Highlights
Rakyat Malaysia Antara Yang DENGAR KATA Ketika PKP – Tiada Protes, Demonstrasi, Ikut SOP. Tahniah Semua!
Tinjuan penulis ketika berada di beberapa lokasi sekitar ibu kota seperti pusat membeli-belah, pasar basah, bank dan pejabat pos baru-baru ini mendapati kebanyakan orang Malaysia sudah mula membiasakan diri dengan kehidupan norma baharu. Siapa kata kelonggaran yang diberi kerajaan akan menjadikan rakyat Malaysia bagaikan ‘lembu keluar kandang’ dan menyebabkan wabak Covid-19 semakin berleluasa?
Ternyata tanggapan itu silap kerana rata-rata rakyat Malaysia kekal patuh dengan SOP yang telah digariskan kerajaan Malaysia. Kerisauan pada Corona virus masih tersemat pada diri kebanyakan kita. Dan, ia diterjermahkan dengan gaya hidup baru rakyat Malaysia yang sentiasa memakai topeng ketika keluar rumah, kerap mencuci tangan, menjaga jarak dan tidak ingkar ketika diminta berbaris panjang sebelum memasuki premis perniagaan.
Kredit Foto: Google
Negara Luar Bergelut Melawan Rakyat Yang Lebih Degil Dari Virus
Inilah hakikat yang dapat kita lihat reaksi rakyatnya apabila situasi pandemik ini berlaku kepada beberapa buah negara luar. Satu dunia berdepan masalah yang sama tetapi tidak semua negara mampu mendepaninya dengan baik dan aman. Amat menyedihkan apabila Perdana Menteri Itali tertunduk mengalah dengan virus ini apabila tidak mampu lagi memujuk rakyatnya sendiri untuk patuh ‘duduk rumah’.
Lihat pula sebuah negara yang paling gah di dunia yakni Amerika. Kita dapat tengok sendiri bagaimana rakyatnya yang dikatakan paling maju dan terdidik tidak mampu sepakat melawani virus Corona ini. Betapa degil dan ‘dungu’ mereka dalam memahami pendekatan yang cuba disampaikan pakar perubatan dunia hanya kerana mereka memperjuangkan hak kebebasan bersuara yang diamalkan selama ini.
Kredit Foto: Google
Bagaimana dengan situasi di Jerman? Di sana-sini, rakyatnya melancarkan protes dan demonstrasi jalanan yang didukung oleh para teori konspirasi, ekstrimis, anti-vaxxers, dan orang-orang tertentu yang melaungkan hak kekebasan untuk hidup normal. Kebanyakan mereka ini tidak setuju dengan perintah lockdown yang dirasakan mennyekat kebebasan, keamanan dan kehidupan harian mereka.
Begitu halnya di Rusia apabila sebilangan peniaga, karyawan dan usahawan memprotes lockdown dengan cara memaparkan aksi mereka berbogel di media sosial. Protes ini dibuat untuk mendesak kerajaan membenarkan mereka kembali membuka perniagaan kerana mereka tidak tahan dengan belenggu ekonomi yang semakin sulit sejak pandemik Covid-19 ini menular di seluruh dunia.
Kredit Foto: Google
Apa Pula Aktiviti Rakyat Malaysia Ketika PKP?
Nah, berbeza pula situasinya di Malaysia apabila PKP diumumkan. Walaupun pada mulanya terlihat sedikit kesulitan untuk dilaksanankan kerana kebanyakan kita masih tidak faham mengenainya, namun lama-kelamaan ia menjadi lebih mudah dan rakyat kita sudah boleh menerima gaya hidup norma baharu ini. Kerajaan berjaya mengawal semuanya dengan baik sekali walaupun kita berdepan dengan kesulitan ekonomi dan politik kala itu.
Ini semua terjadi kerana baiknya rakyat Malaysia yang sentiasa memberi kerjasama, tidak ingkar dan menjalani tempoh sukar ini secara aman. Maka, pelbagai aktiviti dan rutin baru dilakukan rakyat kita demi memenuhi kebosanan duduk di rumah berminggu-minggu dan berbulan-bulan. Kita lihat tiada pun yang melakukan protes dan demonstrasi sepanjang tempoh itu.
Yang ada hanyalah kemeriahan di media sosial dengan pelbagai ragam dan warna orang kita. Ada yang lucu, sedih walaupun ada kalanya terlihat agak ‘menjengkelkan’ atau mengundang rasa geram. Hahaha... Namun, ia tetap dapat kita terima dengan positif asalkan semua kita mahu kekal duduk di rumah dan tidak ke sana ke sini.
Ada yang sudah mula rajin memasak, mencipta pelbagai menu baru. Tidak kurang yang rumahnya sudah berdekorasi indah bagaikan istana. Ada yang mula bercucuk-tanam keliling laman, bertegur-sapa dengan jiran tetangga dan ironinya hubungan semakin akrab dengan keluarga jauh kerana selalu berhubung di dalam talian. Apa pun, inilah yang kita mahu. Buatlah apa pun asalkan kita kekal berjuang memerangi Covid-19.
Kredit Foto: Google
Lumrahlah apabila dalam sebuah negara itu ada yang mungkin ingkar dan berdegil untuk mengikut arahan pihak berkuasa. Namun, bilangannya segelintir Cuma di sini dan ia bukan kayu pengukur untuk mensia-siakan usaha mereka yang lebih ramai mendengar arahan. Tidak kira apa jua kaum, Melayu, Cina, India dan lain-lainnya, masing-masing sedaya-upaya mahu menang dalam perjuangan melawan Covid-19 ini.
Sebaiknya, kita harus meningkatkan kesedaran kepada dengan memaparkan contoh-contoh yang baik dan bukannya dengan menyebarkan gambar atau video viral seorang dua yang tidak patuh. Dengan memberi contoh teladan yang baik, ia lebih mudah mendidik seseorang itu untuk mengubah amalannya yang tidak betul kepada yang benar-benar mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Cukup-cukuplah memuat naik status atau pendapat yang mendorong kepada sesuatu ramalan yang negatif seperti akan muncul kluster itu dan ini. Hakikatnya, kita sendiri tidak tahu realiti sebenar masyakarat dalam sesuatu situasi dan tempat itu. Ada antara mereka yang ‘struggle’ untuk kekal patuh mengikut SOP berbanding kita yang hanya tahu condemn dan memandang sinis kepada orang lain.
Bukankah kata-kata yang sering diucapkan itu satu doa? Maka, berkatalah yang baik-baik supaya yang terjadi pun hanya baik-baik belaka dan bukannya mengharapkan apa yang kita fikirkan itu menjadi kenyataan seperti bertambahnya kluster baru dan peningkatan kes. Ia sangat negatif.
Kredit Foto: Google
Must-Watch Video