Sifat Ramah Saya Bukan Dibuat-buat’ yang diterbitkan pada Disember 1997 cukup menggamit kenangan. Terkejut melihat foto sendiri yang berkaca mata hitam bersama t shirt putih dan jeans, “Uish, lain macam gambar ni. Dah macam buaya pun ada” lantas disambut dengan hilai tawa Radin.
Kredit Foto: Astro Prima
Raden turut bertanya untuk mendapatkan kepastian kerana hasil pencariannya mendapati nama sebenar living legend ini bukanlah Rosyam Nor. “Dulu masa saya berlakon dalam Gila Gila Remaja, arwah bapa saudara saya arwah Hussein Abu Hasan (bapa Faizal Hussein) tanya nak guna nama apa dalam filem Gila Gila Remaja? Saya jawab Mohd Nor ajelah. Tapi katanya itu bukan stage name. Jadi saya pun fikir dan Allah berikan idea, saya gabungkan nama mak saya Robiah dan nama bapa saya Shamsudin. Maka jadilah Rosyam Mohd Nor” ceritanya lanjut. “Jadi hujung tahun 2021 ni last lah saya pakai nama Rosyam Nor” ujar Dato Rosyam lantas disambut dengan riak terkejut Radin “Serius talk? Nak buat nama apa Dato?” soalnya. Menjawab pertanyaan Radin “Sebab saya nak tukar branding. Serius talk. Nak tukar Rosyam Yes” dengan wajah selamba dan terciduk Radin disitu. Hahaha…Dinobatkan Pelakon Pembantu Terbaik Peringkat Asia Pasifik
Sesi throwback seterusnya disambung apabila Radin menunjukkan artikel dan foto yang menggandingkan Dato Rosyam bersama Datin Nina Juren. “Ini tahun 1998, Eman Manan hero. Nina Juren heroin dan saya supporting.
Kredit Foto: Astro Prima
Pernah Kerja Kontrak
Berkongsi bersama penonton Media Hiburan Throwback dahulunya dia pernah bekerja sebagai pekerja kontrak, ujar Dato Rosyam lagi “Saya pernah kerja macam-macam. Pasang air condition, kontrak buat parit. Pendek kata asalkan boleh dapat duit, saya akan buat. Bahkan selepas Gila Gila Remaja pun saya masih buat kerja-kerja itu semua. Sebab waktu itu tak ada kerja lagi,” akuinya jujur jauh sekali berasa malu melakukan semua kerja itu.Dan tatkala mengimbas petikan artikel juga foto yang menggandingkannya dengan pelakon Intan Azura, suaranya sedikit perlahan. Drama Lamreta Kenangan Mengusik Jiwa lakonannya bersama Intan cukup menggamit memori. “Dulu Intan Azura memang rapat dengan saya. Selalu juga kami berlakon sama. Tapi dia terbabit dalam satu kemalangan. Dan selepas itu dia lupa semua (seakan hilang ingatan). Dia ingat saya tapi dalam masa sama dia lupa.
Kredit Foto: Astro Prima
Prinsip Dan Pegangan Sebagai Anak Seni
Bagi Dato Rosyam Nor, populariti harus seiring dengan kualiti. “Kalau popular tapi tiada kualiti, kau takkan boleh duduk lama. Contohnya apabila seorang perempuan tengok seorang lelaki. Pakejnya mesti bagus dan pemikirannya juga perlu bagus,” ujarnya tegas. Saksikan banyak lagi coretan artikel, paparan foto yang pernah menampilkan Dato Rosyam sepanjang pembabitannya sebagai anak seni dalam Media Hiburan Throwback setiap Rabu 9.00 malam di Astro Prima.
Must-Watch Video